1.12.14

Aida dapat semangat baru

Assalammualaikum

lepas keputusan UPSR diumumkan , anak maq down seharian ,kesian dia ,apa yg dia hajatkan selalu tak kesampaian . bila dia balik dengan mata yg bengkak , muka yg suram ,maq dah dapat agak yg dia tak dapat keputusan yg dia harapkan .

sebagai ibunya ,maq hanya mampu kata ,itulah hasil usaha awak selama ini . lepas kertas soalan bocor awak dah tak mau belajar bersungguh sungguh lagi ,tak buka buku lagi  dan awak hanya main je ,tak nak tumpukan lebih lagi untuk peperiksaan yang di tangguhkan tu . sepatutnya penangguhan itu boleh buat awak lebih fokus pada peperiksaan tapi apa yg awak buat ? awak cakap , awak dah bosan asik nak ngadap buku ,dan hanya buat ujian di zoom A je . makanya jangan nak menyesal ! benda dah jadi ..

untuk menstabilkan mood dia ,bukan hanya maq ,malahan makcik makcik saudara , kakak kakaknya , dah beri kata kata nasihat untuk kuatkan  semangat nya yang dah hilang tu ,ianya termasuklah :

~ UPSR hanya permulaan  , lepas ni ada banyak lagi peluang, rebutlah !

~dulu akak pun dapat 1A masa UPSR ,tapi sekarang dah pun jadi lepasan UITM

~orang yg hebat asalnya tidaklah sehebat mana !

~ada orang lain yg lebih teruk keputusannya dan mereka redha . aida pun kena redha !

so ..lepas beberapa hari akhirnya dia dapat terima kenyataan bahawa 1A 4B dia itu hanyalah permulaan untuk dia teruskan perjuangan dalam pelajaran ! syabas ! harap dia lebih suksess selepas ini .

terimakasih kepada yg sudi beri semangat kepada Aida  ....


No comments: