GO SHOP 118 !

Assalammualaikum

indahnya pagi inikan ! maq dan tiga anak dara ni pepagi dah mula hangatkan suasana rumah dengan menuntun rancangan kat saluran 118 astro . anda tahu tv apa kah tu ?  tulah GO SHOP !

diawal penerbitan saluran ni , maq memang tak ambil peduli pun , tapi sejak cuti penggal ketiga ni ,hari hari anak anak maq on siaran ini ,secara tak langsung boleh pulak maq terjebak sama !

siaran apa tu ?

inilah antara cara baru di Malaysia pengeluar mempromosikan barangan mereka . Dengan tawaran demi tawaran  ! potongan dan diskaun menarik ! anda tentu teruja bila lihat bagaimana mereka mengiklankan produk mereka tu ! maq pun sama ! menarik sehh iklan mereka ...

Kebaikan ? mestilah anda tak perlu keluar rumah untuk shopping keliling pusat bandar , turun naik mall yg mana memang meletihkan aktiviti tu kan ,lagi lagi pergi shopping dengan anak kecil ,lahai,dugaan besar tuuu ,so cara ini memang mudah ! tuntun iklan , call , dan sediakan wang saja !

keburukkan ? kadang kadang yg ditunjuk tak sama dengan yg sampai ke pintu rumah kita ,makanya hati hati dengan barangan yg anda pilih itu . ada kala nak tunggu barangan sampai tu kadang kadang kena  ambil masa lama kerana stock takda lah , cuti umumlah ,sampaikan hati pembeli  jadi was was pada  barangan yg di pesan . yeke tak aku dapat barang ni ? hehe adatlahkan manusia dengan  naluri tak baiknya  tu memang tak dapat dipisahkan .

akhir kata kalau nak cuci mata kan ,maq nak ajak anda semua terutama kaum hawa ni , meh la cuci mata di GO~SHOP - Chanel 118 ! tak payah nak isi minyak untuk tank kereta , belanja anak jajan , kena work out turun naik mall , semuanya ada disitu !!

dimana? di tv anda .. yey ! trade mark G~shop '' ada tv ! boleh beli !'' haaa ..anda ada tv kan ?maq pun ada tapi maq masih guna tv , bukan LCD or LED  ....  hehehe syukurlah tu maq kerana  masih juga ada tv  ...





Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi