6.1.15

Lempeng ganti roti canai

Assalammualaikum..

Tahun baru ,banyak masyuk ,banyak yg keluar . kena ikhlas . kenapa ? itu lah tanggung jawab kita sebagai ibubapa. jom senyum hehe


Lega hati bila semua media beritahu tahun baru , harga minyak turun . rupanya  turunnya harga minyak ,tidak  bermakna yg harga barang keperluan jugak turun . terkilan sungguh rasanya.. jom senyum lagi walau terpaksa hehhee

tukar topik ! Anda dan anak anda peminat roti canai?


kalau beli roti canai , kadang kadang rasa cuak , kenapa? terbayang diruang  mata , apakah ianya diuli dengan kaki atau tangan ? siapa tukang ulinya? ohh ngeri ..jom bayangkan tanpa senyum pulak ..hurmm


sebagai ibu ,maq dah atasi masalah pengeluaran maksima utk anak anak maq yg pengemar roti canai ! dan dalam masa yg sama , maq rasa bebas dari makan roti canai yg diuli  guna kaki tu.. bagaimana caranya ?




Lempeng  majerin sedap!

1kg tepung gandum
1 biji telur ayam
1 cawan majerin atau butter
air garam secukup nya .

bahan pencicah :
susu pekat manis
madu
kuah kari
kuah asam pedas
rendang
apa apa je yg anda rasa sesuai buat tekak anda .

Mula mula adun semua bahan dalam bekas yg boleh disimpan dalam petiais . kalau bergentel adunan tu , blender kan sekejap . pekatnya seakan akan adunan roti jala . *cair akan memudahkan waktu memasak*


bila selesai di adun dan dikisar , panas kan kuali , masukan majerin setengah sudu teh , untuk mengelaknnya melekat dikuali .  dan masukan sesenduk adunan tadi dan ratakan bulat . api hendaklah sentiasa kecil . masaklah sehingga garing dan balik kan kesebelah untuk kegaringan maksima .

siap ! baki boleh disimpan dlm peti sejuk anda . dan adunan boleh disimpan selama 3-4 hari . siang ,malam ,petang ,subuh , anda boleh masak lempeng majerin ini .

No comments: