BBQ diTeluk Kemang

Assalammualaikum

Bila cuti sekolah ,anak anak sibuk  cakap nak jenjalan . namun bila dikenangkan musim hujan . dan masing masing yg bekerja tidak punya cuti yg serentak ,akhirnya anak maq yg bekerja tu terpaksa ambil ' anual leave' nya selama 2 hari . tenanglah hati si adik adik nya . maq ? maq memang cuti ahad  sama dengan suami so tiada masalah . bila dapat sehari je , kami pun planning untuk buat BBQ ditepi pantai .

asalnya pilihan kami pantai Tanjung  Balau ,Kota Tinggi . tapi kata suami ,airnya tidak berapa elok untuk mandi manda dan akhirnya kami pun sebulat suara ke Pantai Teluk Kemang . aktiviti memang nampak santai je .tapi sedikit sebanyak dapat melepaskan anak anak enjoy main air dan berenang dalam air masin . maq berenang ? takk ... maq cuma berendam je hehhe

jom melewati detik kenangan tu ..

susah jugak nak jadikan bara pada arang tu

menu utama  ..ayam bakar !

tempat aweks  melepak
seronoknya mandi laut !


dan ada sesuatu yg menarik !

sosejnya hangusssss .....

dan yang paling mengejutkan maq  , selepas kami tiba dirumah lewat petang tu  , tersiar di buletin utama pukul 8 malam ,mengenai kes dua orang remaja yg lemas ketika berenang di pantai Tanjung Balau pada petang yg sama . ya Allah syukur sangat sangat sebab Allah dah batalkan niat kami untuk mandi disana .

Comments