21.2.15

Mydin Melaka ( part 3 )

Assalamualaikum

Cerita bercuti ke Melaka tak habis lagi rupanya la haha  mari maq nak bercerita selepas di Pantai Klebang maq pergi mana pulak !?


Masa tu jam dah menunjukkan pukul 12:30 tengahari.Maka ada baik maq beransur gerak ke Batu Pahat sebabnya kalau petang sikit nanti takut jalan jem .maklumlah cuti umun kan .

Dalam perjalanan keluar dari Melaka .tetiba mata terpandang pada signboard Mydin MICT ! ye laaa mydin ! Singgah nak? Kata maq kepada suami. Dibalas dengan senyuman suami maq  .. " jumm"

Maq pinjam image google ni .Sebab lupa nak ambil gambar Mydin waktu tu . teruja sangat lah tu kan hehe .

Mydin dimata maqnie ?

Pusat beli belah yg menarik . pertama pada pakaian pekerjanya .perempuan long sleve biar pun untuk pekerja  nonmuslim .

pengumuman masuk waktu solat bila mana sampai je waktu . berpuluh kali maq pergi shopping mall di Batu Pahat ni , tapi memang takda pengumuman tentang masuk waktu solat pun .tahniah Mydin !

Paling ramai pengunjung berada di kedai pakaian . Dan kedai jual pakaian pun memang banyak dan murah murah ! Tudung , dress , jubah yg cantik cantik , semua boleh dapat dengan harga serendah rm10-20 sahaja. Jubah pun ada yg berharga rm28.00 ! Berpinar pinar biji mata maq  tapi sabar maq sabar, maq baru lepas shopping di pasifik Mall semalam.. Haha ok la , maq tutup lah mata . yg terjebak anak anak dara maq lah. Apa lagi kalau tak baju pilihannya .jawabnya mudah je

" murah makkk"
" ye murah , tapi jangan tak dipakai sudahlah"

Jawapan maq yg mudah hehehe . tapi  paling maq pelik bila mana  lalu kedai jual handphone . ianya adalah lengang !!!

Kalau anda nak tahu , di Batu Pahat  ni kedai handphone lah paling ramai pengunjung berbanding kedai jual pakaian. sesuatu tersembunyi kah??

No comments: