8.3.15

Maq cuba bangkit

Assalammualaikum

Walaupun hati kian hambar bila hampir keseluruhan gambar dari mula blogging sehingga ke 16-2-2015 lesap. Angkara jari nakal maq la puncanya . konon hanya ingin buang gambar yg tak sedap mata memandang rupanya semua jadi tak sedap . hampir 1200 gambar lesap macam tu saja . salah siapa ? Mestilah salah tuan blog . hurm . . maq ngaku la ni.

Tapi bila anak anak dan kawan kawan cakap chill maq . anggap je semua ni ada kebaikkannya dan memang tak semua benda akan kekal .makanya  maq kena akur . kalau jari tu gatal nak menaip , taip jelah .lupakan yg dah berlaku tu . lepasni hati hati . jadikan semua ni pengajaran dalam menguruskan blog membebel ini .

Ok ! Maq chill lah ni walaupun terbayang bayang diruangan mata dimana wajah anak anak sendiri , anak anak asuhan membesar pada tiap detik demi detik selama 4 tahun . lagi sedih terbayang antara kenangan tempat dilawati , majlis majlis keluarga . kenangan bersama kawan kawan dimajlis agama .


aduhh ...sakitnya tu memang disini .


No comments: