Batalkan percutian

Assalammualaikum

Esok kita cuti Tahun Baru Cina.murid sekolah dinegeri Johor sudah mula bercuti pada hari ini bersamaan 18-2-2015 dan akan bersekolah semula pada hari rabu seminggu akan datang .

Mulanya maq dan family merancang untuk menghabiskan cuti raya cina ini ke Kemaman , Terengganu .kerana Fatimah club ( kelab hajjah Fatimah ) akan mengadakan pertemuan disana . FC familyday 2015.

Namun setelah semua yg dirancang berjalan lancar , maq pula dapat tahu ,majikan baru maq , suami dan anak anak tidak dapat cuti panjang. Sedangkan familyday berlangsung mula 18-20/2/2015.

Dan harini 18/2/2015 maq masih mengasuh sedangkan ahli keluarga yg lain sudah pun mula gerak ke utara .

Apa yg lebih terasa bila masing masing sudah pun mula berwhatsapp memberi info lokasi masing masing berada dlm  perjalanan sekarang , sedang maq ...masih dibawah buaian bayi menghayun Didy yg hendak tidur.

Ok ... Sudah tersurat yg maq memang tidak berpeluang  untuk ke Terengganu kali ini . maq redha . semoga ahli keluarga yg lain dapat bergembira dimajlis itu nanti dan selamat dlm perjalanan pergi dan pulang . Amiin ~

Comments