10.12.14

Hadiah ulang tahun

Assalammualaikum

Bila sambut ulang tahun perkahwinan yg ke 21 tahun tempuhari , maq ada dapat hadiah dari someone yg berupa cash money . walapun dia tidak tanya maq ,apa yg maq nak ,tapi dia dah buat maq teruja nak beritahu bahawa yg dia beri tu telah beri idea baru untuk maq  .cash money dari beliau tu telah menyebabkan maq punya periuk nasi elektrik baru dan maq dapat buka table untuk makan malam kami 5 beranak ! alhamdulillah  kenyang sangat sangat ! terima kasih ye awak..

'' eleh maqnie ni ,tu pun nak cakap ke ?

haruslah sebab dari maq beli pada benda yg tidak berfaedah ,atleast kali ni maq beri pahala berpanjangan kepada someone yg beri cash money tu haaa . tiap kali maq masak nasi guna periuk tu , tiap kali itulah dia dapat pahalanya . so simple nak balas jasa orang kan ?

yes, sebab sayang sangat kat dialah maq biarkan pahala berpanjangan masyuk untuknya . memang pun dia layak untuk tiap ganjaran yg dia dapat ini sebab beliau sudah  terlalu banyak bantu maq dan ahli keluarga maq selama ini .  Allah selamatkan kamu ...

maqnie : ''terima kasih ye awak :) Allah je yg mampu balas jasa baik awak untuk saya dan ahli keluarga saya ini  , saya tak punya apa apa untuk bagi kat awak , hanya doa yg tak pernah putus untuk  awak agar awak  dimurahkan rezki   dengan rezki yg halal lagi barokah .aamiin ....''


tuuu dia !

2 comments:

ros_reeza said...

ye, bila digunakan wang ke jalan kebaikan.,pahalanya berterusan kan Maq..

annies MAN said...

Insya allah ros :)