Bangga untuknya

Assalammualaikum ..

Ahad dan maq cuti ! di Johor tak semua rakyatnya cuti ahad , ada jugak jumaat atau sabtu . dan ada jugak yg cuti penuh seminggu , eh ! siapa tu ? hehe orang yg tiada pekerjaan lah .



siapa insan manis disebelah maqnie tu ? ( bertudung merah ) .ye ,itulah nenek maqnie . Puan Hajah Fatimah . kalau anda nak tahu , 31.12.2014 lalu usia beliau mencecah ke 83 tahun ! alhamdulillah ... Allah masih beri beliau kudrat untuk meneruskan melakukan amal ibadah dan tugas seharian .

lagi maq bangga , dalam usia sebegini , beliau masih lagi mampu berniaga kuih untuk mencari wang saku nya .

walaupun anak cucu ada beri saguhati buat beliau , tapi beliau tak biasakan diri dengan hanya mengharap duit dari anak, cucunya.

dan lagi buat maq rasa bersyukur sangat sangat , dalam usia 83 tahun , beliau TIDAK mempunyai apa apa rekod penyakit orang zaman sekarang pun ,


apa penyakit orang zaman sekarang ? ye penyakit 3 beradik kata orang (darah tinggi , kencing manis ,jantung ) syukur sangat sangat . terima kasih Allah ...

apa kah yg beliau ambil untuk kekalkan kesihatan itu ? pemakanan beliau biasa je , sama seperti orang lain , cuma yg maq perasan , beliau suka makan masakan rebus je . seperti asam rebus , masak senggang , masak tumis air , dan sop !


bagaimana dengan anak anak beliau ? alhamdulillah , dari ibu maqnie ( anak sulung beliau ) hingga ke mak usu ( anak yg ke 15 beliau ) semua nya  bebas dari penyakit 3 beradik tu . ye anak nenek maqnie ada 15orang  . namun ada yang dah pergi untuk selama lamanya .

bagaimana dengan maq pulak? maqnie dah DIPANTANGKAN dari makan ikan kering sebab nanti darah maq naik ..hehe nampak sangat cucu tak dapat nak merintik nenek punya borek ...hurmm

maq bangga dapat nenek seperti beliau ..alhamdulillah


Comments