2.4.15

Maq dan GST

Assalammualaikum

Dah pun masuk hari kedua bulan april 2015 .bermakna juga dah dua hari GST berlangsung di Malaysia .

Apakah GST  dimata maq ?

"GOMEN SERVICE TAXS" kan? Ala gitulah lebih kurang ,lelebih maq tak tahu ,maklum pelajar lepasan SPM  je maqnie ni. Lagi pun maq mudah nak paham kalau ayatnya macam tu . So simple ! Eh kalau cakap melayunya ianya berbunyi "CUKAI PERKHIDMATAN KERAJAAN "  betul tak ?

Mulanya maq fikirkan semua barang kena cukai , rupanya mula mula macam tak semua tapi akhir akhir nanti pasti semua . Sebab ramai orang ambil kesempatan atas  cukai perkhidmatan kerajaan ini .

Daftar atau tidak , masing masing main bedal je cakap GST . Ada sesetengah kes  tu ,GST  dia dah jalankan tapi bila ditanya resit ,boleh pulak  cakap belum pasang lagi . Ishh nak kaut untung laju tapi syarat syarat utama lambat pulak  nak ikut .

Apa yg maq bimbang  sekarang ni , apalah nasib orang orang tua yg tak tahu apa apa pun  pasal GST  ni , bagaimana la diaorang nanti nak berbelanja , sedang kita yg boleh membaca ni , masih terkial kial nak memahami syarat syarat GST , bagaimana dengan mereka ? Kesiankan . Tak pasal pasal , duit habis dipotong oleh GST dari orang yang  tidak bertanggungjawab .

Kalau anda bijak menilai erti rezki , Ye betul ...rezki kita datangnya dari nikmat Allah ,so , ada baiknya kita serahkan je semua kepada kuasa Allah . Kita jangan berhenti untuk berdoa agar GST  tidak memburukkan lagi keadaan ekonomi keluarga kita dan semuanya . Dan mohon diberi pula pahala kerana kita berjaya bersabar dengan dugaan GST ini .

Mungkin kita masih terlalu awal untuk merasa selesa dengan GST  namun demi keluarga , berusaha la untuk sebuah kebahagiaan dan keselesaan hidup . GST tidak akan memiskinkan kita jika kita rajin bersabar  ,bijak berbelanja , dan paham maksud GST  tu . Pastikan tidak menjadi mangsa penipuan perniaga dan minta lah resit pada tiap urusan jual beli .

**Bila perniaga nak cari untung , pastikan kita tidak dibohong !**

Inilah pendapat maq pasal GST di Malaysia . Apa pula pendapat anda?


No comments: