Perempuan Marah

Assalammualaikum ..

Panas hati , panas telinga, sakit hati , tu semua antara unsur unsur api kemarahan yang sering menghantui jiwa manusia .

Pada pengalaman maq , perempuan dan kemarahan memang tak dapat dipisahkan .terutama bila hormon " estrogen" dia dah aktif . (  kebiasaannya beberapa hari sebelum haid )  mereka cepat sangat terasanya. Ada takde orang yg paling hampir akan jadi mangsa . terutama suami dan anak anak (untuk perempuan yg sudah berkahwin )

Kalau lelaki yg tak suka ambil kisah pasal  hal hormon aktif ni , mungkin dia akan give up kalau pasangan dia asik nak naik angin je . kejap cool ... Kejap hot tempreture nya . on off lah jugak  .

 naik angin dan pengaruhnya  bermula pada :

Ranking pertama bermula pada  usia Remaja belasan tahun  pastinya .

Kedua ialah gadis gadis yg sedang lena dalam percintaan .

Ketiga ibu ibu muda yg baru nak belajar jaga anak dan handle rumah tangga.

Keempat  perempuan lewat 40an yg dah letih jaga rumah tangganya . kebanyakkan usia begini mereka lebih suka memendam perasaan dari marah marah atau naik angin .

Kelima nenek nenek yg sayangkan keturunannya.anak cucu nya sehingga tak tergamak nalurinya nak marah hehhe

So pada lelaki yg dapat awek kuat merajuk , emosi , suka mencari kesilapan  anda ...makanya bersabarlah ye ... awek je pun .

Manakala yg sudah berkahwin , baru berkahwin , jangan pulak anda bingung kalau masa bercinta awek anda cool je , tapi dah kahwin  bengisnya serupa singa lapar . hahha  take it easy  , sabar paling perlu untuk anda sebagai nakhoda rumah tangga . diaorang ni  (isteri) menyinga tu sebenarnya tanda dia nak manja manja je tu hehhe .betul  ..maq tak tipu .

Dan untuk ketogeri perempuan lama ( ibu ibu tua , nenek nenek kita ) yg tak reti nak marah marah tu , hargailah kasih sayang mereka kerana itulah kasih sayang yg terakhir untuk kita semua . dan untuk pemuda yg panas baran dan kuat beremosi tu , maq sarankan carilah perempuan tua yg sangat  penyabar dan anda memang tidak rugi hehehe gurau je ni .

Ajal , rezki , jodoh semua kerja Allah ye kan , anda cuma perlu berusaha dan ters berusaha .

Maq ketogeri perempuan yg mana ? Ish ...biarlah rahsia

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi