Malam kejutan buat suami

Assalammualaikum


Pada 27haribulan Mac lalu , maq dan anak anak ada  buat kejutan buat suami tersayang . Kerana tarikh tu merupakan harilahir beliau yg ke 49 tahun . Huhu tua sudah , tapi makin tua makin sayang seh hehhee .

Bila usia dah tambah , uban dah memutih dikepala , mesti rasa singkatnya masa berlalu . Apa pun , selamat hari lahir  buat suami ku Encik Osman Muhamed .


Seorang suami yg pendiam tapi penyayang dan rajin kemas rumah . Uishh siapa tak sayang sangat sangat kalau suami rajin membantu buat kerja rumah . Alhamdulillah .





Anak asuhan maq yang paling manja dengan beliau ( qiqi ) turut sama nak join potong kek , haish layankan jelah kan , padahal birthday qiqi 14haribulan julai nanti , berlakon jelah tu . 

Menu pada malam kejutan itu ,

Kek aiskrim vanilla
pizza mushrom ,daging dan ayam
sup mushrom
roti butter
coke

aik ?! Birthday boy buat " duck face " la pada gambar yg last tu hehhee .

Sempena hari lahir itu , harapan maq semoga , Allah panjangkan umur nya dengan cahaya keimanan dan moga Allah beri keberkatan pada tiap titik peluhnya yg mengalir  dalam mencari nafkah untuk kami ( isteri dan anak anak ) amiin ....

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi