Dugaan pengasuh 2

Assalammuaaikum ..

Dugaan sebagai pengasuh ( baby sitter ) hanya insan sejawatan dengannya saja yg tahu . orang lain mungkin menganggap kerjaya ni biasa biasa je sebab kerjanya sama je macam jaga anak anak sendiri kat rumah , senang je kot ?! huhhu

sebenarnya kerja pengasuh bakal jadi mudah jika ibubapa bayi  tu tau  bagaimana menilai penat letih jaga budak.

sepanjang pengalaman maq , walaupun tak semua , tapi masih ada yg anggap satu satu hal itu adalah  pekara yg remeh . sedangkan ianya bakal mengundang masalah pada orang lain yg hendak menjaga anaknya nanti .


contoh nya lah kan , kalau kita dah tempah seseorang pengasuh ketika bayi masih lagi dalam perut . makanya secara automatik kita akan tau jugak ,

" ahh ! anak aku akan dijaga orang bila aku keluar berkerja nanti "

so apa perlu dibuat ??

bila anak dah lahir , ajarlah anak kecil tu menyusu guna botol . sayang susu badan? ok ,takpe ... selang selikan penyusuan susu badan dgn penggunaan botol , dgn cara mengepam susu tu kemudian masukkan kedalam botol . at least secara tak langsung anak kecil tau bagaimana rasa puting palsu tu ,dan lama kelamaan dia akan terbiasa .

anda bayangkan anak kecil yg dihantar itu  kehausan ,kemudian diberi pengasuh puting palsu , pastinya dia tak mahu terima kan jika tidak dilatih semasa waktu berpantang tu ?  nanti apa jadik?? meraung raunglah dia sebab haus . lainlah jika pengasuh tersebut ada susu yg boleh dikongsikan hehhee jadilah bayi tu anak susuan kan. tapi kalau yg jaga tu pengasuh yg kering kontang stock susunya ??

dan kesannya??? pengasuh pasti keletihan melayan dia menangis seharian . tergamak kah  anda mendera hati dan perasaan orang yg dah membantu anda? membantu dgn  menjaga zuriat anda tu ??? yg bukan darah dagingnya ? sambil dia jugak ada tanggungjawab lain nak diuruskan dirumahnya?! fikirlah secara waras .RM anda bagi tu belum pasti berbaloi dengan menjaga amanah anda tu yg tidak ternilai nyawanya .

tapi percayalah , masih ada ibubapa lagi  yg berdegil dlm hal ni , dan menganggap semua tu hanya perkara remeh .


pada pendapat maq , kes kes penderaan biasanya berpunca dari ketidak perihatinan  ibubapa bayi , dan jadi mangsanya bayi , akibatnya  daripada pengasuh yang kurang timbang rasa dan tertekan . tapi biasanya orang ramai akan menunding jari cuma pada pengasuh sahaja . itu biasa belakukan? tanpa usul periksa . hehhe cakap pun manusia ,mana ada sempurna . hurmm ...


mohon maq dijauhkan dari sifat sebegini ...aamiin ~

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi