Lesen

Assalammualaikum

LESEN MEMANDU : keperluan atau permintaan perasaan je?

maksud keperluan itu sangat sangat perlu dalam kehidupan seharian manakala maksud permintaan perasaan tu ialah sesaja nak ambil ujian dan kalau lulus ,lesen tu simpan je buat pekasam dalam beg dompet ,cukup tahun update lagi ! lahai ruginyaaa

anak maq yang berdua  ( nombor 1 dan nombor 2 ) sudah memiliki lesen  motorsikal sejak mereka di tingkatan 6 rendah lagi ! sebab pada maq itu satu keperluan untuk mereka ,supaya tidak menjadi kesalahan bila membawa motor ke sekolah setiap hari !

dan tahun ini pulak ,anak maq yg pertama sudah pun lulus lesen memandu kereta pulak ! alhamdulillah ...berkat kesabaran nya maka lesen kereta kini menjadi milik beliau !

maq ! akak nak beli kereta lah ... ( satu hari dia bersuara )  ada lesen tapi takde kereta tak best la maq ,nanti lelama akak lupa step nak drive kereta . amboiyai alasan dia memang kelas !

tapi maq jawab selamber ... kalau akak beli kereta ,nak parking mana ek ? kereta ayah yg satu pun masih takde penyelesaian lagi dikalangan jiran tertangga ,  ni lagi akak nak tambah kereta lagi sebijik ? kerja dulu elok elok ,simpan dulu duitnya , insya allah satu hari nanti akak dapat kereta idaman itu ,ye?

hurm.... dia mengeluh hampa .....





antara kereta idaman beliau  .... insya allah satu hari nanti .

Comments