8.2.15

Shopping bersama Qiqi

Assalammualaikum

Semalam maq pertama kali  keluar pergi shopping barang dapur dengan Qiqi . anak asuhan maq yang dah hampir 6 tahun diasuh oleh maq . alhamdulillah

Bila Qiqi dapat tahu maq nak bawa dia keluar , seronok bukan main lagi .Tapi paling lucu masuk sahaja ke pasaraya yang  kedua , dia sudah bising , katanya :

" kenapa kena beli banyak barang? Kenapa  kena pergi banyak kedai? Kenapa tak balik cepat maq?"

Qiqi tak tahu yang maq beli itu adalah stock bahan kering untuk jangka masa 4minggu yg bakal diguna kan untuk 5orang tanggunggan maq dan untuk 4orang anak asuhan . memang penuh bonet kereta kami .

Lagi satu Qiqi tak tahu punca maq kena pergi 2/3 pasaraya ialah maq dan suami akan pergi pasaraya yg menawarkan harga paling rendah . tu sebab mana yang ada offer maq akan masuk  dan cari lah hanya yang diperlukan sahaja disitu . Qiqi belum cukup dewasa untuk paham semua ini  nak ...



Yang tengah tulah qiqi , tapi waktu ni qiqi berusia 2 tahun dan sekarang dia sudah pun mencecah ke 6 tahun . Seorang anak yg sungguh bijak walaupun tubuh badannya kecil , dia aktif berlari dan bermain disekolah .




No comments: