21.4.15

Jengah jengah je


Assalammualaikum

Bila free macam ni ,sementara menunggu anak anak lelap . Maq masih sempat berada  diblog untuk dijengah jengah .Asalnya nak tengok nuffnang je ,tapi bila dah dapat  hasil yg terkumpul , gelak besar sudah dan kemudian dengan bangganya jiwa ni bersemangat nak buat entri hehehe .


Bukan apa lah kan , dengan sekian lama membebel pot pet je kerjanya  , akhirnya satu jumlah telah terkumpul di akaun nuffnang . Haish cuak juga ni nak tunjukkan kat semua . Maklomlah kan ianya KETERLALUAN yg tidak diduga duga haha . Kenapa maq cakap macam tu ?

Sebenarnya , maq dah lama tak membebel di blog ,tak ada  blog walking , apataknya , selama masuk je bulan 4 ,  kerjanya asyik asyik   pasal cukai GST  .. dan apakah macamnya GST ini tiada penyelesaian ? haish kantoi pulak kali  ni ...



Jom tengok bahan bukti ...



Hurmm , sedih jugak tu , tapi itulah apa yg telah diusahakan dan dikerjakan diblog ini  . Bersyukur ,redha dan kemudian teruskan berusaha . Maq tak kesah , janji ada masuk ,walaupun tak banyak ..


Sifu sifu ,Boleh maq tanya ? Bagaimana nak naikkan jumlah RM dinuffnang tu ek ? Sila beri tunjuk ajar .

13.4.15

Cakap bukan sembarang cakap

Assalammualaikum

Pukul 12:30 tengahari masa untuk maq rehat . Rehat maksudnya disini selepas siap memasak , kemas rumah , mop lantai ,sapu habuk ,cuci baju , cuci pinggan . Melayan anak anak asuhan Qaisara dan Qasdina . Nah ..waktu inilah maq peruntukkan untuk merehatkan otot dan urat saraf .ahha maq memang kena rest sebentar kot ,kalau tak nanti boleh "jem" tenaga yg ada ni .



Sementara tunggu Qiqi dan Auff balik sekolah , lazimnya maq akan menuntun tv bersama dua baby Q ini , dan pilihan kami sudah tentu astro ceria . Dan siri kartun paling diminati ialah HAGEMARU.

Kenapa hagemaru ? Selain dia punya " 10 pekara pelik hari ini" ,  hagemaru juga punya personaliti tersendiri .Dimana dia guna kan akal dan kecomelannya itu sebagai aset untuk membantu kedua orang tuanya .


Biarpun dia masih kanak kanak , namun ' idea' dia memang meletop ! Banyak usaha yg dilakukan utk  hidup senang sama macam orang lain , tanpa mengeluarkan kos dan tidak memeningkan kepala .

Dia berjaya mengatasi semua masalah kewangan keluarganya dengan idea idea mengarut . Agaknya dia taknak ayahnya serabut dan jiwa kacau dalam membesarkannya. Namun begitu kepala ayahnya tetap botak ! Seperti juga kepala hagemaru . . walaupun  mereka tak banyak fikir , hehehe antara idea dia yg dah berjaya buat maq ketawa besar :

- hagemaru ajak ayahnya ' makan luar ' .

- hagemaru menggunakan ganggang telepon sebagai mesin urut .

- hagemaru ada cara bagaimana nak bawa sabun ditandas sekolah pulang kerumahnya .

- bagaimana hagemaru selesaikan masalah naik bas tanpa keluarkan kos utk tambang .

Bila ditegur ' hai hagemaru "
Dengan ramah dia akan jawab " haiiiii  "




Disekolah , dirumah , dikedai , dimana mana sahaja ,hagemaru masih bijak gunakan akalnya . Moral  yg ada dibenak fikiran maq sekarang ni ,jangan pernah fikir yg budak kecil tak tau nak berfikir , sedangkan " orang tua " yg umur separuh abad tu  pun ada yg cuma tahu cakap je ,tetapi tak reti nak fikir pro dan kontra susunan ayat ayat nya kepada masyarakat . Apa lagi nak selesaikan masaalah rakyat .


Pernah juga maq terfikir ,kalaulah hagemaru dapat selesaikan masalah kewangan negara kita ,mesti sampai sekarang ,maq tak tahu apakah itu GST  . Kot la kan ... hehhe "alaa katun je tu maq "


#ye sekadar katun je kot .

11.4.15

Maq dihari ke 11 !

Assalammualaikum

harini 11.4.2015 , bermakna sudah 11 hari GST di perkuat kuasakan di Malaysia . Maq macam menghitung hari pulak kan , macam lah cukai tu sekejap je ,padahal seterusnya kot. Biasalah benda masih baru , fobia sikit dijiwa . Hehe

Ok nak cerita pasal maq melayan GST untuk hari ke 11 !

Harini pagi pagi lagi maq dan suami ,sudah pun meninjau ninjau Aeon Big , pakcik sayur ditaman Koperasi, Nirwana.

Semua tempat ni kalau anda orang Batu Pahat , memang popular la kan . Lagi lagi golongan yg berpendapatan sederhana macam maq dan keluarga . Disini lah kami akan berbelanja setiap minggu .

Apa yg maq nampak ,di Aeon big , dah takde dah kertas gantung gantung macam minggu lepas yg bertulis " O GST " . Dah macam dulu dulu je ,yg ada cuma tanda harga pada barangan yg ada "offer" .  Tapi pelanggan masih tetap macam selalu dan ini bermakna pelanggan masih mempercayai Aeon Big ! Tahniah !

Masa maq sampai di tempat pakcik jual sayur ditaman Koperasi tadi jam 8:30 pagi , semua jualannya sudah pun dijual ,dan hanya tinggal 20% je yg masih belum terjual dan pakcik sayur dah boleh senyum ,sebab pelanggan tetap dia masih setia dengan jualannya , tahniah pakcik ! Siap ngomong lagi dengan maq ,hurmm jawa pun jawa larh ,janji rock ! Haha

Ok , kemudian ,selepas maq selesai berbelanja dikedua dua lokasi terpilih , maq dan suami pun meneliti harga barangan di Nirwana pulak . Teruja dengan pasaraya kecil ni , kerana disetiap rak barangan yg terpilih ,sudah terpampang sekeping kertas yg menyatakan "  Harga sudah dikira bersama GST " Waw !! Terbaik !! Tempat berbelanja yg memang memahami kehendak pelanggan yg masih belajar dengan GST . So ,dengan keadaan yg tidak membingungkan ,pelanggan akan dapat membeli barangan mereka tanpa tertanya tanya,

ni harga berapa ek?
harga GST dia berapa ek ?
Pening ek nak fikir ek ?
Erkk? Erkk?
*orang Johor* Haha gitulah kami orang lama lama berbelanja sekarang ni  , pegang je barangan terus otak terfikir ,berapakah agaknya harga barang ni selepas dikenakan GST ?  kalau dapat tau pun hanya di resit je kan?*selepas selesai pembayaran * kalau bajet lepas ,ye tak?Andaikata tak lepas? Ahha ,naya jek  kat mana nak korek duit .

Dan apabila Nirwana dah beritahu yg barangan disitu harganya sudah termasuk GST ,makanya ,ia memudahkan , hanya akan diambil ,kemudian diletak ditroli tanpa terpinga pinga  lagi ,mudah kan? Dan seperti selalu ,pelanggan Nirwana masih kekal berpusu pusu seawal 9:00am . Kekal kan cara anda Nirwana , jika pelanggan mempercayai anda , anda tidak akan rugi apa apa pun ,malah menguntungkan lagi , tahniah !

Selepas bonet kereta penuh , kami pun beransur pulang kerumah ,dan sempat lagi beli kueh apam balik spesial di hadapan The Store jalan Ruhayah , memang sedap kueh disitu . Dan maq tak kesah kalau harganya sekeping sudah bernilai rm2.00 . Benda berbaloi sedap tu ! Kekal kan kesedapan kueh anda makcik apam balik ! Maq akan kekal  setia mengunjungi anda disitu nanti .


Hehehe apakah maq bajet bila cerita pasal makan dan makanan??

Hurm , golongan hidup  sederhana macam maq , yg punya tanggungan seramai 9 orang dirumah ini  , bil astro,air,api, duit rumah ,duit kereta , cukai jalan,cukai pintu ,cukai tanah , minyak motor&kereta , tanggungan anak sekolah , dan keperluan asas yg lain lain , sedang gaji suami TAK sampai pun rm1.2K /sebulan ,agak agak anda ,perlu tak maq berbajet dalam berbelanja?

Ye , rezeki kita hak Allah , yg perlu , ikhlaslah ,dan bersyukurlah dlm tiap urusan ,maka segalanya akan memudahkan urusan kita ,insyaAllah . Dan dalam tiap rezki kita ,ada bahagian untuk orang lain juga ,maka bersedekahlah . Ianya sangat menguntungkan . Maq cakap betul ,ini pengalaman maq sendiri ,bukan cilok dari kisah orang lain .

Jujur maq cakap ,masa baru kawin dulu , gaji suami ialah rm 650.00/sebulan ( 1993 ) .MAHA SUCI ALLAH yg telah memberi segala kenikmatanNya yg takkan mampu terbalas oleh maq .


Alhamdulilah ...

**hasil belanja tadi , ni baru bahan kering , belum barang basah lagi ...









Tengok pada susunan beras tu ,serupa nak kenduri hehhe

6.4.15

Panggilan temuduga SPA kali ke 3!

Assalammualaikum

Harini 6.4.2015 ! Letih fikir pasal cukai cukai tu , hehe jom maq nak kongsi pasal anak maq pulak . Anak dara fikir pasal GST tak agak agak anda? Hehe diaorang sebenarnya memang kena AMBIL TAHU ,kalau tak duit nanti entah kemana mana je dihabiskan . Eh melalut pulak .



Ni la ,anak maq si Ety ni ,harini ( pagi tadi) dia telah menghadiri temuduga untuk LATIHAN SEPARA PERUBATAN oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam , Malaysia untuk jabatan Kementerian Kesihatan Malaysia .

Banyak jugak senarai jawatan yg ditawarkan :

-Latihan juruteknologi makmal perubatan
-Latihan jururawat
-Latihan penolong pegawai perubatan
-Latihan penolong pegawai kesihatan persekitaran
-Latihan jururawat pergigian
-Latihan jurupulih anggota
-Latihanjuru x-ray
-Lathan penolong pegawai farmasi

Banyak tu...tapi anak maq pilih jururawat , kerana dia memang berminat katanya.

Perjalanan selama 2 jam ke blok A ,Wisma Persekutuan ,Jln Air Molek ,Johor Bahru , telah bermula selepas subuh pagi tadi dan mereka selamat sampai ke distinasi pada waktu yg tepat .

Sebenarnya berhari jugak suami maq belajar cari jalan Air Molek menggunakan google map ,akhirnya dengan bantuan anak anak nya ,harini dia berjaya bawa Ety ke pusat temuduga dengan tanpa  "salah jalan" hehehe biasanya adik lelaki maq yang akan tunjuk jalan ,sebab beliau mahir dah jalan jalan di bandaraya Johor Bahru tu .

Alhamdulillah ,tak sia sia suami maq "study " guna google map .

Sebenarnya ini kali ke 3 , Ety pergi  untuk panggilan  temuduga ni , tapi nampaknya memang takde rezeki utk temuduga yg lepas lepas , tapi kalini harap sangat beliau berjaya kerana kesian tenguk ayah dia terpaksa menahan mengantuk nak kerja shif malam , demi menghantar anaknya hadiri temuduga tersebut . Lagi lagi musim harga petrol tinggi , perjalanan memang kena diadjust kalau tiada urusan penting dan perlu . Minggu depan si kakak pulak ada temuduga serupa . Apakah si kakak akan pergi ?? Kita tunggu dan lihat je nanti .


 Semoga keputusan temuduga  yg diberi pada bulan 5 nanti ,boleh beri maq dan anak maq senyuman . Aamiin ya robbal alamin . Nak tengok wajah orang "nebes" masa nak pergi temuduga pagi tadi tak?? Dia belanja kat whatsapp maq tadi ..hehehe



Macam macam rasa ada .. hehehe

Senarai barangan yg kena dan tak kena GST

Assalammualaikum

Seseorang  telah menghantar senarai barangan runcit yg kena dan tak kena GST kat whatsapp maq sebentar tadi . dia beri selepas baca entri maq yg sebelum ini .Dia kata kalau sumber yg dia dapat tu tipu ,makanya menipulah dia ,so awal awal maq minta maaf kalau ada senarai yg silap dibawahni ye . Mari tinjau tinjau senarai tu . Yang bertanda  tu maknanya kena GST ,dan yg kosong je tanpa tanda adalah  0 GST .













Itu untuk barang barang dapur sahaja . Untuk perabut ,pakaian ,barangan elektrik dan lain lain ,maq tak dapat info lagi untuk dikongsi disini . 

Maq ke Aeon Big ,GST?

Assalammualaikum

Maq nak kongsi kesah semalam ( ahad 5-4-2015 ) . Pertama kali maq keluar cari  lauk selepas 4 hari GST dijalankan dinegara kita .

Maq pergi beli lauk dimana ?

Mula tu maq nak pergi beli sayur sayur borong kat pakcik yg panggil maq dengan nama " Sue " . dia selalu jual sayuran dihadapan Taman Koperasi ,Jln Kluang ,Batu Pahat .  Murah ke mahal?? Kalau tak sampai 2 jam sayurannya dah habis dijual ,anda rasa murah ke mahal? Dan semalam baru pukul 8 pagi ,selalu masih separuh tapi kalini ,habis licin ! Yang tinggal tong tong ikan yg suda ditelungkopkan bersusun untuk dibawa balik . Sayur habis ! Ikan pun habis !


Hurmm ... takde rezeki maq.

Kemudian maq pun menyusur meneruskan perjalanan ke Aeon Big ,nampak lengang pagitu , mungkin kesan GST ( detik hati nakal maq ) tetapi bila melangkah masuk kebanyakkan barangan sudah ditanda dengan kertas harga yg bertanda 0 GST ! mana mana yg ada GST  tu maq tak nampak pulak . Yg maq nampak ...

ayam dijual dengan harga rm 4.80/kg ,
tomato dijual dengan harga rm 0.99/kg,
telur dijual dengan harga rm 8.90/papan,
minyak masak masih berharga rm 13.35 /5kg


Dan barangan lain masih dengan harga yg berpatutan , dan maq tanya suami? Apa yg kena GST sebenarnya?? Kata suami maq ,entahlah  , abang pun tak paham . Haha slow slow  ye nak bagi sama sama paham , harap selesailah masalah nanti .

Tapi katanya barangan keperluan harian tak kena cukai , betul ke???


Kelihatan  ada Z disetiap barangan ,apakah maksud nya tu ekk??


Nampak Z??? Apakah maksudnya? Apakah Z tu maknanya z z z . . GST  tidur kah di Aeon Big ?? Maq tak dapat kesan awal sebab aktiviti mencari lauk maq terbatal  bila budak kenet didalam gambar dibawah ni dah mula tak reti diam duduk dalam troly .



Qasdina ikut maq cari lauk . Mama dia "oncall" dari hari  sabtu hingga petang semalam ( ahad ) kami sama sama dengan tanggungjawab sekarang ni ,demi mengukuhkan lagi ekonomi , lagi lagi dengan kehadiran

" Garisan Siapa Terror "

2.4.15

Maq dan GST

Assalammualaikum

Dah pun masuk hari kedua bulan april 2015 .bermakna juga dah dua hari GST berlangsung di Malaysia .

Apakah GST  dimata maq ?

"GOMEN SERVICE TAXS" kan? Ala gitulah lebih kurang ,lelebih maq tak tahu ,maklum pelajar lepasan SPM  je maqnie ni. Lagi pun maq mudah nak paham kalau ayatnya macam tu . So simple ! Eh kalau cakap melayunya ianya berbunyi "CUKAI PERKHIDMATAN KERAJAAN "  betul tak ?

Mulanya maq fikirkan semua barang kena cukai , rupanya mula mula macam tak semua tapi akhir akhir nanti pasti semua . Sebab ramai orang ambil kesempatan atas  cukai perkhidmatan kerajaan ini .

Daftar atau tidak , masing masing main bedal je cakap GST . Ada sesetengah kes  tu ,GST  dia dah jalankan tapi bila ditanya resit ,boleh pulak  cakap belum pasang lagi . Ishh nak kaut untung laju tapi syarat syarat utama lambat pulak  nak ikut .

Apa yg maq bimbang  sekarang ni , apalah nasib orang orang tua yg tak tahu apa apa pun  pasal GST  ni , bagaimana la diaorang nanti nak berbelanja , sedang kita yg boleh membaca ni , masih terkial kial nak memahami syarat syarat GST , bagaimana dengan mereka ? Kesiankan . Tak pasal pasal , duit habis dipotong oleh GST dari orang yang  tidak bertanggungjawab .

Kalau anda bijak menilai erti rezki , Ye betul ...rezki kita datangnya dari nikmat Allah ,so , ada baiknya kita serahkan je semua kepada kuasa Allah . Kita jangan berhenti untuk berdoa agar GST  tidak memburukkan lagi keadaan ekonomi keluarga kita dan semuanya . Dan mohon diberi pula pahala kerana kita berjaya bersabar dengan dugaan GST ini .

Mungkin kita masih terlalu awal untuk merasa selesa dengan GST  namun demi keluarga , berusaha la untuk sebuah kebahagiaan dan keselesaan hidup . GST tidak akan memiskinkan kita jika kita rajin bersabar  ,bijak berbelanja , dan paham maksud GST  tu . Pastikan tidak menjadi mangsa penipuan perniaga dan minta lah resit pada tiap urusan jual beli .

**Bila perniaga nak cari untung , pastikan kita tidak dibohong !**

Inilah pendapat maq pasal GST di Malaysia . Apa pula pendapat anda?