8.12.14

Duit lawa / lawe


Assalammualaikum

Anda pernah pergi undangan pengantin ? pastinya semua orang pernah kan ? pernah jadi tukang kipas pengantin ? itu dipanggil pengapit .  pernah dengar duit lawa  ? bukan duit tu cantik ye tapi sebenarnya ianya berasal dari perkataan perlawa .  perlawa tu kalau ditejermahkan dalam kata lain  memperlawa  atau istilah lain sama macam menjemput , ajak , undang haa macamtulah lebih kurang . tapi  kat mana pulak nak letak duit tu ?

sini maq cerita sikit : ini cuma  adat  orang dulu amalkan ketika majlis bersanding !  kalau anda perhatikan , kadang kadang depan pelamin  kita selalu nampak ada beberapa orang perempuan atau lelaki dan kanak kanak akan duduk dihadapan pengantin perempuan . mereka disitu bertujuan untuk mengepung pengantin perempuan supaya pengantin lelaki  dikenakan bayaran untuk duduk di kerusi bersebelahan pengantin perempuan  .  dalam situasi ni pengantin perempuan sudah pun duduk dikerusi dipelamin dan pengantin lelaki sedang diarak kehadapan pelamin bersama paluan kompang .  maka tugas pengapit pengantin lelaki ialah  memberi duit lawa kepada orang orang yg berbaris dihadapan tu . setiap orang kena dapat duit lawa  ! katanya bayar tol  !

banyakkah duit yg diberi kepada pagar pagar tu ?  kalau zaman maq kecik dulu 50 sen dah kira banyak la tu ,sebab bukan sorang memagar pengantin perempuan ! ada kala sampai 30 orang ! aduh pokai lah pengapit nanti hehe . sebenarnya itu antara acara untuk memeriahkan lagi majlis bersanding  tersebut !

tempuhari , ketika dimajlis pengantinnya sepupu maq yg berlangsung di Felda Sening ,Kota Tinggi ,Johor. maq berpeluang menjadi pagar pengantin perempuan ! lahai dapat juga duduk dipelamin kan , dah 21 tahun kenangan mencuit jiwa hehe . maq , adik perempuan dan beberapa sanak saudara  telah memeriahkan pelamin ketika tu . lahai nakal sungguh kan . berapa RM duit lawa yg maq dapat ?

maq dapat 2 hengget ! jadilah  kann hehe 

maqnie  : ini hanya adat ! 

2 comments:

iryanty ahamad said...

memang meriah kalau dapat duit tol..masa yan kawin dulu teruk juga pakcik makcik kenakan tol kat somi..nasib dah spare bnyak..

annies MAN said...

haaa meriahkn.. semua happy dpt duit tol walaupn tak bnyk mna , hehhe