28.2.15

Moyang dan Cicit cicitnya

Assalammualaikum


Siapa kah gerangan insan didalam gambar tu? Jika anda pembaca setia blog maq pasti anda mengenali beliau .

Yess ..beliau lah nenek kesayangan maqnie . ibu kepada ibu maqnie .Puan Hajah Fatimah binti Mohd Saleh , 83 tahun.

Siapakah baby dipangkuan beliau? itulah cicit ke 21 Puan Hajah Fatimah . Nailynn !

Alhamdulillah ...semoga Allah lanjutkan usia nenek  ... amiin .


Dan siapakah pula cicit pertama beliau?? Taddaaa ....





Tu diaaa ... Cik Nur Farahin Izzati ,  21 tahun . beliau anak perempuan maq yg sulung dan ..dan ..dan  sekarang sudah mulai sibuk dengan bisnes instant shawl online dia . :))


Moga Allah selamatkan ahli keluarga ini . aamiin ...

Senyum dan tak perlu kata apa apa

Assalammualaikum

Lama sudah blog maq sunyi .  Dengan kerjaya sebagai ibu dan pengasuh agak sukar untuk maq aktif menaip diblog . dari celik mata hingga malam hari semuanya adalah tanggungjawab . apa yg penting ? Senyum dan ikhlas dengan tugasan heehee

senyum !


GST lagi sebulan berkuat kuasa .Malam ni harga petrol naik lagi .Harga barang masa petrol naik dulu masih kekal  tak turun turun . Keperluan hidup makin  mendadak . Semua aktiviti kena berbayar .Rakyat puas dah mengeluh. Maq ?


Maq hanya perlu berusaha untuk bantu suami dengan hati yg ikhlas bersama senyuman . kerana dengan senyuman orang tak dapat meneka apa permasalahan yg kita tanggung . Lagi pun senyum juga antara salah satu sumber sedekah ..  :))


22.2.15

Mesin Ceragem

Assalammualaikum

Pernah dengar cerita pasal CeraGem? Terapi menggunakan mesin  buatan dari Korea .ianya dah masuk pasaran Malaysia sejak 11 tahun lalu. Semalam 21-2-2015 maq berkesempatan mencuba mesin urut ini yg berada di kawasan Pura Kencana , Batu Pahat .

Ketika sampai , maq tenguk ramai orang pakai pakaianan serba putih . dari tudung hingga keseluarnya - bagi orang perempuan . lelaki pun serba putih juga dari atas ke bawah tapi tak pakai tudunglah kan.



Mereka semuanya warga emas yg dah melalui detik detik kecemasan disebabkan beberapa kesan sakit 3serangkai . ingat lagi ? Kencing manis , darah tinggi dan jantung ? kalau anda nak tahu mereka ada yg dah kena strock ! Ada yg punya  14 jenis penyakit . rata rata mereka ialah pesakit yg sedang menjalankan terapi . Ketika mendengar pengalaman mereka diceritakan pesakit sendiri , maq sejujurnya sebak kerana ada yg rasa dirinya hampir je kepada maut sebelum ini . dan tak menyangka akan hidup sihat sehingga sekarang . mereka sudah pun menjalankan terapi ini  baru je 2-3 bulan tapi dah sanggup buat pinjaman bank semata mata berpuashati  dgn mesin ini .  ye kesihatan adalah yg pertama  .

tapi kenapa maq pergi situ?

Pertama mesti sebab ianya adalah PERCUMA tanpa had .boleh buat berapa kali pun takpa dan masih pecuma. Dan maq memang nak cuba benda pecuma ni !

Kedua badan maq dah mula bengkak balik ( gemuk ) . kalau dah bengkak, mestilah sakit sana, sini .terutama belakang dan pinggang.

Ketiga maq pun dah lama tak kena urut , sempena cuti panjang ni tak salah kot maq dan suami mencuba walaupun orang ramai dan terpaksa tunggu giliran .
mesin ini mesin urut menggunakan teknologi  batu jed yg dipanaskan mengikut mode yg dikawal dgn remote. Proses berjalan dalam masa 40minit .


Bebaloikah? Memang terasa sakit pada awalnya sebab mesin tu boleh jumpa pada urat saraf kita yg bermasalah. Peluh pun keluar dengan lancar .katanya untuk kesan yg terbaik , kita hendaklah kerap melakukan urutan ini dgn mode yg berbeza beza .

Kebaikkannya:
Memecah dan membuangkan toksid
Melawaskan pembuangan air besar/kecil
Memperbaiki saraf dan tulang belakang
Kalau kerap guna boleh slim kan badan
Mengurut dari tulang leher hingga tulang punggung.

Maq macam nak beli  tapi harganya rm15K . dan katanya boleh buat loan bank untuk mesin urut buatan Korea ini .

Nak lebih lanjut search google ' mesin terapi Ceragem ' .

Instagram yg maq jumpa :



21.2.15

Mydin Melaka ( part 3 )

Assalamualaikum

Cerita bercuti ke Melaka tak habis lagi rupanya la haha  mari maq nak bercerita selepas di Pantai Klebang maq pergi mana pulak !?


Masa tu jam dah menunjukkan pukul 12:30 tengahari.Maka ada baik maq beransur gerak ke Batu Pahat sebabnya kalau petang sikit nanti takut jalan jem .maklumlah cuti umun kan .

Dalam perjalanan keluar dari Melaka .tetiba mata terpandang pada signboard Mydin MICT ! ye laaa mydin ! Singgah nak? Kata maq kepada suami. Dibalas dengan senyuman suami maq  .. " jumm"

Maq pinjam image google ni .Sebab lupa nak ambil gambar Mydin waktu tu . teruja sangat lah tu kan hehe .

Mydin dimata maqnie ?

Pusat beli belah yg menarik . pertama pada pakaian pekerjanya .perempuan long sleve biar pun untuk pekerja  nonmuslim .

pengumuman masuk waktu solat bila mana sampai je waktu . berpuluh kali maq pergi shopping mall di Batu Pahat ni , tapi memang takda pengumuman tentang masuk waktu solat pun .tahniah Mydin !

Paling ramai pengunjung berada di kedai pakaian . Dan kedai jual pakaian pun memang banyak dan murah murah ! Tudung , dress , jubah yg cantik cantik , semua boleh dapat dengan harga serendah rm10-20 sahaja. Jubah pun ada yg berharga rm28.00 ! Berpinar pinar biji mata maq  tapi sabar maq sabar, maq baru lepas shopping di pasifik Mall semalam.. Haha ok la , maq tutup lah mata . yg terjebak anak anak dara maq lah. Apa lagi kalau tak baju pilihannya .jawabnya mudah je

" murah makkk"
" ye murah , tapi jangan tak dipakai sudahlah"

Jawapan maq yg mudah hehehe . tapi  paling maq pelik bila mana  lalu kedai jual handphone . ianya adalah lengang !!!

Kalau anda nak tahu , di Batu Pahat  ni kedai handphone lah paling ramai pengunjung berbanding kedai jual pakaian. sesuatu tersembunyi kah??

Maq masak ketam

Assalammualaikum

Bila cuti panjang , anak anak ada je  permintaan yg harus dipenuhi oleh orang tuanya . selain ajak berjalan jalan , mereka pun bijak memberi maq menu yg enak untuk dimakan .Kali ini mereka teringin nak makan ketam masak lemak cili padi !

Dimusim perayaan ni maq bingung dimana maq nak cari ketam. Satu pasar Batu Pahat maq cari , hanya jumpa 3ekor ketam yg diberi harga rm28 ! Wow ! Benda edisi terhad memang begini lah harganya. Dengan harga tak masuk akal tu suami melarang maq beli  . Ok maq abaikan penjual yg cekik darah tu .


Kemudian maq cari ketam di Aeon Big pulak. Alhamdulillah jumpa ketam dgn harga rm 18.00/ kg .tapi ia bukan lagi ketam fresh rasanya.Ketam dingin beku !


Tetapi bila teringatkan anak yg nak makan , maka maq pilihlah  beberapa ekor yg agak separuh segar.


Alhamdulillah ..dibawah inilah hasilnya .. Terima kasih Allah untuk tiap rezeki yg diberi . meriah sungguh suasana meja makan ketika anak anak maq makan ketam ni . maq cuma mampu ketawakan je lihat telatah mereka ketika mengetuk sepit ketam tu .ianya kelihatan seperti "hakim yg tidak bertauliah " hehhe


20.2.15

Teruja di pantai Klebang , Melaka ( part 2 )

Assalammualaikum

Pantai Klebang , Melaka. antara pantai yg telah di naik taraf oleh pembangunan di negeri Melaka .

Semalam , ketika suami bertanya kemana selera hendak dituju . maq jawab " jom makan di pantai Klebang " perjalanan yg tak sampai 30minit dari Bandar Hilir .

Pemandangan pertama yg menarik ialah deretan bas bas lama yg tersadai ditepian pantai . asalnya pasti anda ingat bas tu tak berfungsi .tapi apa yg maq dapati sungguh keterujaan dijiwa . hehehe memang awesome!

Kita boleh makan , minum , tidur juga didalam bas tersebut .paling best dalam bas tu ada jual baju , jual ais krim , jual minuman gas , dan juga dalam bas adalah tempat makan yg sungguh selesa ! Tak lupa juga ada hotel bas ! ahha

Anak anak maq tersangatlah ' kejakuanannya' dapat makan dalam bas macam tu. Lagi lagi anak maq yg kecil .dia tak pernah naik bas yg tingkapnya slide tu hehehe kesiankan.

Lagi seronok dan terkejut ! Ada toilet bersih didalam bas ! kata anak maq firstime buang air kecil dalam bas ni maq ! Hahaha  memang pun , maq pun tak pernah buang apa apa air dalam bas .

Maq makan kue tiaw kerang goreng , rojak sotong dan memang sedap ! Harga tak mahal sangat pun  ! Hah orang melaka kan memang pandai masak lagi pun mereka peramah sangat .

maq suka !!

Maq tanya anak anak berapa bintang nak bagi untuk kue tiau kerang goreng dlm bas? Mereka bagi 4 bintang ! Walaupun hanya minum sirap kosong . hehehe . Jom tengok maq dan keluarga sewaktu dalam bas !







Bercuti ke Melaka ( part 1 )

Assalammualaikum


Cuti tahun baru cina kali ini  kemana maq dan keluarga pergi ? Dengan peruntukkan cuti yg tak panjang .akhirnya Melaka Bandaraya bersejarah telah menjadi distinasi maq sekeluarga .

Bermula dengan aksi aksi selfie di kawasan Bandar Hilir seawal jam 9:00pagi dan alhamdulillah cuaca sangat menggalakan perjalanan . tak hujan , tak panas terik dan sangat sangat elok untuk bersantai .










Selepas letih berselfie dan meronda di keseluruh kawasan sejarah tu akhirnya kami bergerak untuk mengisi perut diPantai Klebang . apa berlaku di pantai Klebang? Nanti maq cerita ye . ini hanya sebahagiaan aktiviti maq habiskan cuti semalam .

Kenangan di Bandaraya bersejarah #Melaka

Gambar lelain boleh tengok di instagram maQ.




18.2.15

Batalkan percutian

Assalammualaikum

Esok kita cuti Tahun Baru Cina.murid sekolah dinegeri Johor sudah mula bercuti pada hari ini bersamaan 18-2-2015 dan akan bersekolah semula pada hari rabu seminggu akan datang .

Mulanya maq dan family merancang untuk menghabiskan cuti raya cina ini ke Kemaman , Terengganu .kerana Fatimah club ( kelab hajjah Fatimah ) akan mengadakan pertemuan disana . FC familyday 2015.

Namun setelah semua yg dirancang berjalan lancar , maq pula dapat tahu ,majikan baru maq , suami dan anak anak tidak dapat cuti panjang. Sedangkan familyday berlangsung mula 18-20/2/2015.

Dan harini 18/2/2015 maq masih mengasuh sedangkan ahli keluarga yg lain sudah pun mula gerak ke utara .

Apa yg lebih terasa bila masing masing sudah pun mula berwhatsapp memberi info lokasi masing masing berada dlm  perjalanan sekarang , sedang maq ...masih dibawah buaian bayi menghayun Didy yg hendak tidur.

Ok ... Sudah tersurat yg maq memang tidak berpeluang  untuk ke Terengganu kali ini . maq redha . semoga ahli keluarga yg lain dapat bergembira dimajlis itu nanti dan selamat dlm perjalanan pergi dan pulang . Amiin ~

16.2.15

Selangkah lagi berusaha

Assalammualaikum


Alhamdulillah  anak  anak  maq  yg  lepasan STPM  2013 & STPM 2014 kini sedang giat mengusahakan perniagaan online dikalangan kawan kawan alam maya mereka . sementara menunggu panggilan IPT . mereka tak jemu mengisi masa lapang sambil bertugas secara kontrak disalah sebuah kilang yg tersohor diBatu Pahat ini .

Maq pun tak terfikir  yg mereka  boleh   minat untuk berniaga gaya ini . maq pun turut sama beri sokongan , walaupun hanya kata kata semangat .  sebabnya mereka tak pernah minta satu sen pun modal dari maq selama ini .

 (  maq dah boleh senyum )

Antara barangan yg mendapat sambutan dari orang ramai ialah

~ jam tangan gred A ~ instant Tiara shawl

Dengan harga mampu milik mungkin saja pelanggan teruja untuk beli . setiap minggu ada sahaja pesanan jam dan tudung . alhamdulillah . Sesungguhnya  rezki itu ada , cuma kalau rajin usaha , cepatlah datangnya .kalau lambat usaha , perlahanlah datangnya . apa yg perlu rajin dan usaha serta doa . kerana dengan doa , pertolongan Allah lebih hampir untuk kita . insya allah .

Kat bawah ni antara pengguna tegar instant shawl Tiara .














Haha sendiri jual , sendiri jadi  model .. boleh la kan .
harga sehelai instant tiara shawl  RM30 sahaja .

13.2.15

Bersemadi seorang pejuang

Assalammualaikum

Harini maq  rasa sebak . bermula dari malam tadi . kemudian disusuli dengan berita  di semua station tv . dan rasa ini makn menjadi jadi bila mana menuntun video klip ini .


Allah hu akbar
Allah hu akbar
Allah hu akbar

Pemergian yg tiada berganti .  segala usaha dan khidmatnya sudah berhenti disini .

Allah ... Kami bermohon agar rohnya ditempatkan dikalangan para kekasih kekasihMu . terlalu banyak  baktinya kepada kami , yang tak mampu kami balas disepanjang hidup ini .

Ye , Dia lah pejuang islam yg mampu berdiri teguh di bumi  kami bernama Malaysia .


Abadilah dia disana dengan tenang , kerana kami relakan segalanya .

Al~ fatihah :'(



video

12.2.15

Ku pendam saja

Assalammualaikum

Dan bila maq buat entri pasal tanggung jawab seorang suri rumah . yang mana kerjanya takkan pernah habis walaupun dia sakit . ada  blogger yg turut sama menyokongnya. Dan rasa maq , pastinya dia jugak suri rumah macam maq ! But sorry maq online guna UCBrowser kat phone , payah pulak nak balasnya .


Ye,Kadang kadang nak nangis rasa bila orang cakap macamtu . padahal yg dalam rumah 24-7 ni , ada masa nak buang air besar pun tak tenang , tapi sedap sedap je cakap

 " oii buat apa menerap dalam rumah tuuu.. Tido ke apa ?? " huhh.. Sakitnya tuh disini !! Ahhaaa !!

Namun orang tak nampak kan , tak boleh jugak nak salah kan mata dia , tapi jom kita salahkan naluri dia yg bijak sangat menilai kita ni  ( suri rumah 24 jam )

Kadang tu nak nangis je rasa , siap je masak , kemas kat dapur , cuci pinggan, baru nak tarik nafas lega .. Pergi ruang tamu ..naaaaah ' kapal karam ' pulakkk !

Siap kemas ruang tamu , susun atur semula yg diselerakkan , amek kau !! Atas meja makan , bawah meja makan , makanan pulak tertaburan ! Sinki tu jangan cakap lah , sering je ada stock pinggan yg perlu dibersihkan .pastinya yg 24-7 nilah .

Sumpah ! Nak nangis je rasanya tapi fikir balik kalau nangis siapa pulak yg nak pujuk ?? lagi pun dah tua tua ni lagi sweet nangis dalam hati a.k.a  KU PENDAM SEBUAH DUKA ..hehhee Allah kan ada ....

Bytheway . terima kasih Nadirah atas komen anda :) rajin rajin la beri pendapat ye .

Ini dunia kami

Assalammualaikum

Blogger ..walaupun hanya blogger kecil mereka masih lagi menaip walaupun masa agak sempit untuk di lalui .

Macam maq sekarang ni .dengan kehadiran 4orang anak asuhan yg sedang giat membesar . kadang kala akan curi 1  sudut masa untuk membebel .. Untuk meluahkan apa yg bermain diminda ini . padahal blogger macam maq ini bukan dapat apa pun kalau meluah , hanya hasil dari nuffnang jelah yg tak seberapa tu . but masih lagi bersyukur sebab tak semua warganegara Malaysia punya akaun nuffnang haha ..( ku pujuk hati ini )

Tapi sejak kebelakangan ni . apa yg maq nampak , ada segolongan adik adik blogger yg maq kenali , kerap sangat berselisih faham antara mereka .

Memang sejujurnya mereka antara blogger yg hebat ditanah air kita . dengan bilangan pengikut yg puluh ribu , mereka memang maq anggap antara yg popular dikalangan warganegara yg popular  dan sudah pun dapat hasil berribu  rm dengan hasil usaha dari blognya sendiri . dapat menyara anak isteri dengan idea kreatif tersendiri . syukur sangat sangat .


namun malangnya mereka kerap sangat kelihatan seperti berpuak puak , status sering kali berbaur perli memerli . kerap saja ada rasa tak puasati sesama mereka dan sering saja sindir menyindir dengan ayat kreatif masing masing .

 Lagi parah .. kadang kala , maq yang tidak berdosa ni turut sama jadi mangsa bila mana maq berkawan dengan blogger A , pastinya blogger B akan  pandang komen maq hanya lelalui jelingan sebelah mata saja .



( ok takpe ku sedar ku hanya  orang tua yg tak meletop dialam maya  , tapi ku punya mata hati dan mata akal yg dapat menilai anda semua )

Anggap saja maq sebagai seorang kakak yg hanya tamat peperiksaan SPM  tapi kakak ini wajib menegur sikap adiknya yg sering saja berkelahi dengan anak jiran sebelah . biarpun adiknya sorang doktor pakar .

Tapi maq selalu berfikiran positif .. Mungkin saja ini hanya gimik para blogger tanah airku . abis cite !!


Maq tak femes mana pun , hanya orang kat taman yg kenal maq , tu pun tak semuanya :) maaf kalau maq melampau  kali ini .

8.2.15

Shopping bersama Qiqi

Assalammualaikum

Semalam maq pertama kali  keluar pergi shopping barang dapur dengan Qiqi . anak asuhan maq yang dah hampir 6 tahun diasuh oleh maq . alhamdulillah

Bila Qiqi dapat tahu maq nak bawa dia keluar , seronok bukan main lagi .Tapi paling lucu masuk sahaja ke pasaraya yang  kedua , dia sudah bising , katanya :

" kenapa kena beli banyak barang? Kenapa  kena pergi banyak kedai? Kenapa tak balik cepat maq?"

Qiqi tak tahu yang maq beli itu adalah stock bahan kering untuk jangka masa 4minggu yg bakal diguna kan untuk 5orang tanggunggan maq dan untuk 4orang anak asuhan . memang penuh bonet kereta kami .

Lagi satu Qiqi tak tahu punca maq kena pergi 2/3 pasaraya ialah maq dan suami akan pergi pasaraya yg menawarkan harga paling rendah . tu sebab mana yang ada offer maq akan masuk  dan cari lah hanya yang diperlukan sahaja disitu . Qiqi belum cukup dewasa untuk paham semua ini  nak ...



Yang tengah tulah qiqi , tapi waktu ni qiqi berusia 2 tahun dan sekarang dia sudah pun mencecah ke 6 tahun . Seorang anak yg sungguh bijak walaupun tubuh badannya kecil , dia aktif berlari dan bermain disekolah .




Orang Tua

Assalammualaikum

Ahad datang lagi menjengah kita . dan kini kita dah masuk pada minggu kedua bulan februari 2015 ! Cepatnya masa berjalan .

Sebagai seorang ibu yg masanya banyak dihabiskan dengan urusan rumah tangga , maq kini makin terasa segalanya telah jauh meninggalkan maq . maksud segalanya pada maq ialah kenangan .

antara kenangan paling sukar maq lupakan ialah bagaimana untuk melahirkan seorang zuriat . berhempas pulas kudrat yang ada . hurm mungkin saja ada yg cakap ...

" semua orang yg mengandung  pernah melahirkan bukan maqnie sorang , k "

Ok lah maq akur tiap orang yg mengandung pasti akan mengalami proses melahirkan tapi apa yg anda rasa bila kenangan melahirkan yg hampir meragut nyawa sendiri tu dibalas dengan sesuatu yg merobek jiwa akhirnya .


Hampir saja menangis setiap hari bila anak yg sudah besar , sudah bijak , sudah punya pekerjaan sendiri dan wang pendapatannya sendiri sudah mula tidak mengendahkan perasaan malu ibubapanya kepada Tuhan dan jiran tetangga .


Ketahuilah duhai anak , setiap kali kalian keluar dengan bukan muhram kamu , ibubapa kamu juga menanggung azab dosa akannya . dan sebagai manusia biasa kami ( kedua orang tua mu ) sudah terlalu banyak melakukan dosa . jangan pula kalian tambah lagi dengan dosa dosa perbuatan kalian itu .

Duhai anak , jangan biarkan ibubapa kamu bersedih lagi , kerana kamu tak tahu bila dia akan pergi untuk selamanya meninggalkanmu .



5.2.15

Kisahnya suri rumah

Assalammualaikum
Jadi seorang suri rumah sepenuh masa  bukan sama dengan yang berkerja . ada beza disitu walaupun mereka adalah suri rumah .

Paling kasihan jadi suri rumah sepenuh masa yg hanya duduk jaga makan minum keluarga . 24-7 mereka hanya di kejar oleh tugasan rumah tangga yg tak pernah habis . bilakah hari cuti untuk perempuan berstatus ini ? No... Takde cuti ,masa dia tak sihat barangkali? Takdenya  malah kadang kadang tengah sakit pun kena jugak buat kerja . atas alasan nanti anak anak , suami balik kerja , balik sekolah diaorang  nak makan apa !

Dan bila orang sibuk nak menghabiskan cuti panjang sempena raya cina yg bakal menjelma akhir bulan ini . maq pun tak pasti percutian package apakah yg bakal maq ambil . apa yg maq tahu apabila ditanya ....



Inilah jawapan maq yg pasti ..hehhe
Redha dan terusan redha .

2.2.15

Hari pertama mengaji Quran

Assalammualaikum ...

2-2-2015 . alhamdulillah harini merupakan hari pertama Qiqi dan Auf  pergi kelas membaca Al-Quran . mereka  berusia hampir 6tahun dan merupakan anak anak asuhan maq .

Melihat telatah mereka berdua  lucu sekali . apa taknya si Auf rileks je bila disebut lepas makan pergi rumah ustazah tetapi si Qiqi sudah buat muka . makan pun tak lalu .hehhe biasalah anak manja sorang ni . jom tengok riak wajah mereka dihari pertama tadi  ...


Auff : QiQi .. why so serious ?
QiQi : nothing ...

Kalau tak paham boleh translate ye hehhe