Aida

Assalammualaikum

Salam hari khamis buat semua pembaca .

"Sekejap je sudah khamis ..hurm " kata anak bungsu maq yg kini berada di tingkatan 1 di SDBL ,Batu Pahat.

Maq  tanya dia semula .

" kalau sekejap je sudah hari khamis , kenapa ? Takkan nak hari rabu jadi  2 hari pulak "

Heeheee ...aida hanya gelak

" bukanlah ... malam nanti malam jumaat dan tiap malam jumaat kan aida kena pergi kerumah ustazah untuk belajar yasin . "

oh .. elok la tu ..bukan buat apa pun kat sana . Cuma duduk lepas tu buka kitab yasin , baca ! Dapat pahala, dapat ilmu , dapat jumpa kawan kawan , dapat makan ustazah belanja . Kan? Kalau 2 jam kat rumah ni , apa je yg aida dapat ?? Pegang handset , online , chatting , komen moment kawan lepastu bila ter silap komen , jadi gaduh ! Betul tak?

Aida cuma senyum bila emak dia sudah mula bermukadimah untuk  meneruskan membebel .


Hah ! Lagi satu ni maq nak pesan kat aida , rajin rajin pergi mengaji al -Quran tu . bila nak khatam ni?kakak kakak dulu tingkatan satu dah khatam dah al Quran , aida nak khatam ditingkatan berapa pulak? 5?  Kawan lain semua dah khatam al-Quran tapi aida asik ponteng kelas je ,macamana ni ??

Jawab aida bernada perlahan ...

" tapi kan ..aida dah boleh baca al Quran dengan bertajwid yg betul la maq , masa sekolah agama pun subjek tajwid aida lulus dengan baik tau mak  ..." La .. lain pulak jawapan dia .... tapi dalam hati maq sempat berbisik ...

" Alhamdulillah "


Kalau berselfie , memang rajin
= emak dia hehehe



Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi