Blogger dimata maq

Assalamualaikum

setiap masa kita disuruh berfikir untuk maju , disuruh berusaha tanpa jemu . Dengan menganggapkan bahawa kita akan hidup 1000 tahun lagi di bumi Allah ini . Manakala kita diwajibkan membuat amal ibadah sepertinya sebentar lagi kita akan mati. Subhanaallah


sebagai blogger yg tak sampai 5 tahun membebel diblog sendiri , maq sangat berbangga bila mana ramai dikalangan kawan blogger maq dah semakin maju .

Kalau dulu ramai dah maju , sekarang ni lagi la ramai yg dah maju . Syukur sangat sangat .

Mereka yang asalnya hanya berceloteh diblog sendiri ,sekarang sudah pun diberi kebenaran untuk berceloteh diserata pelusuk tanah air! Kepercayaan ini yg dinamakan HEBAT nya dia .

Ada yg bersuara di kaca tv ,dimajalah , disurat khabar tempatan dan mungkin aja di surat khabar antara bangsa ? Mungkin saja ,sebab maq tak pernah baca surat khabar luar negara. Hehe surat khabar tamil pun belum pernah baca pun ...


Perkembangan sihat buat arena blogger ! Lagi lagi buat adik adik muda yg baru keluar IPT tu , sementara anda menanti peluang pekerjaan , cuba aktifkan diri anda dengan dunia blog ini . Paling tidak pun , dapat la juga meluahkan apa perasaan yg orang selalu cakap " penantian satu penyiksaan" .

Sambil asah bakat , tak salah menceduk ilmu dari kawan kawan lain . Dapat juga pengalaman dan pengetahuan tambahan .

Macam maqnie ni , perjalanan sudah singkat , entah bila ke masanya tibalah waktu untuk pulang kepadaNya semula . Lagipun kehadiran maq dalam dunia blog ni umpama sebagai tukang sibuk sibuk je , haha macam kat tempat rumah kenduri tu ,kan nanti akan ada sorang dua jadi tukang sibuk sibuk , buat kerja tak seberapa tapi sembangnya yg lebih . Hehehe

Tapi syukur alhamdulillah , dengan aktiviti blog ni lah maq kenal apa itu #dashboard #layout #editblog #bloggwalking #follower #google+ #nuffnang dan ada banyak lagi . Paling maq seronok bila dapat kenal ' code ' untuk edit mengedit blog dan link .

tahniah buat yg sudah berjaya menempah nama dari dunia  ini , buat yg baru menceburi dunia blog, perjalanan anda masih jauh dan rajin kena bawak selalu ,  jangan ditinggal tinggalkan nanti jadi malas pulak .



BUKAN BLOGGER NAMANYA KALAU TAK SUPPORT BLOGGER

Comments