3.12.14

Maq buat iklan ?

Assalammualaikum

awak kat mana ? awak  ...awak kat mana ?

eh ! .. maq kat rumah lah sedang mengasuh anak anak orang dan anak anak sendiri ni . takde nya nak pergi mana mana . lagi lagi suami pergi kerja  , memang lah takde siapa nak bawak maq keluar jalan jalan . hurmm   dah nasib badan kan .

kawan kawan maq yang suri rumah sepenuh masa dah mula bising cakap bosan tak tahu nak buat apa kat rumah . lepas siap semua kerja , masak ,membasuh ,mengemas , solat akhirnya tidur , haaa sangat bosan katanya , makanya ada diantara mereka menyuarakan hajat suruh maq carikan anak asuhan untuk mereka jaga.

walapun maq hanya kerja dirumah , tapi maq sudah pun berjanji untuk membantu mereka . bagaimana caranya ? ahha facebook kan ada ...dan maq pun buat lah iklan yang jujur ..





Dan apa hasilnya ? macam macam respond yang maq dapat dari kawan kawan setempat  . termasuk jugaklah dari  seorang hamba Allah yang bukan nak hantar anak tapi dia pulak nak jadi pekerja taska ! lahai... sorry ye dik , akak ni pengasuh kecil kecilan je pun ( taska dirumah ) ,bukannya nak cari pekerja tapi nak cari baby . mungkin ada salah paham disitu kan... takpe...manusia dan kesilapan memang tak dapat dipisahkan ,ye tak ? harap sangat adik tu dapat pekerjaan yg dia cari cari tu ,insya Allah ..


buat kawan kawan maq yang nak cari anak jagaan tu , bersabarlah ye ,sebab setelah kita berusaha , rezki  tu Allah yang maha mengetahui bila kita akan dapat. insya Allah ,ada rezki anda ,adalah nanti ...aamiin ~

No comments: