28.12.14

Dugaan menjelang 2015

Assalammualaikum


menjelang beberapa  hari lagi nak ketahun 2015 , kita dijamu dengan beberapa kejadian yang menggemparkan negara ini termasuk kejadian banjir dipantai timur Malaysia dan hari ini sekali lagi sebuah lagi kapal terbang milik air asia hilang dari radar kawalan .

sebagai warganegara yg perihatin ,mari lah kita sama sama panjatkan doa  agar semua ahli keluarga mangsa bersabar dan kuat hati dalam menempuh dugaan demi dugaan ini .

jika kita bijak ,janganlah mengupdate viral dan kata kata yang boleh mengusutkan lagi keadaan dinegara kita sekarang . jangan cuba untuk menyalahkan antara satu sama lain kerana itu bukan dapat menjernihkan keadaan pun , malah memporak peranda kan lagi adalah .

dan kalau tak tahu , berdiam itu lebih elok rasanya ...


hurm sedih kan ,belum pun  hilang kesukaran mangsa banjir yg kita lihat beberapa hari ini  ,sekali lagi kesulitan ahli keluarga mangsa kehilangan kapal terbang pulak kita tatap .

memang pilu ...










23.12.14

Ibu sebagai pendorong

Assalammualaikum

Semalam sempat maq bersembang dengan seorang ibu yg mana anak nya baru je dapat keputusan PT3 . Menurutnya keputusan anaknya yg dapat 4A tu dia serahkan bulat bulat kat anak nya untuk tentukan sekolah apa nak dituju untuk persediaan SPM nanti . yg penting asasnya anaknya dah dapat pada form 1,2,3 lalu !


ye memang betul ,untuk pembelajaran anak anak zaman ini , ibubapa hanya perlu mendorong pada kepakaran anak bukan memerintah anak untuk ambil pelajaran itu ,ini ,sebab nanti jika mereka gagal dalam peperiksaan akan datang ,jika mereka tidak dapat kejayaan yg mengalakkan ,mereka pasti akan salahkan ibubapa mereka yg kononnya memaksa pada pelajaran yg mereka tidak suka! anak anak sekarang memang bijak dalam menilai diri mereka . cuma kadang kala tu , mereka cuma buat endah tak endah je pada tanggungjawab ,tu lah nanti hasilnya cukup cukup makan .


sebagai orang tua kepada anak anak era ' bijak pandai ' ni ,kita kena pandai adjust masa depan mereka ,mengikut apa yg mereka suka dan minat ,mereka ni memang bijak kalau nak berdolak dalih hehe apa yg penting mereka dan minat mereka tidak lari dari landasanNYA .


bukan mudah nak jadi ibu yg berjaya . tahniahlah kalau ada gelaran ibu mithali tu untuk individu yg terpilih . mereka memang layak ,  anak anak mereka semua berjaya dalam hidup dunia, dan  insya allah dunia akhirat juga .


Redha je ye

Assalammualaikum

minggu ni kesihatan maq merundum macam cuaca yang sentiasa mendung diluar sana . alahan cuaca  sejuk gaknya hurm macammana lah nak pergi bercuti ke Korea nanti ... cewah hehe


semalam keputusan PT3 diumumkan , rata rata cakap ianya keputusan yg kurang memuaskan banyak pihak . dimana kononnya sistem peperiksaan ini julung kali diadakan di Malaysia . dan calon 2014 menjadi bahan ujikaji kementerian pelajaran Malaysia . betul ke?

pada maq , kalau dah dinamakan pelajar ,apa yg ada pada mereka ialah ilmu dan persediaan untuk peperiksaan . belajar bersungguh sungguh . ulangkaji semampu boleh , fokus dalam kelas , rajin  bertanya guru guru . jadikan semua itu sebagai bekalan untuk masuk kedewan peperiksaan nanti .

maka kalau bekalan dah cukup , apa jenis peperiksaan sekali pun , apa format peperiksaan yg diberi sekali pun , mereka boleh saja jawab dengan senyuman .dan keputusan nanti serah je pada takdir dan rezeki setelah puas mereka berusaha .

tapi apa yang kita nampak pada musim peperiksaan yg lepas?? esok ada kertas nak dijawab , malam nya calon calon masih ada lagi yang online . buat moment di wechat , buat status di facebook , masih bertweet dengan macam macam gaya luahan perasaan . haish mana nak datang minda yang tajam nak jawab soalan kalau mindanya malam malam dah ditumpolkan dengan internet ni .

padahal kalau lepas periksa tu lantak la nak online 24 jam tanpa henti pun . takde siapa nak halang kan?

tapi  nasi dah jadi bubur , redha jelah ye .yang penting ayah ibu kena terima hakikat yg  semua itu adalah rezki si anak .hasil dari usahanya . dan ayahibu   walaupun sikit hampa , jangan di marah pulak budak tu ye :)

21.12.14

BBQ diTeluk Kemang

Assalammualaikum

Bila cuti sekolah ,anak anak sibuk  cakap nak jenjalan . namun bila dikenangkan musim hujan . dan masing masing yg bekerja tidak punya cuti yg serentak ,akhirnya anak maq yg bekerja tu terpaksa ambil ' anual leave' nya selama 2 hari . tenanglah hati si adik adik nya . maq ? maq memang cuti ahad  sama dengan suami so tiada masalah . bila dapat sehari je , kami pun planning untuk buat BBQ ditepi pantai .

asalnya pilihan kami pantai Tanjung  Balau ,Kota Tinggi . tapi kata suami ,airnya tidak berapa elok untuk mandi manda dan akhirnya kami pun sebulat suara ke Pantai Teluk Kemang . aktiviti memang nampak santai je .tapi sedikit sebanyak dapat melepaskan anak anak enjoy main air dan berenang dalam air masin . maq berenang ? takk ... maq cuma berendam je hehhe

jom melewati detik kenangan tu ..

susah jugak nak jadikan bara pada arang tu

menu utama  ..ayam bakar !

tempat aweks  melepak
seronoknya mandi laut !


dan ada sesuatu yg menarik !

sosejnya hangusssss .....

dan yang paling mengejutkan maq  , selepas kami tiba dirumah lewat petang tu  , tersiar di buletin utama pukul 8 malam ,mengenai kes dua orang remaja yg lemas ketika berenang di pantai Tanjung Balau pada petang yg sama . ya Allah syukur sangat sangat sebab Allah dah batalkan niat kami untuk mandi disana .

20.12.14

Nuffnang punya hal

Assalammualaikum

lepas timbang blog , maq kira pulak duit dalam tabung nuffnang  yg baru je maq buka akaun . kalau tak silap  tak sampai pun setahun . tapi dalam setahun banyak jugak yg dah maq  promote iklan nuffnang kat pembaca rasanya . sama ada dibuka atau tidak iklan tu ,maq tak la pasti sebabnya kalau guna handset iklan memang tak nampak kan ? dan alangkah tekejutnya !


haa ? baru segini ?kedekutnya dia ? hahaha ' macam nak pengsan' ...hurm maq tau ini silapnya maq , maq tak  selalu pun blogwalking tu sebab ,tetamu jarang dapat datang dan dapat klik iklan tu . kalau tenguk pada preview satu  post baru dalam 20 orang , tulah malas lagi ! hah ! padan dengan muka sendiri . apa pun syukurlah untuk nilai rm 3.90 tu :) alhamdulillah .

Setelah 20 tahun kami bersama

Assalammualaikum

20 tahun hidup bersamanya dan kini tibalah segalanya berakhir bila dia sudah tidak dapat berbakti kepada maq .bukan sebab dah tak sayang tapi disebabkan dia memang dah tak boleh buat kerja nya lagi , lantas  memang perlu disingkirkan . maafkan maq ..

petiais yg banyak jasa 


satu masalah kalau duduk dikawasan taman  , kalau nak buang benda tak pakai macamni  memang membebankan . nak letak belakang rumah , nanti mengganggu jiran jiran pula . letak tepi rumah nanti jadi pembiakan nyamok pulak ,letak depan rumah dah tak serupa rumah pulak  , makanya suami maq pun meleraikanlah satu persatu badan petiais tu utk dibuang . nak angkat lepastu buang jejauh satu masalah sebab kami takda hero untuk membantu ,heroin semua takleh haraplah ! dan kerja meleraikan sudah pun selesai petang semalam jugak ,alhamdulillah ,selesai satu masalah .

apa gantinya ?

brand yg sama , liter yg sama , insya allah , moga dia dapat berkhidmat dengan perkhidmatan yg sama . maq haraplah sangat sangat . sebab rasa maq lah kan , kalau 20 tahun ,orang lain tu dah beli berapa petiais kan ? haha maq baru pakai satu je ini  ,tu pun sebab dia dah letih nak bekukan ikan maq ,tu sebab kena diganti . lain lain masih ok lagi fungsinya  , cuma dia malas nak membekukan  ! so maq reject lah .

** memang layak kot diganti baru hehe anywhere  maq trust you #sharp



19.12.14

Jambatan Kota !

Assalammualaikum

pelik tapi benar ! maq orang Johor tapi pertama kali pergi ke felda Sening di Kota Tinggi ,Johor !lagi benar dan pelik ,maq baru pertama kali melintasi jambatan yg menarik di highway ke Kota Tinggi  !  sangat jakun rasanya.

ketika melintasi nya anak anak dan dengan maq sekali terus fokus kat ke hebatan hasil bina jambatan tu ! siapa yg reka ek ? lawo la bentuknya ,macam kat over sea gitu ~  bukti ???




menarikkan !

Kenanglah jasa orang

Assalammualaikum

bila ada yang call maq untuk tanya pasal mengasuh , maq akan cakap :

untuk baby yg dihantar  dari  pukul 7am lebih hingga 5pm lebih  atau 6pm , maq ambil rm 200-250 dan yang lebih 12 jam maq ambil rm 250-300 . 

tapi apa kesan dari kata kata maq tu ? dia orang akan sepi dan diam membisu hehe .

alright maq nak tanya lah kan kalau anda seorang yg tahu menilai letih menjaga seorang anak kecil . agak agak andalah kan tinggi sangat ke nilai yg maq beri tu ? 12jam dan lebih untuk memerhatikan seorang anak ! bagaimana kalau dalam rumah maq ada 8-9 orang termasuk ahli keluarga maq sendiri? tidak ke anda fikir tanggungjawab yg berbaris baris dalam tangan maq ini ? so mahal sangat kah jika di charge  rm 300 untuk masa 12 jam itu ? cubalah dibahagikan , jom buat soalan matematik kejap :

rm 200 bahagi 26 hari ~ rm 9.6
rm 9.6 bahagi 10jam ~ rm o.96

rm300 bahagi  26 hari ~  rm 11.50
rm11.50 bahagi 12 jam ~ rm 0.96

so hasilnya 1 jam bersamaan tak sampai rm1 ! berbaloi ke?

bagi penjagaan harga sebuah nyawa tu ? ni belum masuk makan minum  ,  berak kencing , muntah atau apa apa je yg biasa budak budak buat dan pengasuh kena settlekan itu .

cuba bawa rm 1.00 ke mall ,apa yg anda dapat ?

maq bukan suka suka nak bersungut tapi maq kesian kat kawan kawan maq yg dok mengeluh jaga budak sampai 12 jam tapi masih dibayar rm 200 sahaja sebulan . hantar lepas subuh ambil lepas magrib . pengasuh pun ada tanggung jawab lain yg mereka kena buat dirumah tu ,mereka ada tanggungjawab kepada keluarga mereka jugak  , mereka perlu buat amal ibadah kepada tuhannya ,bukan nak mengadap anak anda seorang je yg ibu ibu ,bapak bapak nya . sila lah ambil perhatian sikit tentang ini !

pesanan maqnie :  kalau  harga penjagaan itu anda rasa mahal , sila jaga anak anda sendiri ,itu lebih berbaloi baloi . insya allah . dan alhamdulillah ...majikan majikan maq yg ada setakat ni masih lagi tahu bagaimana menilai letih kerja maq seharian . apa taknya kalau agak agak tak kenang jasa orang ,memang awal awal maq dah undur diri hehe so yg ada nilah yg terpilih ,sebab mereka yg terhebat setakat ni ! syukuran~





18.12.14

Kerja ada dimana-mana

Assalammualaikum

maq baru lepas edit blog lepastu try la timbang blog ni ,nampaknya dah ada berkurangan dah tapi tak banyak sangat pun kurangnya .agaknya nak kena work out lebih biar slim dan boleh lari laju hehe . result lepas edit :



maqnienurseri.blogspot.com/
We took 3.34 seconds to load all content and files from this page
3.34
SECONDS
apa pun bukan tu yg maq nak kongsikan disini tapi maq nak beritahu yang anak maq yg baru habis STPM tu dah melangkah ke alam pekerjaan pulak harini . lahai budak ety tu dah kerja ? boleh ke dia kerja ? hehe try your best my dear ! 




kenapa maq cakap boleh ke Ety kerja  ? sebab Ety ni tak sama macam kakak dia , dia pernah dulu buat partime ,sedang kan akak nya boleh tahan kerja selama beberapa bulan tanpa complain ,tapi dia baru kerja 2 minggu dah bersungut kononnya ada saja  yg tak betul disitu . makanya berhentilah dia  dan bukan sekali dia try kerja ,kalini dah masuk lokasi yg ke 4 kot dia mencari pengalaman kerjanya tu. ok lah ,kalini kita tengukkan je selama mana dia nak bekerja ditempat barunya tu.

apa pun selamat maju jaya dari maq untuk Ety dan Farah  . maq ? ohh maq masih dirumah tunggu orang hantar anak anak untuk diasuh hehe

16.12.14

Menimbang blog

Assalammualaikum ..

harini maq timbang blog lepas masuk dalam  BLOG MF. Dan ini hasilnya ?! lahai beratnya !!


maqnienurseri.blogspot.com/
We took 5.46 seconds to load all content and files from this page
5.46
SECONDS


Report
Domain Lookup
The time taken to resolve your domain to the correct server IP
55 ms
Connection Time
The time taken to establish a connection to the web server
63 ms
Page Size
Total page size of the website downloaded in bytes
15.25 KB
Download Time
Time taken to download 15.25 KB of data
0.52 secs
Average Speed
The average speed of connection during download
0.03 MB/s

blog dah timbang dah,tuan blog bila lagi ni ?! maq takut penimbang lari je  angkanya nanti kalau maq naik atas penimbang tu nanti .. japlah, nak ringankan blog dulu ,baru ringankan badan . ^_^

10.12.14

Kalau Over ,maaf

Assalammualaikum

maaflah kalau bila baca post post maq ,anda nampak macam ada unsur bangga diri atau unsur unsur  riak disitu . yang sebenarnya maq nak luahkan bahawa pada tiap rezki dari Allah yg kita perolehi , wajiblah maq rasa  bersyukur . walaupun benda benda tu tidak sehebat hak milik orang lain !

walaupun hanya minum teh tarik segelas  ketika minum diluar ,maq tetap bersyukur !
walaupun hanya punya baju jenama murah untuk dipakai jenjalan  ,maq tetap bersyukur !
walaupun tak punya ilmu lulusan menara gading dan punya segulung ijazah  ,maq masih bersyukur !

sebab pada maq ,apa yg maq dapat ini ,adalah memang khas untuk maq ! maq layak untuk mendapatkannya . semuanya sudah ditakdirkan  makanya maq kena terus terusan redha dan terus bersyukur kepada Allah .

perlu ke perkatakan diblog ??? ye...hanya blog tempat maq catitkan semua yg terindah dalam hidup maq selama beberapa tahun ini  . andai nanti maq dah takda , blog inilah saksi pada anak anak untuk tiap apa yg maq cuba usaha kan untuk kebahagiaan mereka  . hurmm ... ye ,cuma diblog ini. takda ditempat lain !

akhirnya maq kena akur bahawa blog inilah harta maq yg tak boleh  dinilai oleh sesiapa pun kecuali maq sendiri  sebab , disini maq kongsikan segalanya dan seantero dunia dapat kenal siapa tu Maqnie Nurseri ...

hanya sebuah nama dan seorang insan kerdil yg berbadan besar  ,

itulah Maqnie Nurseri 

Hadiah ulang tahun

Assalammualaikum

Bila sambut ulang tahun perkahwinan yg ke 21 tahun tempuhari , maq ada dapat hadiah dari someone yg berupa cash money . walapun dia tidak tanya maq ,apa yg maq nak ,tapi dia dah buat maq teruja nak beritahu bahawa yg dia beri tu telah beri idea baru untuk maq  .cash money dari beliau tu telah menyebabkan maq punya periuk nasi elektrik baru dan maq dapat buka table untuk makan malam kami 5 beranak ! alhamdulillah  kenyang sangat sangat ! terima kasih ye awak..

'' eleh maqnie ni ,tu pun nak cakap ke ?

haruslah sebab dari maq beli pada benda yg tidak berfaedah ,atleast kali ni maq beri pahala berpanjangan kepada someone yg beri cash money tu haaa . tiap kali maq masak nasi guna periuk tu , tiap kali itulah dia dapat pahalanya . so simple nak balas jasa orang kan ?

yes, sebab sayang sangat kat dialah maq biarkan pahala berpanjangan masyuk untuknya . memang pun dia layak untuk tiap ganjaran yg dia dapat ini sebab beliau sudah  terlalu banyak bantu maq dan ahli keluarga maq selama ini .  Allah selamatkan kamu ...

maqnie : ''terima kasih ye awak :) Allah je yg mampu balas jasa baik awak untuk saya dan ahli keluarga saya ini  , saya tak punya apa apa untuk bagi kat awak , hanya doa yg tak pernah putus untuk  awak agar awak  dimurahkan rezki   dengan rezki yg halal lagi barokah .aamiin ....''


tuuu dia !

GO SHOP 118 !

Assalammualaikum

indahnya pagi inikan ! maq dan tiga anak dara ni pepagi dah mula hangatkan suasana rumah dengan menuntun rancangan kat saluran 118 astro . anda tahu tv apa kah tu ?  tulah GO SHOP !

diawal penerbitan saluran ni , maq memang tak ambil peduli pun , tapi sejak cuti penggal ketiga ni ,hari hari anak anak maq on siaran ini ,secara tak langsung boleh pulak maq terjebak sama !

siaran apa tu ?

inilah antara cara baru di Malaysia pengeluar mempromosikan barangan mereka . Dengan tawaran demi tawaran  ! potongan dan diskaun menarik ! anda tentu teruja bila lihat bagaimana mereka mengiklankan produk mereka tu ! maq pun sama ! menarik sehh iklan mereka ...

Kebaikan ? mestilah anda tak perlu keluar rumah untuk shopping keliling pusat bandar , turun naik mall yg mana memang meletihkan aktiviti tu kan ,lagi lagi pergi shopping dengan anak kecil ,lahai,dugaan besar tuuu ,so cara ini memang mudah ! tuntun iklan , call , dan sediakan wang saja !

keburukkan ? kadang kadang yg ditunjuk tak sama dengan yg sampai ke pintu rumah kita ,makanya hati hati dengan barangan yg anda pilih itu . ada kala nak tunggu barangan sampai tu kadang kadang kena  ambil masa lama kerana stock takda lah , cuti umumlah ,sampaikan hati pembeli  jadi was was pada  barangan yg di pesan . yeke tak aku dapat barang ni ? hehe adatlahkan manusia dengan  naluri tak baiknya  tu memang tak dapat dipisahkan .

akhir kata kalau nak cuci mata kan ,maq nak ajak anda semua terutama kaum hawa ni , meh la cuci mata di GO~SHOP - Chanel 118 ! tak payah nak isi minyak untuk tank kereta , belanja anak jajan , kena work out turun naik mall , semuanya ada disitu !!

dimana? di tv anda .. yey ! trade mark G~shop '' ada tv ! boleh beli !'' haaa ..anda ada tv kan ?maq pun ada tapi maq masih guna tv , bukan LCD or LED  ....  hehehe syukurlah tu maq kerana  masih juga ada tv  ...





8.12.14

Duit lawa / lawe


Assalammualaikum

Anda pernah pergi undangan pengantin ? pastinya semua orang pernah kan ? pernah jadi tukang kipas pengantin ? itu dipanggil pengapit .  pernah dengar duit lawa  ? bukan duit tu cantik ye tapi sebenarnya ianya berasal dari perkataan perlawa .  perlawa tu kalau ditejermahkan dalam kata lain  memperlawa  atau istilah lain sama macam menjemput , ajak , undang haa macamtulah lebih kurang . tapi  kat mana pulak nak letak duit tu ?

sini maq cerita sikit : ini cuma  adat  orang dulu amalkan ketika majlis bersanding !  kalau anda perhatikan , kadang kadang depan pelamin  kita selalu nampak ada beberapa orang perempuan atau lelaki dan kanak kanak akan duduk dihadapan pengantin perempuan . mereka disitu bertujuan untuk mengepung pengantin perempuan supaya pengantin lelaki  dikenakan bayaran untuk duduk di kerusi bersebelahan pengantin perempuan  .  dalam situasi ni pengantin perempuan sudah pun duduk dikerusi dipelamin dan pengantin lelaki sedang diarak kehadapan pelamin bersama paluan kompang .  maka tugas pengapit pengantin lelaki ialah  memberi duit lawa kepada orang orang yg berbaris dihadapan tu . setiap orang kena dapat duit lawa  ! katanya bayar tol  !

banyakkah duit yg diberi kepada pagar pagar tu ?  kalau zaman maq kecik dulu 50 sen dah kira banyak la tu ,sebab bukan sorang memagar pengantin perempuan ! ada kala sampai 30 orang ! aduh pokai lah pengapit nanti hehe . sebenarnya itu antara acara untuk memeriahkan lagi majlis bersanding  tersebut !

tempuhari , ketika dimajlis pengantinnya sepupu maq yg berlangsung di Felda Sening ,Kota Tinggi ,Johor. maq berpeluang menjadi pagar pengantin perempuan ! lahai dapat juga duduk dipelamin kan , dah 21 tahun kenangan mencuit jiwa hehe . maq , adik perempuan dan beberapa sanak saudara  telah memeriahkan pelamin ketika tu . lahai nakal sungguh kan . berapa RM duit lawa yg maq dapat ?

maq dapat 2 hengget ! jadilah  kann hehe 

maqnie  : ini hanya adat ! 

4.12.14

21 tahun ianya berkuat kuasa

Assalammualaikum

27 haribulan November 2014  ~ genaplah  21 tahun maq menjadi isteri kepada seorang lelaki yg dipanggil suami ( hurmm sebak ) 21 tahun itu  bukan jangka masa yang singkat . jika ianya seorang manusia ,kiranya dia bukan lagi remaja malahan sudah pun layak dipanggil dewasa !

untuk mencapai ketahap 21 ! 1001 jenis dugaan yg kami tempuh . manis , masin, masam, pahit , pedas ,pawau, pedih ahh macam macam rasa senang cakap lahkan !

Awalnya dulu kami hanya  punya sebiji motor untuk dijadikan pengangkutan , kini kami sudah memiliki 2 buah kereta dan 3 biji motorsikal walaupun bukan dari jenama terkenal .

dulu kami duduk dirumah sewa , kini kami punya rumah sendiri walaupun hanya sebuah rumah murah !

dulu asalnya  berdua ,kini kami sudah pun ada 3 orang anak dara !

dulu kami tak punya apa apa kini hampir sama je dengan orang lain ,walaupun kami tak kaya raya .



mana harta kami ?

inilah harta kami dunia akhirat ...


inilah teratak usang kami 



dan inilah sijil akuan yg telah berkuat kuasa selama 21 tahun utk kami layak bergelar suami isteri. dan yg telah melayakkan kami memiliki segalanya sekarang , alhamdulillah ...terima kasih Allah untuk tiap yang kami perolehi selama 21 tahun ini . moga semuanya berjalan dengan selamat dan jayanya hingga nafas ini terhenti nanti . aamiinnn ...


sesungguhnya Hidup ini ialah pentas ujian.. Kaya bukan tanda kejayaan.. Miskin bukan tanda kegagalan. Kita diuji dengan kesenangan atau kesenangan samada kita bersyukur atau bersabar.

3.12.14

Hasil selama 3 tahun

Assalammualaikum ...

yang mana asalnya hanya nak lepaskan bebel , kini diam tak diam dah  3 tahun dan dah nak masuk tahun ke 4 maq berblog . macam macam dah maq kongsikan kepada umum. perihal dunia sebenar maq sebagai seorang ibu , seorang isteri ,seorang pengasuh  dan sebagai seorang perempuan yang hidup diakhir zaman ini ..

apa yg mengejutkan rupanya post maq yg hanya  468 post tu , yg pada maq entah apa apa je kualitinya  , rupanya telah dibaca oleh ramai orang ,cuba lihat disini ...


Pageviews by Countries

Graph of most popular countries among blog viewers
EntryPageviews
Malaysia
6128
United States
2943
Russia
776
Indonesia
180
Singapore
175
Germany
148
Ukraine
88
United Kingdom
76
India
68
Netherlands
68


Pageviews by Browsers

EntryPageviews
Chrome
5062 (46%)
Firefox
1997 (18%)
Internet Explorer
1785 (16%)
Mobile Safari
1116 (10%)
Opera
691 (6%)
Safari
268 (2%)
Dolfin
25 (<1%)
Mobile
24 (<1%)
GSA
22 (<1%)
OS;FBSV
12 (<1%)





** ish ...maq terus bertekad dalam diri ,lepas ni kena hati hati dalam setiap hasil kerja demi menjaga nama keluarga dan nama maq sendiri sebagai kaki bebel di blog ni ...insya Allah~