27.1.15

Cabaran pengasuh

Assalammualaikum

nampak kan maq sangat tidak aktif diblog kebelakangan ini . bukan malas tapi oleh kerana tugasan harian dah makin bertambah maka aktiviti membebel kena stopkan sementara .

Tapi  apa aktiviti maq pada awal 2015 ni?

memandangkan anak bungsu dah kena masuk sekolah sesi petang , maq kenalah siapakan masakan tengahari seawal mungkin . makan tak makan tu tak kisahlah yg penting makanannya sudah terhidang dimeja sebelum dia pergi kesekolah nanti .

sambil masak , tangan ni sempat lagi cuci baju ,angkat baju , lipat baju , ini antara aktiviti kalau anak dara yg berdua tu pergi kerja pagi .kalau tak, semua tu mereka yg uruskan ,alhamdulillah ..

sambil cuci baju , sempat mop lantai ,menyapu ,kemas rumah dan tunggu anak asuhan datang pada pukul 8:15am ( paling awal setakat ni )

tahun ni maq dapat sorang lagi anak asuhan yg berusia 1tahun 3 bulan. besar dah . tapi disebabkan dia dah besar , dah kenal orang , memang agak payah untuk sesi suai kenal .

apa yg menarik sehingga kehari ini ( hari ke 5 ) dia dirumah maq , dia masih lagi menangis bila tenguk wajah maq . dan yang peliknya dia cuma nak main dengan anak anak maq , bukan maq ! ya Allah ... kesian dia asik menangis je kalau nampak maq , lagi lagi pada hari pertama dia dihantar kesini .


Tapi insya allah , semua ni perkara biasa bagi maq sebagai pengasuh yg dah berkecimpung dlm dunia pengasuhan selama hampir 20tahun . rasanya masuk minggu kedua nanti semuanya akan berjalan seperti biasa . insya allah , aamiin ...


cuma maq hairan lah kan , sebelum ni lebih 30 orang budak maq jaga , takde budak yg tak nak dengan maq pada hari pertama. semua ok je . tapi kali ni , dia memang menduga maq .hehe takpe maq , dugaan kecil jek ni , sabarrrr ...semua kerja pun memang ada dugaan kan ? bukan maq sorang yg mengalaminya , thinking positive **

jom kenali anak asuhan maq yg baru tu !








No comments: