25.11.14

rm 50 Dah tak nampak apa

Assalamualaikum ..




ramai kawan kawan maq mengeluh bila pulang dari berbelanja dengan wang bernilai rm 50.00 barangan memang tak nampak apa !  tu belum lagi mereka duduk KL , JB atau pun USA ! hehe baru duduk BP  .

di Batu Pahat ada  banyak pasaraya telah dibina . kalau zaman maq muda muda dulu  hanya ada  The Store ,Fajar , dan KFC je orang kenal tapi sekarang , BP mall , Eon Big , Summit , Squre One ,One Stop , Super One ,Nirwana , tu belum lagi kedai kedai kecil yg popular dibibir penduduk Batu Pahat ini .

Masih ada lagi kedai otai yg terdapat di jalan arah ke pasar Batu Pahat tu ! ahha itu lagilah sangat lama mereka menempah nama dikalangan penduduk asal Batu Pahat .Sebut saja kedai Ismail Yahya , bajrai , pasar melayu ,pasar pagi , pasar karat  , kedai makan pasar , kedai tepi sungai , memang setiap hari mereka dikunjungi pelanggan ! tak caya ? jom terjah esok !

tapi kalau bawa wang rm 50 ke pasar lama tu ,maq rasa kita masih boleh nampak lagi barangannya yang bisa dibawa pulang  , masih bernilai la senang cakap wang rm 50 tu . tapi jangan sesekali bawa ke pasarraya ! hanya Nirwana yg mampu menyelamat kan situasi anda yg terdesak itu ! selamat berbelanja .

kalau bijak mengeluarkan wang untuk perbelanjaan harian , makanya hingga ke akhir hayat , anda akan merasa semuanya mencukupi dan anda tak perlukan bersunggut yg barang terlalu mahal ! kerana memang semua barang sudah mula naik harga nya ! ahha tula yg ingin maq sampaikan kepada anda ,iaitu ramai perniaga  dah mula menaikkan harga  barangannya ..Allahhu ~

No comments: