Mesin Ceragem

Assalammualaikum

Pernah dengar cerita pasal CeraGem? Terapi menggunakan mesin  buatan dari Korea .ianya dah masuk pasaran Malaysia sejak 11 tahun lalu. Semalam 21-2-2015 maq berkesempatan mencuba mesin urut ini yg berada di kawasan Pura Kencana , Batu Pahat .

Ketika sampai , maq tenguk ramai orang pakai pakaianan serba putih . dari tudung hingga keseluarnya - bagi orang perempuan . lelaki pun serba putih juga dari atas ke bawah tapi tak pakai tudunglah kan.



Mereka semuanya warga emas yg dah melalui detik detik kecemasan disebabkan beberapa kesan sakit 3serangkai . ingat lagi ? Kencing manis , darah tinggi dan jantung ? kalau anda nak tahu mereka ada yg dah kena strock ! Ada yg punya  14 jenis penyakit . rata rata mereka ialah pesakit yg sedang menjalankan terapi . Ketika mendengar pengalaman mereka diceritakan pesakit sendiri , maq sejujurnya sebak kerana ada yg rasa dirinya hampir je kepada maut sebelum ini . dan tak menyangka akan hidup sihat sehingga sekarang . mereka sudah pun menjalankan terapi ini  baru je 2-3 bulan tapi dah sanggup buat pinjaman bank semata mata berpuashati  dgn mesin ini .  ye kesihatan adalah yg pertama  .

tapi kenapa maq pergi situ?

Pertama mesti sebab ianya adalah PERCUMA tanpa had .boleh buat berapa kali pun takpa dan masih pecuma. Dan maq memang nak cuba benda pecuma ni !

Kedua badan maq dah mula bengkak balik ( gemuk ) . kalau dah bengkak, mestilah sakit sana, sini .terutama belakang dan pinggang.

Ketiga maq pun dah lama tak kena urut , sempena cuti panjang ni tak salah kot maq dan suami mencuba walaupun orang ramai dan terpaksa tunggu giliran .
mesin ini mesin urut menggunakan teknologi  batu jed yg dipanaskan mengikut mode yg dikawal dgn remote. Proses berjalan dalam masa 40minit .


Bebaloikah? Memang terasa sakit pada awalnya sebab mesin tu boleh jumpa pada urat saraf kita yg bermasalah. Peluh pun keluar dengan lancar .katanya untuk kesan yg terbaik , kita hendaklah kerap melakukan urutan ini dgn mode yg berbeza beza .

Kebaikkannya:
Memecah dan membuangkan toksid
Melawaskan pembuangan air besar/kecil
Memperbaiki saraf dan tulang belakang
Kalau kerap guna boleh slim kan badan
Mengurut dari tulang leher hingga tulang punggung.

Maq macam nak beli  tapi harganya rm15K . dan katanya boleh buat loan bank untuk mesin urut buatan Korea ini .

Nak lebih lanjut search google ' mesin terapi Ceragem ' .

Instagram yg maq jumpa :



Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi