Pasar pagi Pasir Gudang

Assalammualaikum

Ahad lalu ,30 hb november , maq berpeluang pergi ke stadium Pasir Gudang , Johor . bukan nak tengok bola ye , tapi dibawa adik perempuan  ke lokasi yg dipanggil pasar pagi  . aktiviti itu terletak disebelahan stadium  tersebut. ianya berlangsung hanya tiap hari ahad , awal pagi hingga tengahari . apa  ada dipasar pagi ? asalnya pasti  terfikir ,maybe ada ikan ,sayur sayuran , makanan , kuih muih kan ? tak ,di pasar pagi ni yang ada ialah  .... mari tenguk sini ...




tak nampak meriahnya kan , tu memang maq sengaja sebab nak suruh anda pergi tenguk dengan mata kepala anda sendiri ,bagaimana kemeriahannya disitu !


hah ? macam sunyi ? haishh ... sebenarnya tidak pun ,pengunjung makin siang makin ramai yg datang . apa ada kat sini ? ahha orang perempuan suka lah lepak sini sebab tudung ,baju , kain semua ada   dan harga memang boleh runding ! TU YANG BEST !!! tapi orang lelaki pun mesti ada je yg tertarik sama , cuma taste maq masa disitu tak dapat  nak feel untuk lelaki ,rambang mata u alls hehehe

apa tidaknya ,  dress yg  anak maq beli berharga rm 50 di BP mall , disini anda hanya diberi harga rm 40 tanpa harga runding lagi tu , kalau pandai tawar lagi dapat murah ! maq tengok pun kainnya banyak yg bermutu tinggi ! orang JB ,Kota Masai , Pasir Gudang yg  niaga online tu ,kalau pergi sini memang masyuk ni  ,serious harga memang boleh bawak bincang punya !

anak anak maq ,belum pun 1 kilometer kami gerak tinggalkan stadium sudah cakap .

maq ..nanti kita pergi sini lah sebelum bulan puasa , geram tenguk dress yg cantik cantik tuuu ...

ahha tulah kerjanya anak dara kan ! dia ingat Batu Pahat ke Pasir Gudang tu boleh je pergi naik basikal ek? apa pun terima kasih kat adik maq yg sudi bawa kami jenjalan pagi tu ..



Comments