Maq ke Aeon Big ,GST?

Assalammualaikum

Maq nak kongsi kesah semalam ( ahad 5-4-2015 ) . Pertama kali maq keluar cari  lauk selepas 4 hari GST dijalankan dinegara kita .

Maq pergi beli lauk dimana ?

Mula tu maq nak pergi beli sayur sayur borong kat pakcik yg panggil maq dengan nama " Sue " . dia selalu jual sayuran dihadapan Taman Koperasi ,Jln Kluang ,Batu Pahat .  Murah ke mahal?? Kalau tak sampai 2 jam sayurannya dah habis dijual ,anda rasa murah ke mahal? Dan semalam baru pukul 8 pagi ,selalu masih separuh tapi kalini ,habis licin ! Yang tinggal tong tong ikan yg suda ditelungkopkan bersusun untuk dibawa balik . Sayur habis ! Ikan pun habis !


Hurmm ... takde rezeki maq.

Kemudian maq pun menyusur meneruskan perjalanan ke Aeon Big ,nampak lengang pagitu , mungkin kesan GST ( detik hati nakal maq ) tetapi bila melangkah masuk kebanyakkan barangan sudah ditanda dengan kertas harga yg bertanda 0 GST ! mana mana yg ada GST  tu maq tak nampak pulak . Yg maq nampak ...

ayam dijual dengan harga rm 4.80/kg ,
tomato dijual dengan harga rm 0.99/kg,
telur dijual dengan harga rm 8.90/papan,
minyak masak masih berharga rm 13.35 /5kg


Dan barangan lain masih dengan harga yg berpatutan , dan maq tanya suami? Apa yg kena GST sebenarnya?? Kata suami maq ,entahlah  , abang pun tak paham . Haha slow slow  ye nak bagi sama sama paham , harap selesailah masalah nanti .

Tapi katanya barangan keperluan harian tak kena cukai , betul ke???


Kelihatan  ada Z disetiap barangan ,apakah maksud nya tu ekk??


Nampak Z??? Apakah maksudnya? Apakah Z tu maknanya z z z . . GST  tidur kah di Aeon Big ?? Maq tak dapat kesan awal sebab aktiviti mencari lauk maq terbatal  bila budak kenet didalam gambar dibawah ni dah mula tak reti diam duduk dalam troly .



Qasdina ikut maq cari lauk . Mama dia "oncall" dari hari  sabtu hingga petang semalam ( ahad ) kami sama sama dengan tanggungjawab sekarang ni ,demi mengukuhkan lagi ekonomi , lagi lagi dengan kehadiran

" Garisan Siapa Terror "

Comments