28.1.15

Hari ke 6

Assalammualaikum

alhamdulillah harini hari keenam maq mengasuh Dina ,baby yg berusia 15bulan tu . nangis ? hehhe pagi tadi je nangis kejap masa mama dia hantar .mungkin dia sayu hati nak lepaskan mama pergi kerja .

keceriaan dina teserlah bila dia dah nak makan ,minum dan mandi dengan tanpa menangis atau meraung raung kat maq . tak seperti sebelum ni , bila ajak dia mandi ,pastinya dia akan menangis dan menangis . hehhe

lagi satu hal yg pelik , kata mama dina , dina tak tidur dalam buaian tapi tengahari tadi ,dia sungguh sungguh merengek rengek "nak  do" maksud nak tidur .dan bila maq masukkan dia dibuaian . ha ah ! memang dia tidur laaaa ... alhamdulillah ,Allah dah permudahkan urusan maq hari ini . terima kasih Allah ~

No comments: