23.12.14

Ibu sebagai pendorong

Assalammualaikum

Semalam sempat maq bersembang dengan seorang ibu yg mana anak nya baru je dapat keputusan PT3 . Menurutnya keputusan anaknya yg dapat 4A tu dia serahkan bulat bulat kat anak nya untuk tentukan sekolah apa nak dituju untuk persediaan SPM nanti . yg penting asasnya anaknya dah dapat pada form 1,2,3 lalu !


ye memang betul ,untuk pembelajaran anak anak zaman ini , ibubapa hanya perlu mendorong pada kepakaran anak bukan memerintah anak untuk ambil pelajaran itu ,ini ,sebab nanti jika mereka gagal dalam peperiksaan akan datang ,jika mereka tidak dapat kejayaan yg mengalakkan ,mereka pasti akan salahkan ibubapa mereka yg kononnya memaksa pada pelajaran yg mereka tidak suka! anak anak sekarang memang bijak dalam menilai diri mereka . cuma kadang kala tu , mereka cuma buat endah tak endah je pada tanggungjawab ,tu lah nanti hasilnya cukup cukup makan .


sebagai orang tua kepada anak anak era ' bijak pandai ' ni ,kita kena pandai adjust masa depan mereka ,mengikut apa yg mereka suka dan minat ,mereka ni memang bijak kalau nak berdolak dalih hehe apa yg penting mereka dan minat mereka tidak lari dari landasanNYA .


bukan mudah nak jadi ibu yg berjaya . tahniahlah kalau ada gelaran ibu mithali tu untuk individu yg terpilih . mereka memang layak ,  anak anak mereka semua berjaya dalam hidup dunia, dan  insya allah dunia akhirat juga .


No comments: