Perempuan itu

Assalammualaikum

ada satu kisah yang maq ingin sangat nak kongsikan diblog ini . bukan nak mengaibkan sesiapa. tapi sama sama kita buat panduan dalam kehidupan kita pada perkara nya yang baik ,dan pada hal yang tidak elok , sama sama kita abaikan .

harap sangat ~ sangat !


perempuan itu ...
dilahirkan dalam suasana keluarga yang sungguh sederhana . tidak kaya dan tidak papa kedana . dia punya ayah ,dia punya ibu . dia hanyalah ahli keluarga bagi orang kampung yang tidak terlalu maju ketika itu .

perempuan itu ...
diwaktu kecilnya , merupakan anak kesayangan semua orang . ibu ayah sayang dia , datuk nenek sayang dia , makcik pakcik sayang dia , sepupu ,saudara mara semua sangat sayang padanya ,kerana dialah antara insan yg ditungu tunggu oleh semua orang selama beberapa tahun ibu ayahnya bernikah .

perempuan itu...
biarpun kelurganya tidak kaya ,namun dia tidak pernah kelaparan ,dia tidak pernah tidak berbaju, dia tidak pernah demam kesejukkan . kerana apa? kerana dia ada semua nya itu sebagai nafkah dari ayahnya yg juga bukan seorang jutawan .

perempuan itu...
pernah dipesan oleh aruah datuknya supaya diajar mengaji al~Quran sehingga khatam , kata aruah datuk ,hanya itu harta yg kekal sampai ke lubang kubur nanti . dipesan lagi ,agar perempuan itu dijaga dengan didikan agama supaya tidak menyusahkan kedua orang tuanya bila sudah dewasa nanti . makanya ibu lah perantaraan antara pesan aruah datuk kepada perempuan itu . alhamdulillah kini perempuan itu sudah beberapakali khatam al-quran bersama tajuid yg sahih !


perempuan itu ...
ketika remajanya sangat diuji dengan berbagai kejutan budaya ,akhirnya perempuan itu leka seketika dengan dunia asalnya . sehinggakan di gagal dalam peperiksaan SPM dengan mendapat keputusan yg kurang memuaskan  semua orang . dan disebabkan  keupayaan keluarganya untuk meneruskan pengajiannya , perempuan itu terpaksa bekerja untuk menampung persekolahan adik adiknya yang ketika itu sedang belajar . walhal gajinya ketika itu hanya rm3.50 sehari .dia tidak boros kepada benda yg tidak berfaedah ,malah dengan gaji rm3.50 sehari dia dapat  membantu ibu ayahnya menyara keluarga ketika itu . dan perempuan itu masih kekal bersabar .


perempuan itu ...
zaman remaja nya diakhiri dengan menjadi isteri kepada suaminya pada ketika usianya 24 tahun ! itu pun setelah adik adiknya tamat pembelajaran  . dengan tekad dihatinya :  aku berkahwin dengannya sebab aku tak mahu dosa ku berterusan dalam bercinta sahaja  ,dosa ibubapaku berpanjangan ketika melepaskan aku bercinta  dan disebabkan aku sayang akan kekasihku seadanya .maka aku relakan diri ini menjadi isterinya yang halal lagi sah ! walaupun aku sedar dia tidak memiliki harta didunia ini .namun aku yakin ,akan datang rezki kami selepas ini ,kerana Allah selalu ada untuk kami ..insya Allah .


perempuan itu...
apabila sudah bergelar isteri ,tidak lagi dibenarkan oleh suaminya berkerja diluar rumah . dengan alasan banyak mana rezki yang suaminya bawa pulang , itulah yg mencukupi buat mereka berdua dan anak anak . suaminya selalu berpesan ,jangan mengeluh ,jangan banyak runggut,jangan banyak bunyi . duduk dirumah ,awasi anak anak ,didiklah mereka sebaik mungkin dan akhirnya isterinya kena akur pada tiap arahan insan yg disayangi nya itu . sambil dihatinya berdetik : aku relakan semua ini kerana ini pilihan ku menikahi kamu , jika ini mahumu ,sepedih mata hidup ini , aku akan terima kesakitannya sendirian ,tanpa kamu sedari .


perempuan itu ...
sering aja menangis dalam tidurnya , sering aja menangis dalam mimpinya . sering aja menangis dalam sedarnya . kerana pada dirinya apa yang di alami sekarang ini ,mungkin aja balasan dari dosa dosa masa silamnya ( ketika remaja ) dan apa bila air matanya kering ,dan dia pun tersedar , makanya dia tak akan  menyesali ! jauh daripada pemikiran hina dinalurinya ,dan  terus aja dia berfikir secara positif bahawa : inilah takdir ku ! yg telah direncanakan dari azali ! apa lagi mahunya aku ? anak? aku ada ! suami ? aku punya ! rumah ,kereta ? aku miliki walaupun ianya tidak sehebat macam orang lain ,tapi ye ! aku miliki semua itu ! barang kemas aku walaupun  tidak sampai ke siku tetapi aku masih miliki walau cuma selembar gelang tangan dan sebentuk cincin pemberian ibu dulu ! ye ! syukur ! syukur ! ya Allah ..alhamdulillah aku miliki semuanya disini ! hurmm  tapi ....



perempuan itu akan sebak ,sedih dan sayu bila dia mana dia berkata yg dia miliki semua yg dia mahukan  , dia miliki kasih sayang ibu ayah ,anak anak ,dan suami  dan semua orang disekelilingnya ,namun dia terpaksa hidup dalam delima '' api cemburu yg kekal menyala di hati pasangannya '' . dan bila semua ini dikenangkan oleh perempuan itu , hatinya menangis ,meronta ronta , seakan mahu aja dia pergi jauh dari dunia nya yg sedia ada sekarang ! kerana pada perempuan itu , cemburulah yang bakal mengugat rumah tangga dan kasih sayangnya  yg telah pun dia semai selama ini .


mohon  sangat Allah selamatkan rumah tangga  perempuan itu hingga keakhir hayatnya ...aamiin

siapa perempuan itu ? dia ada dimana mana ,disisi kamu ,disisi maq ,disisi siapa saja yg membaca luahan ini. maka hati hati dengan perempuan itu ,mungkin saja dia tersenyum ,tapi dihatinya dia sudah cukup kerap menangis ....


Comments