11.4.15

Maq dihari ke 11 !

Assalammualaikum

harini 11.4.2015 , bermakna sudah 11 hari GST di perkuat kuasakan di Malaysia . Maq macam menghitung hari pulak kan , macam lah cukai tu sekejap je ,padahal seterusnya kot. Biasalah benda masih baru , fobia sikit dijiwa . Hehe

Ok nak cerita pasal maq melayan GST untuk hari ke 11 !

Harini pagi pagi lagi maq dan suami ,sudah pun meninjau ninjau Aeon Big , pakcik sayur ditaman Koperasi, Nirwana.

Semua tempat ni kalau anda orang Batu Pahat , memang popular la kan . Lagi lagi golongan yg berpendapatan sederhana macam maq dan keluarga . Disini lah kami akan berbelanja setiap minggu .

Apa yg maq nampak ,di Aeon big , dah takde dah kertas gantung gantung macam minggu lepas yg bertulis " O GST " . Dah macam dulu dulu je ,yg ada cuma tanda harga pada barangan yg ada "offer" .  Tapi pelanggan masih tetap macam selalu dan ini bermakna pelanggan masih mempercayai Aeon Big ! Tahniah !

Masa maq sampai di tempat pakcik jual sayur ditaman Koperasi tadi jam 8:30 pagi , semua jualannya sudah pun dijual ,dan hanya tinggal 20% je yg masih belum terjual dan pakcik sayur dah boleh senyum ,sebab pelanggan tetap dia masih setia dengan jualannya , tahniah pakcik ! Siap ngomong lagi dengan maq ,hurmm jawa pun jawa larh ,janji rock ! Haha

Ok , kemudian ,selepas maq selesai berbelanja dikedua dua lokasi terpilih , maq dan suami pun meneliti harga barangan di Nirwana pulak . Teruja dengan pasaraya kecil ni , kerana disetiap rak barangan yg terpilih ,sudah terpampang sekeping kertas yg menyatakan "  Harga sudah dikira bersama GST " Waw !! Terbaik !! Tempat berbelanja yg memang memahami kehendak pelanggan yg masih belajar dengan GST . So ,dengan keadaan yg tidak membingungkan ,pelanggan akan dapat membeli barangan mereka tanpa tertanya tanya,

ni harga berapa ek?
harga GST dia berapa ek ?
Pening ek nak fikir ek ?
Erkk? Erkk?
*orang Johor* Haha gitulah kami orang lama lama berbelanja sekarang ni  , pegang je barangan terus otak terfikir ,berapakah agaknya harga barang ni selepas dikenakan GST ?  kalau dapat tau pun hanya di resit je kan?*selepas selesai pembayaran * kalau bajet lepas ,ye tak?Andaikata tak lepas? Ahha ,naya jek  kat mana nak korek duit .

Dan apabila Nirwana dah beritahu yg barangan disitu harganya sudah termasuk GST ,makanya ,ia memudahkan , hanya akan diambil ,kemudian diletak ditroli tanpa terpinga pinga  lagi ,mudah kan? Dan seperti selalu ,pelanggan Nirwana masih kekal berpusu pusu seawal 9:00am . Kekal kan cara anda Nirwana , jika pelanggan mempercayai anda , anda tidak akan rugi apa apa pun ,malah menguntungkan lagi , tahniah !

Selepas bonet kereta penuh , kami pun beransur pulang kerumah ,dan sempat lagi beli kueh apam balik spesial di hadapan The Store jalan Ruhayah , memang sedap kueh disitu . Dan maq tak kesah kalau harganya sekeping sudah bernilai rm2.00 . Benda berbaloi sedap tu ! Kekal kan kesedapan kueh anda makcik apam balik ! Maq akan kekal  setia mengunjungi anda disitu nanti .


Hehehe apakah maq bajet bila cerita pasal makan dan makanan??

Hurm , golongan hidup  sederhana macam maq , yg punya tanggungan seramai 9 orang dirumah ini  , bil astro,air,api, duit rumah ,duit kereta , cukai jalan,cukai pintu ,cukai tanah , minyak motor&kereta , tanggungan anak sekolah , dan keperluan asas yg lain lain , sedang gaji suami TAK sampai pun rm1.2K /sebulan ,agak agak anda ,perlu tak maq berbajet dalam berbelanja?

Ye , rezeki kita hak Allah , yg perlu , ikhlaslah ,dan bersyukurlah dlm tiap urusan ,maka segalanya akan memudahkan urusan kita ,insyaAllah . Dan dalam tiap rezki kita ,ada bahagian untuk orang lain juga ,maka bersedekahlah . Ianya sangat menguntungkan . Maq cakap betul ,ini pengalaman maq sendiri ,bukan cilok dari kisah orang lain .

Jujur maq cakap ,masa baru kawin dulu , gaji suami ialah rm 650.00/sebulan ( 1993 ) .MAHA SUCI ALLAH yg telah memberi segala kenikmatanNya yg takkan mampu terbalas oleh maq .


Alhamdulilah ...

**hasil belanja tadi , ni baru bahan kering , belum barang basah lagi ...









Tengok pada susunan beras tu ,serupa nak kenduri hehhe

No comments: