21.3.15

Maq dan Sabar

Assalammualaikum

Selamat berhujung minggu . 23 hari bulan march 2015 ni , orang Johor akan cuti umum kerana majlis pertabalan  Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Pelbagai aktiviti telah dikemas kini untuk sambutan tersebut disetiap daerah daerah dinegeri Johor ini  termasuk juga lah paparan disiarkan dikaca tv slot mengenai negeri Johor . setiap pagi maq lihat di tayangkan di tv3 dan di Tv 9 lelain tv maq macam tak perasan pulak , sebab ??

Hurmm sebabnya tv maq dah tak jelas untuk siaran lain setelah perkhidmatan astro ditamatkan baru-baru ni . Jangan tanya kenapa ye sebab alasannya mungkin saja sama dengan pelanggan pelanggan yg lain tu .

Bayar tiap bulan ,tapi ceritanya hampir sama juga setiap bulan . Nak marah pun tak guna sebab nya siaran tv tu kepunyaan mereka bukan milik maq .ada takde sebagai pengguna kenalah bijak buat keputusan walaupun keputusan kekadang tu makan hati sendiri , apa taknya bila pakai antena biasa ,tetiba siaran akan ghaib , masatu betapa sayu nya hati nurani ini .


Hurmm sabo maq sabo . Ye maq kena bertabah hati lagi lepas ini . Lagi lagi bulan depan GST dah 'ON' . Lahai ekonomi oh ekonomi . Keluhan rakyat biasa dah macam cerita komidi charlie chaplin zaman dulu dulu dah . Banyak je gaya usaha tapi suara tak didengar ,yang kedengaran gelak tawa penuntun. tapi kalau sebut pasal ekonomi ianya bukanlah cerita komidi lagi  kan ,ini betul betul cobaan namanya .


Dan apa yg penting ...sabo maq sabo .



Hehehe tengok meriam lama mungkin boleh sejuk ke hati.

No comments: