3.11.14

kebersihan

Assalammualaikum

harini 10 muharam 1436 Hijrah .

Kepada  umat islam yg sering memanfaati bulan muharam mereka akan melipat gandakan amalan mereka bila tiba bulan muharam ini . insyaallah jika Allah izinkan ,maq pun turut akan menyertainya juga . mohon Allah permudahkan peglibatan maq untuk meraikan bulan muharam tahun baru ini .

sebenarnya  bukan mudah untuk mengekalkan dan mengamalkan sesuatu kebaikan yg kita tak nampak lagi kebaikannya . maksud maq ,kita tak nampak dimana pahala atas tiap permuatan amalan itu kan ?

so dengan penuh yakin dan takwa ,redha dan tawakkal , untuk lebih mudah marilah kita menyucikan hati ini , yg kita sendiri tak pasti akan kebersihannya . namun  sebagai empunya diri ,kita semestinya tahu tahap mana kebersihan dan kesucian hati nurani kita sendiri. hati orang lain tak payah la kita pertikaikan kerana hanya Allah yg lebih mengetahui akannya .

bagaiman nak bersihkan hati ?


cara paling mudah perbanyakkan beristigfar ! kemudian tanamkan tekad dalam hati yg aku mahu jadi insan yg lebih baik dari semalam . aku nak naikkan graf amalan dan menjatuhkan graf dosa.

Disamping tu  sentiasa lah memohon keampunan kepada kedua ibubapa ,suami dan guru guru . Dan janganlah lupa untuk sentiasa memohon keampunan kepada pencipta kita iaitu Allah s.w.t .


Hati bersih
Niat murni
Amalan jadu sempurna
Allah sayang
Manusia pun sayang





No comments: