Panggilan temuduga SPA kali ke 3!

Assalammualaikum

Harini 6.4.2015 ! Letih fikir pasal cukai cukai tu , hehe jom maq nak kongsi pasal anak maq pulak . Anak dara fikir pasal GST tak agak agak anda? Hehe diaorang sebenarnya memang kena AMBIL TAHU ,kalau tak duit nanti entah kemana mana je dihabiskan . Eh melalut pulak .



Ni la ,anak maq si Ety ni ,harini ( pagi tadi) dia telah menghadiri temuduga untuk LATIHAN SEPARA PERUBATAN oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam , Malaysia untuk jabatan Kementerian Kesihatan Malaysia .

Banyak jugak senarai jawatan yg ditawarkan :

-Latihan juruteknologi makmal perubatan
-Latihan jururawat
-Latihan penolong pegawai perubatan
-Latihan penolong pegawai kesihatan persekitaran
-Latihan jururawat pergigian
-Latihan jurupulih anggota
-Latihanjuru x-ray
-Lathan penolong pegawai farmasi

Banyak tu...tapi anak maq pilih jururawat , kerana dia memang berminat katanya.

Perjalanan selama 2 jam ke blok A ,Wisma Persekutuan ,Jln Air Molek ,Johor Bahru , telah bermula selepas subuh pagi tadi dan mereka selamat sampai ke distinasi pada waktu yg tepat .

Sebenarnya berhari jugak suami maq belajar cari jalan Air Molek menggunakan google map ,akhirnya dengan bantuan anak anak nya ,harini dia berjaya bawa Ety ke pusat temuduga dengan tanpa  "salah jalan" hehehe biasanya adik lelaki maq yang akan tunjuk jalan ,sebab beliau mahir dah jalan jalan di bandaraya Johor Bahru tu .

Alhamdulillah ,tak sia sia suami maq "study " guna google map .

Sebenarnya ini kali ke 3 , Ety pergi  untuk panggilan  temuduga ni , tapi nampaknya memang takde rezeki utk temuduga yg lepas lepas , tapi kalini harap sangat beliau berjaya kerana kesian tenguk ayah dia terpaksa menahan mengantuk nak kerja shif malam , demi menghantar anaknya hadiri temuduga tersebut . Lagi lagi musim harga petrol tinggi , perjalanan memang kena diadjust kalau tiada urusan penting dan perlu . Minggu depan si kakak pulak ada temuduga serupa . Apakah si kakak akan pergi ?? Kita tunggu dan lihat je nanti .


 Semoga keputusan temuduga  yg diberi pada bulan 5 nanti ,boleh beri maq dan anak maq senyuman . Aamiin ya robbal alamin . Nak tengok wajah orang "nebes" masa nak pergi temuduga pagi tadi tak?? Dia belanja kat whatsapp maq tadi ..hehehe



Macam macam rasa ada .. hehehe

Comments