Cakap bukan sembarang cakap

Assalammualaikum

Pukul 12:30 tengahari masa untuk maq rehat . Rehat maksudnya disini selepas siap memasak , kemas rumah , mop lantai ,sapu habuk ,cuci baju , cuci pinggan . Melayan anak anak asuhan Qaisara dan Qasdina . Nah ..waktu inilah maq peruntukkan untuk merehatkan otot dan urat saraf .ahha maq memang kena rest sebentar kot ,kalau tak nanti boleh "jem" tenaga yg ada ni .



Sementara tunggu Qiqi dan Auff balik sekolah , lazimnya maq akan menuntun tv bersama dua baby Q ini , dan pilihan kami sudah tentu astro ceria . Dan siri kartun paling diminati ialah HAGEMARU.

Kenapa hagemaru ? Selain dia punya " 10 pekara pelik hari ini" ,  hagemaru juga punya personaliti tersendiri .Dimana dia guna kan akal dan kecomelannya itu sebagai aset untuk membantu kedua orang tuanya .


Biarpun dia masih kanak kanak , namun ' idea' dia memang meletop ! Banyak usaha yg dilakukan utk  hidup senang sama macam orang lain , tanpa mengeluarkan kos dan tidak memeningkan kepala .

Dia berjaya mengatasi semua masalah kewangan keluarganya dengan idea idea mengarut . Agaknya dia taknak ayahnya serabut dan jiwa kacau dalam membesarkannya. Namun begitu kepala ayahnya tetap botak ! Seperti juga kepala hagemaru . . walaupun  mereka tak banyak fikir , hehehe antara idea dia yg dah berjaya buat maq ketawa besar :

- hagemaru ajak ayahnya ' makan luar ' .

- hagemaru menggunakan ganggang telepon sebagai mesin urut .

- hagemaru ada cara bagaimana nak bawa sabun ditandas sekolah pulang kerumahnya .

- bagaimana hagemaru selesaikan masalah naik bas tanpa keluarkan kos utk tambang .

Bila ditegur ' hai hagemaru "
Dengan ramah dia akan jawab " haiiiii  "




Disekolah , dirumah , dikedai , dimana mana sahaja ,hagemaru masih bijak gunakan akalnya . Moral  yg ada dibenak fikiran maq sekarang ni ,jangan pernah fikir yg budak kecil tak tau nak berfikir , sedangkan " orang tua " yg umur separuh abad tu  pun ada yg cuma tahu cakap je ,tetapi tak reti nak fikir pro dan kontra susunan ayat ayat nya kepada masyarakat . Apa lagi nak selesaikan masaalah rakyat .


Pernah juga maq terfikir ,kalaulah hagemaru dapat selesaikan masalah kewangan negara kita ,mesti sampai sekarang ,maq tak tahu apakah itu GST  . Kot la kan ... hehhe "alaa katun je tu maq "


#ye sekadar katun je kot .

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi