29.12.15

Minyak wangi



Assalamualaikum

Kalini maq nak berkongsi cerita pasal minyak wangi disebalik perjalanan hidup maq .

Masa remaja , pergi sekolah menengah pun maq sudah pandai pakai minyak wangi . Haruman pilihan ialah yang berasaskan bauan lemon .

Bila dah bekerja , duit gaji banyak dihabiskan  dengan beli minyak wangi . Kalau anak dara orang lain banyak beli pakaian , tapi maq tetap beli minyak wangi.

Bila dah kahwin , punya anak , anak pun dah besar panjang .bila terbau minyak wangi yang baunya padu ! Keras ! Maq akan rasa sakit kepala . Agaknya over dos dah bau minyak wangi yang maq hidu sebelum ni.

Lagi lagi , bila maq dapat tahu bila orang perempuan pakai minyak wangi  sewaktu  keluar rumah ..



~ Antara sebab Allah tak terima solat
~ Bukan untuk tontonan umum terutama lelaki
~ Islam memang  tak suka busuk.. tapi berpadalah
~ Cari kebaikan disebalik suruhan Islam
~ Sentiasa akan ada orang yang nak ambil kesempatan
~ Benda yang agama tak mau ..makruh
~ Penyebab berlakunya fitnah

Makanya maq memang tak guna minyak wangi lagi .

Idea tu maq dapat dari facebook ..


Menjelang "back to school "



Assalamualaikum

Cuti akhir tahun makin tiba dipenghujung .rata rata ibubapa yang ada anak yg bakal bersekolah ditahun baru ni dah mula berusaha menyediakan duit untuk kembali ke sekolah .

Untuk anak yang sudah sedia bersekolah ,  perlu diingatkan tak perlulah semua diganti baru pada tahun baru ni .gantilah mana yang wajib diganti .mana yang masih elok dan masih boleh diguna , suruhlah anak anak guna dulu . Kerana apa?

Selain harga keperluan sekolah yang tak masuk akal pada zaman ni  , dengan iringan angin GST  melambai lambai sanubari , kita juga  perlu ingatkan ada lagi yg lebih WAJIB  difikirkan . Iaitu " duit buku ".

Apa duit buku ? Duit ini bakal dibawa ketika hari pendaftaran tahun baru persekolahan . Ianya berkaitan buku tulis dan duit yuran . Ha ini la yang wajib dititik beratkan !!

Agak kecewa bila disenaraikan hampir 1 badan anak memakai pakaian yang branded , yang cangih tapi bila tiba nak mula belajar ,  buku takda ! Punca??

*Parent belum gaji nak bayar duit buku , cikgu ..

Bayangkan , bagaimana mood anak anda kalau kawan kawan yg lain dah bersemangat nak mula belajar sedang dia ,buku tulis pun tak dapat lagi . Tunggu ayah dapat gaji .

Lainlah jika anak anda masuk sekolah permodelan. Memang cikgu pandang pada penampilan bukan buku .

Zaman sekarang semua nak adjust , termasuk jugalah perasaan .ye .. perasaan perlu di  adjust

*perasaan = nafsu*

Selamat kembali kesekolah dari maqnie nurseri and the kids !


28.12.15

Bersangka Baik


Assalamualaikum

Katanya  :

"Berusahalah kamu bagai kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beramal lah bagai kamu akan mati di esok hari "

Okey ... dalam perkara yg dikatakan diatas . Amal perlu ,usaha perlu ! Amal tu mesti anda tahu . Semua yang mendapat pahala dan ganjaran dari Allah itulah amal . Termasuk amalan wajib dan sunat . Semuanya dapat pahala .

Bagaimana dengan usaha ?

untuk membayangkan nak hidup 1000 tahun lagi , dengan keadaan ekonomi yang kian mencabar ni dengan cukai dan GST semua tu , kalau tak rajin berusaha ,mana cukup ? nak harapkan duit gaji dari hanya dari 1 pendapatan ? Hurm  sedangkan anak isteri jutawan pun ada yang bekerja , mereka  berniaga , apa lagi kita golongan yang biasa biasa ni.

Ada orang cakap " kerja teruk teruk  , duit bukannya boleh bawak mati "

Okey ..memang kita yang dah mati tak boleh angkut duit duit kita dalam  simpanan masuk sama dalam liang lahat , sebab yang tinggal cuma jasad yang kaku , yang tak mampu berbuat apa apa. Tapi bagaimana dengan ahli keluarga yg masih hidup  yg kita tinggalkan ? Kalau kita dari golongan sederhana bukan mudah ahli keluarga kita nak uruskan semua urusan jenazah kita  kalau takda DUIT .


Memang tak bawak duit kalau kita mati , tapi kita bawa kain kafan yang dibeli dgn duit . Kita panggil penggali kubur yg diupah kudratnya dibayar dengan duit . Kita panggil jemaah  masjid /surau  utk bacakan tahlil ,yasin dan doa doa buat aruah kita .  Dan macam macam urusan bakal memerlukan duit ketika menguruskan kita mati nanti.

Jangan sampai nanti orang cakap " dah lah masa hidup susah , dah mati pun menyusahkan orang lagi " ..nauzubillah himinzaliq ..

So ? Kerja teruk teruk , duit bawak mati tak ?? Jawapannya MEMANG BAWAK  tapi bukan kita yg uruskannya tapi ahli keluarga kita yang kita tinggalkan  tu .


Lagi 1 bagaimana nak bawak duit selepas mati ??? Kumpul duit , lepas tu beritahu anak anak atau ahli keluarga yang lain ..

" kalau emak mati nanti , duit siling yg dalam 100 biji tin biskut tu ,korang sedekahkan kerumah anak anak yatim dan rumah kebajikan . Jangan lupa "

Ahha .. BERSEDEKAH LAH !! duit akan dihulurkan kepada penerima ,  pahalanya masuk ke akaun kita didalam kubur .

Maq bukan nak pertikaikan masaalah duit sekarang ni , tapi pada maq , kalau kita nak pertikaikan pekerjaan seseorang ,kenapa dia bersungguh sungguh cari duit . Bukan sebab  dia nak bina istana atau beli kapal perang atau nak bercuti  pergi bulan . Tapi dia ada alasan yang kita tak tahu . Dan benda yang kita tak tahu ,usahlah memandai nak cakap , fitnah tu lebih kejam dari membunuh !!

Mohon Allah lindungi minda kita dari berburuk sangka sesama kita ..amiinnn

26.11.15

Calon menantu bukan calon hantu

Assalamualaikum

Bila ramai yang bertanya ,calun menantu macamana pilihan maq . Maq hanya senyum . Sebab zaman sekarang anak perempuan mahupun lelaki lebih bijak mencari pasangan masing masing tanpa bantuan orangtua mereka . Tup tup balik dah bawa " calon menantu buat ibu "  hahha

Maq memilih calun menantu? Jawapannya tidak ! Siapa saja boleh jadi menantu maq . Maq bukan kategori  emak mertua seperti  watak dalam cerita " ibu mertua ku"  dan anak menantunya Kasim Selamat.

 Ala kasimmmmm ... ampunkan emak Kasimmm ...


makanya  yang perlu ada pada bakal calon menantu maq :

Pertama sorang yang penyabar sebabnya anak anak maq agak ' kesset' @dalam bahasa jawa . Kalau orang melayu cakap TIDAK BERAPA NAK RAJIN gitu.  a.k.a pemalas . Kuat merajuk pun ye . Suka sentap , emosi , macam macam ado .. maq berani cakap sebab maq yang jaga diaorang sejak dalam perut lagi .


Calon menantu bukan ustaz pun takpa , asalkan solat 5 waktu cukup ,puasa penuh , pandai baca alQuran dengan tajuid . Sebabnya nanti  mereka inilah pembimbing  kepada isterinya ( anak perempuan  maq ) dan bakal pendidik kepada anaknya  (cucu cucu maq) . Kalau si menantu  kelaut amalan dan imannya, apa jadi pada anak dan cucu maq nanti ? Ke bulan barangkali !


Pandai jaga diri dan pandai jaga maruah keluarga. Hormat orang tua .  Hormat hak isteri . Tahu hak mana halal dan haram . Tidak kurang ajar dan tidak panas  baran.


Boleh terima idea orang lain , bukan pakai cakap dia jek yang betul.  Pandai mengalah , bijak guna tanggungjawab. Dan bijak guna  akal dengan fikiran yang waras .


Tak kaya raya pun takpa asalkan rajin berkerja . Sebabnya orang yg kaya raya sekarang ni , asalnya dulu mereka pun orang susah .


Makan tak cerewet sebab anak anak perempuan maq semuanya  tak pandai memasak. Hehhe ..agak agak ada yang sanggup ke ?


Sebenarnya suami yang bijak membimbing bakal menghasilkan isteri yg dengar kata dan anak anak yang mudah dijaga. Syurgalah bakal menanti buat kalian. In sha Allah



6.11.15

Ayam goreng rangup



Assalamualaikum

Seminggu dua ni harga ayam muda agak rendah berbanding  harga pasaran yang sebelum ini . Agaknya kuantiti melebihi permintaan , tu yang harga jadi rendah , menurut kata suami sekilogram cuma RM 4.00. Takpalah  asal dapat meringankan beban rakyat yang telah sedia terbeban. Syukur Alhamdulillah . Jawabnya hari harilah berlauk kan ayam. Memandangkan harga ikan pun boleh tahan mahalnya sekarang.

Masakan kegemaran anak anak maq kalau disebut 'ayam' ialah ayam goreng ! Betul ..betul ..betul !


Ok .. Kalini maq nak kongsi bagaimana cara nak dapatkan ayam goreng yg sedap dan rangup . Tips ni maq dapat dari adik ipar perempuan maq . Beliau merupakan seorang isteri yang memang rajin didapur .. huhhu jom tengok caranya !
Mungkin ada yg dah tahu  tapi pada yg tak tahu ? Yok  cuba

Lepas basuh bersih bersih  ayam yang hendak digoreng , gaulkan ayam dengan GARAM +KUNYIT + TEPUNG +MINYAK MASAK . gaul sebati . Kemudian sedia untuk digoreng !




Setelah digaul hasilnya nanti macam gambar kat atas  . Untuk 1 kg ayam anda perlukan 3 sudu makan minyak masak dan 5 sudu makan tepung gandum . Untuk garam dan kunyit tu secukup rasa anda la . Kalau guna tepung goreng ayam lagi sedap rasanya . Maq guna tepung goreng ayam yang orang jual pakai timbang tu . Kalau kat Batu Pahat ,kat jalan ke pasar ada kedai yang jual barangan masakan pakai timbang / ceduk ** ! Orang BP tau la kedai tu kat mana .

Selamat mencuba !



Cara melipat sarung tilam



Assalamualaikum


Bilik tidur adalah salah satu tempat peribadi seseorang yang tidur dibilik . Manakala jika dia tidur disofa ,makanya ruang tamu bertukar menjadi ruang tidur . Biasanya keadaan ini disebabkan seseorang itu sudah biasa tidur diruang yang terbuka dan  luas . Kebiasaannya anak anak lelaki , mereka tak gemar tidur dibilik . Yang pelik bila dah jadi pengantin tu ,selesa pulak tidur dibilik !  Kesan alam sekitar barangkali .

Waallah hualam !

Ada orang , ada bilik ,tapi tak reti nak buat bilik tu kelihatan kemas dan rapi . Selain susun atur ,alas tilam dan kain baju yang dihanger pun kena juga dititik beratkan supaya bilik yang kecil nampak kemas . Pekara yang sering nampak gagal ialah sudut kain baju yg dilipat . Kalau lipatan tak menarik dan kemas ,maka rosaklah pemandangan indah dalam bilik tersebut .

Dalam banyak banyak lipatan,melipat sarung tilam adalah yang paling susah dan selalu hasilnya  tidak kemas . Ramai orang gagal dalam melipat sarung tilam . Untuk menyelesaikan masaalah ini ,maq nak kongsi cara melipat sarung tilam supaya nampak kemas dan mudah disusun . Yok tengok !




Selamat melipat ..



5.11.15

Kadang jadi bingung


Assalamualaikum

Alhamdulillah harini Allah masih beri peluang maq meneruskan kehidupan yang cuma diberi pinjam oleh Pemiliknya . Terima kasih Allah .

Harini maq free disepanjang hari sebab anak asuhan semua tidak datang kerana masing masing ada hal yang peribadi.





Qaisara jaga baby mama dia yang baru lahir masuk hari ke 3 pada harini.






Qasdina masih di Negeri Sembilan kerana menjaga mama dia yang dalam pantang . Harini dah masuk 31 hari kalau maq tak silap.




Mirza pula pergi medical check up .

Okey ..maq memang free ? Suri rumah free ke kalau duduk dirumah 24/7 ?  Hanya rakan sejawatan je tau free manakah seorang suri rumah yang cari rezeki dirumah . Sekarang ni pun jam dah nak pukul 11.00 am ,dan itulah masa maw masuk office  almaklum Dapur Officer  ( D.O ) . Dan ternyata apa yang tersusun dilist minda ialah ....

   " NAK MASAK APA HARI NI ? "

haish .. lebih 20 tahun memasak , hari hari masak ,akhirnya otak akan jadi cramp bila masuk dapur dan fikir nak  masak apa !
Apakah semua suri rumah bermasaalah macam maq ? Atau cuma maq sorang yang berpenyakit macam ni ?  Hurm faktor usia agaknya. Hee~


Mohon Allah permudahkan..




3.11.15

Musim peperiksaan dah tiba



Assalammualaikum

Minggu ini minggu peperiksaan bagi pelajar pelajar di tanah air kita - Malaysia . Mungkin juga diseluruh dunia ? Entah ..tak tau le pulak :)

Penuntut SPM , STPM  , kolej kolej  Kerajaaan dan swasta pun  semua sedang memerah otak untuk sama sama berperang didewan peperiksaan sejak semalam .







Anak maq *Ety , Harini awal pagi dah called ,mohon restu maq ,suruh doakan untuknya semoga berjaya. Ety dah  mulakan final  exam untuk sem 1 nya  sejak semalam (isnin) dan  awal pagi semalam juga dia dah called maq suruh doakan dia boleh jawab dengan selesa dan tepat .

" mak ..doakan Ety eah "

Itulah ayat dia di whatsapp dan juga di telephone .
Kalau takda exam dia ada call maq tak ?
Ada tu ada ,tapi tak sekerap masa dia nak exam.


Dan sebenarnya restu seorang ibu berada disetiap hembusan nafasnya. Bukan untuk orang lain, bukan hanya ketika anak nak exam , bukan ketika anak nak berkahwin , tapi setiap masa selagi dia masih bernyawa.

Selamat berjuang Ety dan semua pelajar yang mengambil peperiksaan kali ini .Mohon Allah permudahkan urusan anda semua menjawab soalan soalan dan dapat menjawab dengan senang dan tenang .  Dan mampu perolehi keputusan yang dibanggakan nanti.


Dan pada bulan Disember pulak anak maq si Aida , akan menduduki peperiksaa Sekolah Khas, Disekolah Agama Kenangan Dato' Onn. Allah permudahkan kesemua urusan dan semoga berjaya dikehidupan didunia dan diakhirat . Amiinnn..







Insha Allah ,Ety & Aida boleh.. sebab maq tahu anak anak maq memang  mampu lakukan . Menjawablah dengan tenang , dan jangan lupa Doa kepada Allah s.w.t agar di beri kesihatan yg sempurna ketika musim peperiksaan ini dan selama lamanya ,amin ya robal ├álamin...

Sesungguhnya Allah tak pandang pada keputusan kita, tapi Dia pandang pada usaha kita.



1.11.15

AFC - tahniah Johor , Malaysia


Assalamualaikum

Agak tak adil jika satu sejarah bola sepak tanah air  maq tak kongsikan disini . Pasukan JDT menjuarai piala AFC , biarpun ianya menjadi sebutan dan kebanggaan hampir keseluruhan rakyat Johor , tapi maq rasa  kemenangan malam tadi juga merupakan kemenangan bagi seluruh rakyat Malaysia .

Tahniah JDT
Tahniah TMJ
Tahniah Johorean
Tahniah Malaysian

Bola sepak kita berjaya taklok bola sepak asia ! Alhamdulillah...





Pada maq , bukan  pemain JDT  je mampu ketahap ini tetapi ada  ramai lagi pemain dan pasukan bola sepak negara kita  yang mampu lakukannya ,cumanya mereka kurang diberi pendedahan . Betul atau tau ?? Anda je yang mampu menjawabnya .

Tahniah ketua pasukan JDT !


Tips untuk bukan pengemar buah


Assalamualaikum ..


Anak anda dan  dengan anda sekali tak suka makan buah ? Sedangkan  secara umumnya kita sangat perlukan serat dan vitamin dari buah buahan itu untuk kekal sihat dan kekal awet muda .


Maq ada cara bagaimana untuk menarik perhatian orang yang tak gemar makan buah buahan ni akhirnya  berjaya makan buah dengan selesanya .

Caranya : cuci bersih  dan potong buah yang anda nak cuba makan tu . Kemudian cairkan coklat kegemaran anda dan keluarga !  Dan bila nak makan buah yang sudah dipotong tu , cicahlah dengan coklat yang sudah dicairkan ! Yes !! Sedapnya sehingga menjilat jari . Selamat mencuba !





Kawan baru blogging

Assalamualaikum

Setelah sekian lama maq berblogging guna tab dan handphone , akhirnya harini maq dah dapat gunakan notebook sebagai gadget untuk berblog. Pertama sekali bila bukak blog guna notebook ni , maq tengok blog maq di screen .. Allah hu besar nya dia punya widths !! full 1 size screen notebook ukuran 11 inci ni . Rasanya kalau orang rabun dekat tu dah layak tanggalkan cermin matanya !

Dan sepantas mampu ,maq pun edit semula blog dari yang sebesar papan hitam tu kepada yang sesedap mata memandang . Cehh ~

Ebook keluaran Asus kini dah jadi kawan baru maq dalam blogging ,insha allah maq akan terjah blog blog anda yang selama ini amat sukar untuk maq hampiri .



Rezeki dari Allah .. alhamdulillah  :) semoga memberi manfaat pada semua  . Amiinnn.


30.10.15

Pintu taubat belum tertutup



Assalamualaikum ..

Jumaat datang lagi. Apa perkara paling bahagia setiap pagi ialah kita masih bernafas dikala celiknya mata . Alhamdulillah .


Itu tandanya Allah masih beri peluang kat  kita untuk  bertaubat dan menambah lagi pahala yang sedia ada . Banyak mana jumlah  pahala tu , pakar matematik terhandal didunia ini  pun tak mampu nak kirakannya dan hanya Allah yang Maha mengetahui untuk setiap perbuatan yang setiap hambaNya lakukan .


Sering kali  bila kita bertekad nak jadi lebih baik , seringkali itu jugaklah  saitan berbisik kat telinga untuk melakukan dosa lagi. Kadang tu ,saitan tak bisik pun dah hati memang 'jahat'  .. tiba tiba je hati merengus sekelumit  rasa yang tidak elok dan terhasillah dosa kecil . Banyak sebenarnya dosa yang kadang tu kita tak perasan yang kita dah lakukan . Antaranya ?

" kita baca dan dengar satu cerita yang kita sendiri tak nampak kejadian yang sebenar  tapi kita bersungguh sungguh menyalahkan pesalah yang terlibat didalam kejadian itu "

" tengok tv ,tiba tiba pembaca berita tu pakai celak dikening nampak senget , terus je kita cakap dalam hati ,eee .. macamana lah buat kening macam tu , tak tau janganlah buat ! "


" anak jiran menangis tak henti henti , kita dengar dan dalam hati berdetik , manalah mak bapak budak tu ,tak dengar ke anak menangis tak reti diam ? "


Selalukan kita buat macam ni ? Tak tahu hal sebenar pun tapi kita dah bijak menilaikan keadaan nya .


Kalau lah benda dah jadi , mungkin kita tak dapat nak elakkan . Apa yang perlu kita buat sekarang ni , ber ISTIGHFAR banyak banyak dan andai kata orang yang kita kata  tu hampir dengan kita , mohon maaf kalau terserempak dengannya . Sebab kita bukan Tuhan nak tentukan  berapa banyak dosa seseorang dan kita sendiri tak tahu berapa banyak dah simpanan dosa kita . Makanya mohon maaf dan memaafkan itu antara jalan paling mulia.


Tak dapat nak bayangkan adaikata orang yang kita kata tu berada dipihak yang benar ?? Allah huakbar , diakhirat nanti ,kat mana lah kita nak cari mereka tu semua.


Ya Allah .. mohon kami dijauhkan dari perasaan buruk sangka sesama kami , aminnn..

Yok sama sama kita perbetulkan iman yang masih dalam pengubah suaian ini. Dunia makin tua , adakah amalan kita dah cukup matang ?



Waallah hualam ~









28.10.15

Sedap tapi mengidap



Assalamualaikum ..


Bila kat group dilaman laman sosial  seperti fb , wechat ,whats app asyik sangat  mengupload  gambar makanan yang telah dihasilkan .  Ada tu hampir setiap hari ada je masakan yang dimasak . Ada kek ,biskut ,kuih muih , masakan masakan barat dan berjenis jenis makanan yang menyelerakan , semua tu bukan untuk jualan tapi untuk dimakan oleh ahli keluarga masing masing , secara automatik maq terfikir apa akan jadi dengan tubuh badan mereka itu pada 15 tahun akan datang?

Makan ni memang lah sedap . Tapi bila dilayan dengan tidak mengira berapa kalori gula dan bahan lain masuk dalam tubuh badan kita setiap hari risiko mengidap berjenis jenis penyakit , amat tinggi. Kesian kat tubuh kita yang terpaksa bersesak sesak menerima bahan bahan yang sebenarnya ada sukatan yang perlu diambil kira .

Bayangkan pembuluh darah yang halus itu menjadi terlalu padat dengan bukan sahaja darah, tapi kandungan glukosa dan kolesterol .

Untuk makanan bergula , cuba bayangkan 1 hari berapa kali kita makan, ini termasuklah makan nasi termasuk nasi goreng , roti atau roti canai , pelbagai jenis mee , manisan dan kek dan berjenis jenis air manis . Kemudian cuba kalikan dengan 15 tahun x 365 hari..berapa kilogram gula yang telah kita  ambil?



Internet yang membosankan



Assalamualaikum

Lama maq tak menaip diblog . Bukan malas tapi ni adalah kesan dari serangan jerebu yang beberapa kali melanda  Malaysia sehinggakan maq tak jumpa button " new post " . Hehhe suka sangat  tak ngaku kesilapan sendiri kan .  Padahal sendiri yang malas .

Sejak kebelakangan ini internet telah tidak beri kerja sama kat maq . Kadang tu dalam rumah ni hanya maq sorang yang guna wifi  ,tapi dia punya loading  berjam jam tunggu sampaikan maq jadi give up dan ambil novel terus baca dan akhirnya tidur.


Menurut anak maq ,line lari kencang hanya  diawal pagi . Antara pukul 2 am -6am . Sedangkan waktu itu merupakan waktu rehat maq setelah berjaga dari 5 am hingga  11pm .

Apakah masaalah ini akan berterusan macam ni ? maq pasrah dan redha pada takdir dan waktu yang berlaku.

10.10.15

Semangat juang mereka hebat


Assalamualaikum ..

Malaysia kita digemparkan dengan berita penemuan semula  6 dari 7 orang kanak kanak yang hilang selama 48 hari di negeri Kelantan. Biarpun cuma 2 yang masih hidup ,seorang lagi tidak dapat dikesan ,manakala selebihnya telah meninggal dunia , kita masih layak bersyukur kerana semua persoalan kini telah terjawab . Sebarang spekulasi keyboard warrior kini telah menemukan jawapan. Kudrat mereka merempuh hutan selama 48 hari tanpa makan dan pelindungan yang sempurna amat memberi impak pada pemikiran orang dewasa  macam maq .

Cuba sama sama kita bayangkan situasi kanak kanak itu ketika :

Detik mengadap kematian kawan mereka didepan mata .

Melalui suasana malam gelap dalam hutan.

Hujan lebat ,mereka kesejukan .

Tidur yang pasti tidak selesa.

Makan minum yang tak terurus.

Binatang berbisa.

Tahan sakit dan ketakutan.

Ya Allah , besar sungguh kuasaMu ..


Pada maq 48 hari bukan masa yang singkat . Mereka bertarung nyawa untuk teruskan hidup dan bersembunyi . Semua gara gara apa ?  Ye .. semuanya gara gara takut dimarahi kerana buat silap . Sedangkan mereka lupa  ,mereka dimarah untuk mengelakkan kejadian tidak diingini belaku kepada mereka . Sebab sayang . Sebab tak nak mereka dapat susah . Tapi .. Inilah namanya takdir .  Cuma  mereka  ( kanak kanak yg seramai 7 orang ) saja yang tahu apa sebenarnya  yg belaku . Sebagai warganegara ,kita hanya layak bersyukur sebab mereka telah ditemui. Persoalan telah terjawab . Alhamdulillah..


Motivasi maq dalam kejadian ini :


bila orang yg dah biasa hidup susah , yang tidak bermanja manja dengan kemewahan, mereka boleh je teruskan hidup mereka berhari hari dihutan atau dimana mana mereka berada . Biarpun dalam kes ini 1 persatu tewas kerana terlalu lemah. Semangat juang untuk bersembunyi memang padu dan kuat , biarpun sekadar melarikan diri dari dimarahi dan didenda .

Semoga  mereka yang masih selamat itu cepat sihat dan dapat teruskan persekolahan mereka semula seperti biasa .

48 hari !! Anak kita ???
Tak dapat makan 2 jam sebab ibu dia lambat masak kerana leka  online facebook  ,apa jadi ???? Hahha .. ngadu je kat ayah terus .. ya ampunnn ..


7.10.15

Makanan berwarna warni



Assalamualaikum ..

Sekarang ni , manusia berlumba lumba mencari idea untuk memperkenalkan produk masing masing . Yang terkini , karipap dan  berger telah diwarna warnikan tepungnya . Memang nampak menarik tetapi apakah ini akan buat semua orang teruja untuk memakannya . Waalla hualam . Rezeki itu dari Allah dan  milik kita . Pengusaha  berusaha , pembeli membeli mengikut cita rasa masing  masing . Yang paling utama adalah  bahan utama pada makanam itu berstatus HALAL !






Kepada yang  berminat nak mencuba  berger warna warni tu , ianya terdapat di Busstand lama ,jalan Omar , Batu Pahat . Nama kedai ada digambar yang ke 3 . Dan kedai ini beroperasi hanya diwaktu malam dengan harga rm2.50 /pc *harga promosi*. Karipap ? Entah hasil usaha siapa agaknya  . Maq jumpa gambar tu kat twitter semalam . Dan yang bawah sekali tu gambar bahan utama , tepung berwarna warni !


Apa pun hasil gaya produk , tunggak utama pembuatan mestilah halal dan bersih . Selain tu mestilah kena sedap !!  Barulah orang sanggup beratur sampai 2 jam semata mata nak rasa . Macam kat warung nasi lemak cik Chom di Pura Cendana , Sri Gading Batu Pahat .



Berilmu dan beramal jadikan sebagai landasan hidup yg lebih maju dan  berdaya saing !  Tahniah kepada semua pengusaha pengusaha makanan yg diatas . Anda berani mencuba !



Petua elak pukau dulu dan kini


Assalamualaikum .. selamat pagi .

Harini cahaya matahari  sudah mula menyinar indah di bumi Batu Pahat , namun sampai bila,maq tak pasti kerana semua yang Allah beri pada kita sekarang ,hanyalah pinjaman dan bersifat sementara. Bersyukurlah masih diberi peluang sekali lagi untuk bernafas dibumiNya.

Di Batu Pahat seminggu dua ini kecoh pasal kegiatan kes pecah rumah  yang dilakukan oleh pendatang asing . Semua penduduk diarah berhati hati , ketua kampung diarah memastikan kawalan demi kawalan disebelah malam dipertingkatkan .



Semua laman sosial dah viralkan  kes tersebut . Di group group whatsapp , macam macam cerita sudah dibaca , semua ini menjadi kebimbangan kepada masyatakat setempat  termasuk maq . Paling jelas kegiatan ini dilakukan dengan cara pukau !

Maq nak kongsikan petua bagaimana mengelakkan diri kita dan rumah dan kita dari  dipukau . Tips ini sebenarnya maq dapat dari orang tua dulu dulu .  Kerana  zaman dulu pun kes pukau memukau ni ada jugak belaku ,bukan kes baru baru ni je. Antara petua yang diajarnya :

- letakkan penyapu lidi dibelakang pintu keluar masuk dirumah anda . Lakukan sewaktu sebelum masuk tidur .

- bila tidur pastikan posisi tidak sama  dalam rumah itu. maksudnya jika sorang mengadapkan kepala kearah utara ,sorang lagi kena tidur ngadap ke selatan  ( bertentangan arah )

- jika nak keluar rumah , pastikan salah 1 pakaian dalam anda dipakai terbaik . Apa motifnya sampai saat ni maq tak pernah tanya tapi itulah katanya petua .

Sejauh mana ke berkesanan petua petua diatas tu , waallah hualam ,tapi itulah yang diajar oleh orang orang tua disekeliling masyakarat maq . Dan  maq rasa lebih afdal jika kita ambil petua yang mengikut hukum syarak iaitu baca doa  seperti barisan ayat dibawah ini .




Kita hanya perlu berusaha , selebihnya  serahkan saja kepada Allah s.w.t . Kerana Dia maha mengetahui pada  semua kejadian.



Dan semalam orang Batu Pahat telah dikejutkan dengan berita  bahawa geng pecah rumah tu sudah pun diberkas polis . Kalau sahih  berita ini ,syukur alhamdulillah . Tapi dalam keadaan  ekonomi yang makin mencabar ini , kita senantiasa perlu  berjaga jaga kerana pencuri bukannya sorang !


Selamat beramal ~



29.9.15

Jasamu akan dikenang



Assalamualaikum ..

Harini , setelah beberapa tahun dia berkhidmat dalam keluarga maQ dengan rasminya , setelah  diistiharkan oleh  seorang pakar komputer , akhirnya notebook milik keluarga maQ sudah diistiharkan expired ! Hurm sedih ..





Produk pertama dari syarikat Asus yang di taja khas  oleh sebuah syarikat audit  kepada anak maQ yang ketika tu merupakan seorang pelajar bidang I.C.T. yang mana sangat sangat  memerlukan notebook sebagai bahan utama dalam bidang pelajarannya. Kalau tak silap hampir 5 tahun notebook ini digunakan.  Ketika beliau berusia 16 tahun dan kini  beliau sudah pun 20 tahun . Alhamdulillah .

Notebook ini bukan saja berjasa  untuk pelajaran malahan bermulanya ahli keluarga maQ menjadi blogger ,kesemuanya bermula dengan notebook ini. Alhamdulillah , banyak sudah jasanya kepada kami sekeluarga . Mohon Allah murahkan lagi rezeki penderma notebook ini . Aminn..

Selepas ini ,maQ terpaksa menggunakan tablet untuk menaip entri memandangkan maQ masih belum ada rezeki nak beli notebook yang baru. Tapi rasanya memang perlu ,sebab anak maQ masih ada 2 orang yang masih belajar dan amat memerlukan bahan dari google menggunakan notebook ini. Handphone / tablet boleh guna jugak tapi untuk print maklumat  didapati tidak berkesan dengan print yang sedia ada dirumah maQ ini.





Tab Samsung atas nilah teman setia maQ untuk membebel buat masa ni . Insya allah pasti ada jalan penyelesainnya .  Rezeki untuk anak anak itu memang ada , cuma datangnya antara cepat atau lambat je kan .



28.9.15

Jambatan Batu Pahat dilanggar


Assalamualaikum ..

Agak tidak adil  jika maQ ( penduduk Batu Pahat )  tidak kongsikan 1 peristiwa yang tidak dijangkakan telah berlaku di Sungai Batu Pahat , semalam .

Kejadian dimana sebuah kapal  pengorek pasir yang lokasi asalnya di pesisiran Minyak Beku telah didapati hanyut sehingga melanggar jambatan Batu Pahat .

Kemalangan itu macam pelik sebab jarak antara Persisiran Pantai Minyak Beku dengan Jambatan Batu Pahat  bukan lah dekat . Ianya mengambil masa juga . Namun dengan kuasa Allah , tidak siapa menjangkan kejadian kapal itu dikatakan hanyut dan melanggar bawah jambatan yang terlalu banyak jasanya kepada pengguna yang datang dari selatan Johor mahu ke Muar atau dari Muar mahu ke Batu Pahat dan kawasan selatan Johor  ! Sedangkan disepanjang sungai Batu Pahat , ada kumpulan nelayan kecil ,  tongkang tongkang yg datang dari Indonesia  memunggah barangan ,penempatan penduduk pun bukan sedikit , MACAMANA boleh tak perasan akan kapal korek pasir tu sedang  hanyut kan ? SubhanAllah .. sesungguhnya Allah lebih tahu pada tiap kejadian .

Dan mula semalam katanya jambatan itu tidak dibenarkan lalu kepada kenderaan kenderaan berat . Namun maQ pun tak pasti  samaada ianya selamat untuk pengguna lain . Apa yang berlaku ada hikmahnya  , sebagai  manusia kita harus ambil iktibar diatas tiap kejadian yg berlaku satu persatu sejak kebelakangan ini . Allah huakbar ..









Ya Allah ya Tuhanku ..sesungguhnya Kau lebih mengetahui atas tiap kejadian . Lindungi kami dan semua rakyat Malaysia dari pekara keji dan mungkar , dari malapetaka yang Kau turunkan dari langit dan dari bumi . Lindungi kami dengan sebaik baik perlindungan . Ampun kan dosa dosa kami yg sengaja mahu pun tidak sengaja . Sesungguhnya kami hambamu yg selalu melakukan kesilapan . Ya Allah ,sesungguhnya Kaulah maha pengasih lagi maha penyayang ..

 Amin , amin ,amin  ya robbal alamin ..


20.9.15

Qasdina dan cermin mata ayah



Assalamualaikum ..

Mari kita tengok aksi Qasdina bila dapat pakai rayban ayah  dan kita tengok riak wajahnya bila ayah  ambil cermin itu untuk dipakai ketika memandu .










Dan bila disuruh pulangkan kat ayah cermin mata tu ..






Merajuk ..taknak kawan ayah dah . Hehhe . Anak asuhan ini berusia 2 tahun pada 13 september lalu , amat rapat dengan maQ dan suami . Pandai buat muka bila hajat dia tak di penuhi . Tetamu yang datang kerumah pasti akan geram dengan telatah Qasdina, lebih lebih lagi dengan kawan baiknya Qaisara .  Merekalah kawan gaduh dan kawan bebel maQ dirumah setiap hari ,kecuali hari cuti.

Tak lama lagi kedua orang anak asuhan ini akan jadi kak Long kawasan bila mama mereka bersalin pada penghujung tahun ini . Doakan kedua mereka selamat melahirkan adik adik buat Qasdina dan Qaisara . Jawapnya sunyilah rumah maQ bila kedua nya cuti semasa mama mereka cuti berpantang . Bila sunyi..mula lah nanti rindu bertandang ..hurmm..

Semoga Allah permudahkan segala urusan , amiin..



Kedai klasik dibangunan lama


Assalamualaikum ..

Harini ahad dan maQ sempat lagi ikut suami balik kampung biar pun harini maQ ada mengasuh anak orang . Nasib cuma Qasdina sorang , tu yang langkah panjang . Bosan tau 24/7 memerap dalam rumah walaupun masyuk . Alhamdulillah masih mampu bantu suami  dan urus rumah tangga dalam satu masa.




Pagi tadi maQ ikut suami pergi gunting rambut dikedai yang maQ tengok memang klasik . Bangunannya , perabutnya tapi seperti kita , pengusaha bertujuan adalah satu , iaitu mencari rezeki .



Barisan kedai yang berusia lebih 50 tahun rasa maQ , sebab masa maQ kecil ,kedai ni dah berdiri teguh disini . Dalam bangunan usang ni ada kedai repair motor@bengkel , kedai perabut ,kedai jual cakera padat cetak rompak , kedai emas dan kedai gunting rambut .



Klasik ! 




Hurm .. tak perlu on kipas , pakai angin sekeliling pun boleh . Udara kat situ segar bertiup sepoi sepoi bahasa lagi , sangat semulajadi ! Macam zaman potong rambut kat bawah pokok pun ada jugak suasana ni .  Qasdina perati ayah pun seakan akan ada sesuatu yang bermain diminda kanak kanaknya .


Lokasi : Pekan Parit Kemang ,Senggarang

Harga gunting rambut : RM 8.00 sama dengan kedai berpenghawa dingin di Bandar Penggaram

Komen pelanggan  : no rambut , no komen 


Persoalannya  : kenapa barisan kedai itu tidak diubah suai lagi ? Adakah ia masih kukuh dan selamat kepada orang awam ? Berapa lama ia mampu bertahan ? Pihak berkuasa lebih tahu tentang ini kan . Rasanya pekan lain dah maju dah.



Perempuan itu dimata MaQ



Assalammualaikum ..

Bila orang perempuan yang cakap macam ni , maQ tak tahu dah nak cakap apa biar pun maQ 100% adalah perempuan . Pada maQ orang perempuan zaman sekarang jangan biarkan jiwanya tercabar . Kalau perkara itu berlaku , banyak perkara pelik dan yang tak masuk dik akal pastinya terjadi .

Sebenarnya untuk semua "tekanan" yang diatas tu ,ada jalan penyelesaiannya , antaranya :


1 - perbincangan antara pasangannya adalah jalan pertama jika kita di datangi masaalah  dalam perhubungan . Jangan pendam !

2 - bersabar dengan sebaik baik tahap kesabaran. Allah sayang orang sabar .

3 - lihat anak anak yang makin membesar didepan mata , sanggup ke seorang ibu nak kecewakan anak anaknya?

4 - fikirkanlah ,apakah tindakan yg bakal diambil itu penyelesaian atau masaalah baru?

5 - berserah pada Allah , kerana Dia lah penentu semua takdir kita . Dia  maha  penyayang ,pengasih dan maha mengetahui yg kita sendiri belum pasti .


Perempuan dianugerahkan  dengan jiwa yang lemah lembut dan  penyayang tetapi jiwa dia akan menjadi keras seperti keluli  jika dirinya sering terabai . Makanya jangan biarkan keluli itu BERKARAT  dalam diam . Bahaya !

19.9.15

Perkongsian




Assalammualaikum ..

Berkongsi ilmu yg kita jumpa itu lebih berbaloi dari kita asik nak berkongsi cerita pasal orang lain yg kita nampak .  Macam resepi kat atas tu . Tuannya berkongsi digroup . Mungkin ada ahli yang masak kuih ikut resepi beliau beri dan buat pula jualan sampingan . Dan dalam masa yang sama dah dapat bantu orang kedua tu tambah rezeki bantu keluarganya . Bantu suaminya , mak bapaknya dengan hasil jualan tu .  Tidakkah pahala tuan punya resepi itu berpanjangan ?

Kalau lokek tak kemana la idea tu nanti .  Jangan kata nak bantu kawan kawan, pahala pun lari menjauh .. semua macam sia sia je gitu ..kan ? Yok ke dapur ..

Terima kasih tuan punya resepi puding ..

18.9.15

Apam susu



Assalamualaikum ..

Perempuan ni kalau tak kreatif memasak , bukan perempuan namanya kan . Dalam keadaan ekonomi yang makin mencabar , orang perempuan lah tunggak utama bila menguruskan bajet didapur . Sebab merekalah pengurus , merekalah chef , merekalah tukang rasa , tukang puji sedap dan  tukang komplain tak sedap .  Hormati tukang masak anda . Air tangan merekalah yang akan anda rindu bila berjauhan , biar pun hanya goreng telur dadar .

Kalini ,sekali lagi maQ nak kongsikan satu lagi idea kreatif  seorang sahabat alam maya .. mari kita cuba idea beliau . Terima kasih untuk beliau juga dari group Masak Apa Hari Ni di facebook .






Selamat mencuba ..


Hutan Negara di Selatan Tanah Besar Asia





Assalamualaikum .. Perkataan digambar atas tu sebenarnya terdapat pada tembok yang dibawah ni . Disebabkan tulisan itu terlalu kecil , jadi maQ kena ambil secara dekat . Ye .. inilah pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai yang lokasinya tidak jauh dari Resort atas air Tanjung Piai pada entri maQ sebelum ini. 



Apa ada di Taman Negara ini ?




Anda baca dipapan kenyataan diatas tu . Terdapat beberapa kawasan yang telah siap sedia untuk dikunjungi . Dengan bayaran rm5.00 setiap pengunjung, anda  layak masuk kesana dan menikmati keindahan alam dan fauna yang memang menarik . 



Mulanya nak masuk tapi bila ada banyak monyet dikawasan itu ,  tujuan asalnya telah dibatalkan kerana anak anak  beliau takut . Tapi ramai yang ber riadah di dalam tu dan  nampak macam tiada gangguan je .




Harap , lepas baca entri maQ kali ni , makin  ramailah yang akan parking kereta di kawasan park itu bila tiba hari cuti nanti. Jalan sambil menikmati alam ciptaan Allah bersama hasil usaha idea manusia yang kreatif ,  Insya allah .. selamat berkunjung.


Lokasi : Hutan Negara Tanjung Piai 
Kedudukan  : Penghujung selatan tanah besar asia
Tempat  : Pontian , Johor
Bayaran : RM5.00 / orang