Redha je ye

Assalammualaikum

minggu ni kesihatan maq merundum macam cuaca yang sentiasa mendung diluar sana . alahan cuaca  sejuk gaknya hurm macammana lah nak pergi bercuti ke Korea nanti ... cewah hehe


semalam keputusan PT3 diumumkan , rata rata cakap ianya keputusan yg kurang memuaskan banyak pihak . dimana kononnya sistem peperiksaan ini julung kali diadakan di Malaysia . dan calon 2014 menjadi bahan ujikaji kementerian pelajaran Malaysia . betul ke?

pada maq , kalau dah dinamakan pelajar ,apa yg ada pada mereka ialah ilmu dan persediaan untuk peperiksaan . belajar bersungguh sungguh . ulangkaji semampu boleh , fokus dalam kelas , rajin  bertanya guru guru . jadikan semua itu sebagai bekalan untuk masuk kedewan peperiksaan nanti .

maka kalau bekalan dah cukup , apa jenis peperiksaan sekali pun , apa format peperiksaan yg diberi sekali pun , mereka boleh saja jawab dengan senyuman .dan keputusan nanti serah je pada takdir dan rezeki setelah puas mereka berusaha .

tapi apa yang kita nampak pada musim peperiksaan yg lepas?? esok ada kertas nak dijawab , malam nya calon calon masih ada lagi yang online . buat moment di wechat , buat status di facebook , masih bertweet dengan macam macam gaya luahan perasaan . haish mana nak datang minda yang tajam nak jawab soalan kalau mindanya malam malam dah ditumpolkan dengan internet ni .

padahal kalau lepas periksa tu lantak la nak online 24 jam tanpa henti pun . takde siapa nak halang kan?

tapi  nasi dah jadi bubur , redha jelah ye .yang penting ayah ibu kena terima hakikat yg  semua itu adalah rezki si anak .hasil dari usahanya . dan ayahibu   walaupun sikit hampa , jangan di marah pulak budak tu ye :)

Comments