Setelah 20 tahun kami bersama

Assalammualaikum

20 tahun hidup bersamanya dan kini tibalah segalanya berakhir bila dia sudah tidak dapat berbakti kepada maq .bukan sebab dah tak sayang tapi disebabkan dia memang dah tak boleh buat kerja nya lagi , lantas  memang perlu disingkirkan . maafkan maq ..

petiais yg banyak jasa 


satu masalah kalau duduk dikawasan taman  , kalau nak buang benda tak pakai macamni  memang membebankan . nak letak belakang rumah , nanti mengganggu jiran jiran pula . letak tepi rumah nanti jadi pembiakan nyamok pulak ,letak depan rumah dah tak serupa rumah pulak  , makanya suami maq pun meleraikanlah satu persatu badan petiais tu utk dibuang . nak angkat lepastu buang jejauh satu masalah sebab kami takda hero untuk membantu ,heroin semua takleh haraplah ! dan kerja meleraikan sudah pun selesai petang semalam jugak ,alhamdulillah ,selesai satu masalah .

apa gantinya ?

brand yg sama , liter yg sama , insya allah , moga dia dapat berkhidmat dengan perkhidmatan yg sama . maq haraplah sangat sangat . sebab rasa maq lah kan , kalau 20 tahun ,orang lain tu dah beli berapa petiais kan ? haha maq baru pakai satu je ini  ,tu pun sebab dia dah letih nak bekukan ikan maq ,tu sebab kena diganti . lain lain masih ok lagi fungsinya  , cuma dia malas nak membekukan  ! so maq reject lah .

** memang layak kot diganti baru hehe anywhere  maq trust you #sharp



Comments