Kalau Over ,maaf

Assalammualaikum

maaflah kalau bila baca post post maq ,anda nampak macam ada unsur bangga diri atau unsur unsur  riak disitu . yang sebenarnya maq nak luahkan bahawa pada tiap rezki dari Allah yg kita perolehi , wajiblah maq rasa  bersyukur . walaupun benda benda tu tidak sehebat hak milik orang lain !

walaupun hanya minum teh tarik segelas  ketika minum diluar ,maq tetap bersyukur !
walaupun hanya punya baju jenama murah untuk dipakai jenjalan  ,maq tetap bersyukur !
walaupun tak punya ilmu lulusan menara gading dan punya segulung ijazah  ,maq masih bersyukur !

sebab pada maq ,apa yg maq dapat ini ,adalah memang khas untuk maq ! maq layak untuk mendapatkannya . semuanya sudah ditakdirkan  makanya maq kena terus terusan redha dan terus bersyukur kepada Allah .

perlu ke perkatakan diblog ??? ye...hanya blog tempat maq catitkan semua yg terindah dalam hidup maq selama beberapa tahun ini  . andai nanti maq dah takda , blog inilah saksi pada anak anak untuk tiap apa yg maq cuba usaha kan untuk kebahagiaan mereka  . hurmm ... ye ,cuma diblog ini. takda ditempat lain !

akhirnya maq kena akur bahawa blog inilah harta maq yg tak boleh  dinilai oleh sesiapa pun kecuali maq sendiri  sebab , disini maq kongsikan segalanya dan seantero dunia dapat kenal siapa tu Maqnie Nurseri ...

hanya sebuah nama dan seorang insan kerdil yg berbadan besar  ,

itulah Maqnie Nurseri 

Comments

iryanty ahamad said…
sedih pulak yan baca...terus menulis maq..dunia blog memang istimewa
ros_reeza said…
luahan hati ke Maq... sayu je bila baca..
annies MAN said…
yan , ros ..ini cuma luahkan apa terpendam dlm hati .. untung ada blog ,boleh lepaskan semua disini . ye dunia blog istimewa sangat :)

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi