12.2.15

Ku pendam saja

Assalammualaikum

Dan bila maq buat entri pasal tanggung jawab seorang suri rumah . yang mana kerjanya takkan pernah habis walaupun dia sakit . ada  blogger yg turut sama menyokongnya. Dan rasa maq , pastinya dia jugak suri rumah macam maq ! But sorry maq online guna UCBrowser kat phone , payah pulak nak balasnya .


Ye,Kadang kadang nak nangis rasa bila orang cakap macamtu . padahal yg dalam rumah 24-7 ni , ada masa nak buang air besar pun tak tenang , tapi sedap sedap je cakap

 " oii buat apa menerap dalam rumah tuuu.. Tido ke apa ?? " huhh.. Sakitnya tuh disini !! Ahhaaa !!

Namun orang tak nampak kan , tak boleh jugak nak salah kan mata dia , tapi jom kita salahkan naluri dia yg bijak sangat menilai kita ni  ( suri rumah 24 jam )

Kadang tu nak nangis je rasa , siap je masak , kemas kat dapur , cuci pinggan, baru nak tarik nafas lega .. Pergi ruang tamu ..naaaaah ' kapal karam ' pulakkk !

Siap kemas ruang tamu , susun atur semula yg diselerakkan , amek kau !! Atas meja makan , bawah meja makan , makanan pulak tertaburan ! Sinki tu jangan cakap lah , sering je ada stock pinggan yg perlu dibersihkan .pastinya yg 24-7 nilah .

Sumpah ! Nak nangis je rasanya tapi fikir balik kalau nangis siapa pulak yg nak pujuk ?? lagi pun dah tua tua ni lagi sweet nangis dalam hati a.k.a  KU PENDAM SEBUAH DUKA ..hehhee Allah kan ada ....

Bytheway . terima kasih Nadirah atas komen anda :) rajin rajin la beri pendapat ye .

No comments: