2.11.14

perjuangannya esok

Assalammualaikum

demam bola dah kebah ke belum ? hehe biasalah kata pun demam , mungkin ambil masa untuk betul betul pulih kan . apa pun minum air masak lebih la ye , keep clam , your heart can get well ! hehe speaking london tu . ala adatlah kan , kata pun sukan , kalau dua dua menang mungkin tak masuk akal . apa pun tahniah pasukan bola sepak Pahang kerana telah berusaha untuk mempertahankan status juara anda tu ! patin Pahang memang sedap ! ye tak tipu walaupun harga boleh tahan huhu

kata orang berat mata memandang , berat lagi bahu yg memikul , so maq pun tak lupa pada team JDT yg tetap kekal di hati ini ,walaupun hanya menjadi naib juara tetapi kalian memang hebat ! takkan kalian kalah dimata kami para penyokong ! dengan usia sematang 2 tahun , pasukan JDT layak  bergelar juara sedikit masa lagi ,insya allah .  sokongan kami tak pernah pudar ! apa pun tomahan  haters itu semua adalah cabaran buat JDT  , bukan jadi kudis pun .


alamak ! harini bukan nak cakap pasal bola asalnya . harini maq nak ucapkan all the best untuk calon calon SPM dan STPM yg akan berjuang esok ( 3-11-2014 )  penat lelah anda belajar akhirnya esok anda berjuang habis habisan . tumpukn sepenuhnya pada peperiksaan ! hanya beberapa hari je kan . lepastu  free right ? stop lah dulu facebook ,akedemi fantasia , wechat ,whatsapp ,dan apa  je benda benda asas yg melekakan tu .


demi masa depan berusaha lah sebelum anda terkilan bila tak dapat keputusan yg memuaskan ibu dan ayah anda nanti . simpatilah pada harapan mereka yg tidak kesampaian jika anda gagal . lainlah jika anda dah stop semua , kemudian anda berusaha dengan sungguh sungguh kemudian anda tidak berjaya ,itu adalah takdirNya , tapi agak terkilan bila anda leka , buang masa dan lalai , kemudian anda menyesal bila keputusan ditangan  . masa tu nangis air mata darah pun dah tak guna . pahamilah kata kata maq ni .

disini segalanya bermula
disini maq sertakan doa masuk dewan peperiksaan :



SPM / STPM ~  hanya calon seperti anda yg layak berjaya ! teruskan usaha terakhir ini . all the best ,good luck !


No comments: