5.11.14

dunia fantasi alam novel

Assalammualaikum

membaca adalah salah satu aktiviti yg makin tidak diambil kira dikalangan rakyat Malaysia . maq tak pandang jauh ,anak anak maq saja , mereka lebih cenderung kepada memegang gadget dari membelek dan membaca buku . apa lagi surat khabar mahu pun majalah . kalau ada pun semestinya majalah fesyen yg menjadi pilihan mereka  . al maklum anak perempuan lah katakan .

untuk menarik minat anak anak untuk membaca ,minggu selepas exam ni ,maq penuhkan waktu free maq dengan mengaktif kan aktiviti mengeluarkan stock novel yg ada dalam simpanan . dan kini maq pulak yg tengah kemaruk layan jiwa di alam fantasi novel . emm not bad la ~

selepas novel jangan baca novel ni  ,


kini maq meneliti jalan cerita bila blogger menjadi maid !




dan lepas ni ada sederet lagi novel novel yg sedang setia menanti untuk dibaca !



mampukah maq habiskan kesemuanya ? ye , sejujurnya maq kalau dah membaca ,satu naskah novel ni mampu tamat dalam 3 jam ! macam novel jangan baca novel ni ,maq habiskan dalam tempuh 2 jam ,sambil sambil jaga rumah ,jaga anak asuhan ,jaga suami , maq dapat menjelajahi dunia fantasia alam novel hehehe feel kena lebih tau ! haha baru seronok membaca . try lah !


eh !! kalau anda ada stock novel yg dah jemu dibaca , cuba pass kat maq le pulak ye , haaa  nanti simpan dalam 'gerobok' tu buruk pulak dia . sekarang ni dalam minda maq ,cuma satu impian ,kalaulah ada satu ruang untuk maq buat bilik bacaan dlm rumah maq ini ,alangkah indahnya  .


** sabar maq , insya allah satu hari nanti .

No comments: