Teruja di pantai Klebang , Melaka ( part 2 )

Assalammualaikum

Pantai Klebang , Melaka. antara pantai yg telah di naik taraf oleh pembangunan di negeri Melaka .

Semalam , ketika suami bertanya kemana selera hendak dituju . maq jawab " jom makan di pantai Klebang " perjalanan yg tak sampai 30minit dari Bandar Hilir .

Pemandangan pertama yg menarik ialah deretan bas bas lama yg tersadai ditepian pantai . asalnya pasti anda ingat bas tu tak berfungsi .tapi apa yg maq dapati sungguh keterujaan dijiwa . hehehe memang awesome!

Kita boleh makan , minum , tidur juga didalam bas tersebut .paling best dalam bas tu ada jual baju , jual ais krim , jual minuman gas , dan juga dalam bas adalah tempat makan yg sungguh selesa ! Tak lupa juga ada hotel bas ! ahha

Anak anak maq tersangatlah ' kejakuanannya' dapat makan dalam bas macam tu. Lagi lagi anak maq yg kecil .dia tak pernah naik bas yg tingkapnya slide tu hehehe kesiankan.

Lagi seronok dan terkejut ! Ada toilet bersih didalam bas ! kata anak maq firstime buang air kecil dalam bas ni maq ! Hahaha  memang pun , maq pun tak pernah buang apa apa air dalam bas .

Maq makan kue tiaw kerang goreng , rojak sotong dan memang sedap ! Harga tak mahal sangat pun  ! Hah orang melaka kan memang pandai masak lagi pun mereka peramah sangat .

maq suka !!

Maq tanya anak anak berapa bintang nak bagi untuk kue tiau kerang goreng dlm bas? Mereka bagi 4 bintang ! Walaupun hanya minum sirap kosong . hehehe . Jom tengok maq dan keluarga sewaktu dalam bas !







Comments