Maq tak kuat pendirian??

Assalammualaikum


Hati maq cepat berubah? Pendirian maq tak tetap ? Ok la , demi anak anak asuhan , maq mengalah hurmm

Tak sempat pun sebulan maq tutup akaun astro , akhirnya maq akur yg astro memang kena aktif semula diruang tamu rumah ini .


Rasa kasihan bila anak anak kecil tu nak tengok saluran kegemaran mereka " astro ceria " antara sebab  utama maq buat akaun baru astro .

Masing masing ada siaran kegemarannya ,
Qaisara ~ chacha chi chi
Qasdina ~ upin ipin
Qiqi ~ ultraman
Auff ~ semua layan ,asalkan katun

Kesiankan kalau takde siaran siaran tu kat tv. Mereka mesti bosan ,dan bila dah bosan ,main sekejap sudah mula bertengkar . Maka astro kena buat u -turn la kat rumah maq.

Kalau dulu akaun atas nama suami , kali ini ianya didaftar atas nama maq pulak . Nampaknya memang tiada charge pun yg dikenakan . Apa yg diterangkan oleh pegawai perhubungan astro di BP mall haritu , maq dah melanggan astro selama 10 tahun ( sejak 2005 ) diam tak diam kan ,ulang ,ulang ,ulang cerita yg serupa ,sampai jugak sepuluh tahun , Hehehe .


Dan tak sampai 2 hari buat akaun baru , tv maq pun dah cerah kembali siarannya . Demi masa depan (  bajet GST ) dan demi anak anak asuhan ,maq ambillah  package yg paling murah . Jadilah kan  dari takde siaran langsung . Kalau tak nanti ,hari hari pulang je dari sekolah , Auff (anak asuhan ) akan cakap :

'tv maq masih rosak ke??' dan pastinya  maq jawab 'ye masih ...'

Dan harini ,masuk seminggu astro beroperasi dirumah maq , anak anak kecil tu sudah rapat semula berkumpul didepan tv ,dan memudahkan maq buat kerja kerja lain dalam rumah ini .


Mengalah bukan kalah, kau dipaksa ,aku terpaksa ..ceh!

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi