Maq masak ketam

Assalammualaikum

Bila cuti panjang , anak anak ada je  permintaan yg harus dipenuhi oleh orang tuanya . selain ajak berjalan jalan , mereka pun bijak memberi maq menu yg enak untuk dimakan .Kali ini mereka teringin nak makan ketam masak lemak cili padi !

Dimusim perayaan ni maq bingung dimana maq nak cari ketam. Satu pasar Batu Pahat maq cari , hanya jumpa 3ekor ketam yg diberi harga rm28 ! Wow ! Benda edisi terhad memang begini lah harganya. Dengan harga tak masuk akal tu suami melarang maq beli  . Ok maq abaikan penjual yg cekik darah tu .


Kemudian maq cari ketam di Aeon Big pulak. Alhamdulillah jumpa ketam dgn harga rm 18.00/ kg .tapi ia bukan lagi ketam fresh rasanya.Ketam dingin beku !


Tetapi bila teringatkan anak yg nak makan , maka maq pilihlah  beberapa ekor yg agak separuh segar.


Alhamdulillah ..dibawah inilah hasilnya .. Terima kasih Allah untuk tiap rezeki yg diberi . meriah sungguh suasana meja makan ketika anak anak maq makan ketam ni . maq cuma mampu ketawakan je lihat telatah mereka ketika mengetuk sepit ketam tu .ianya kelihatan seperti "hakim yg tidak bertauliah " hehhe


Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi