7.11.14

permintaan Aida

Assalammualaikum..

Harini jumaat , anak anak tak kesekolah . walaupun anak maq yg bercuti ni cuma dua orang , tapi pepagi lagi dah riuh rendah rumah kecik maq ini . kalau si Aida sibuk dengan search  hanset baru digoogle .. Manakala si Etty pula asik melayan kan aja karenah adiknya yang sorang tu . hurmm tu belum lagi pegang duit ( bekerja ) dah ada macam macam angan dia .


Tapi bila  suasana riuh rendah jadi makin kacau bilau tiba tiba Aida menjerit ! Katanya ...


'' MAK !! AIDA NAK ADIKKKKK !!! "


ahhh sudahhhh.... Agaknya dia search kat google adik tapi tak jumpa ke?? Hurmm bukan memain permintaan ni !? Dia macam  takde nak mintak benda lain ke ek ? Aduhh


Maq tahun ni dah 45 tahun ...


Ingatkan malas dah nak belai baby kecik kecik ni , yang ada ni pun dah cukup bagi maq rasanya. Anak sendiri , anak asuhan . maq pun baru tolak 2 permintaan orang nak hantar anak baru baru ni . bukan maq sombong atau memilih . tapi dalam usia 45 ni , rasanya tiba dah waktu mencari keredaanNya dan mendekatiNya .  Sebab maq rasa MASANYA dah tak lama dah lagi ...

SubhanaAllah , walhamdulillah , wala illa haaillallah,  waallah huakbar ...


Aida ...jangan minta  ' benda ni ' lagi please... Maq dah tua .. Hahaha* mula dah sedar diri *

No comments: