Gossip makan tuan

Assalammualaikum

Maq menaip lagi hehhe . Sambil menuntun kilauan emas akhir bersama insan tersayang . Jari ini takkan dibiarkan sejuk .Maq nak tanya anda ni , pernah anda bergossip ?

Maq ada pengalaman dengan gossip . Yela dulu dulu pergaulan maq dengan jiran ni agak rapat jugak lah . Pernah maq didatangi seorang kawan . Mulanya dia yang buka cerita pasal seorang lagi jiran maq tu . Sebagai pendengar yg setia , maq pun mengiakan jelah kan apa je kata kata dia ,maklumlahkan nak jaga hati tetamu . Dan dia dengan taksubnya meneruskan semua cerita pasal jiran kami tu .

Tapi tulah nak dijadikan cerita ,selang beberapa bulan , timbul pulak cerita yang maq dikatakan kononnya mengaibkan jiran maq tu . Mulanya maq terkejut sebab hal tu bukan ditimbulkan oleh maq , tetapi kawan maq yg sorang tu . Dengan pedih hati maq telan jelah apa yg disampaikan ketelinga maq ini . Diam lebih baik .

tetapi dalam hati berdetik juga:

Sedang dia yg mulakan cerita , mencari maq ,bertandang ke rumah maq , boleh pulak dia cakap ,maq yg bawa cerita jiran tetangga , maq memgumpat jiran sendiri , maq mengaibkan orang ?

Dan sekarang , untuk mengelakkan sebarang fitnah dan kontroversi , maq lebih rela duduk rumah , tak campur orang macam dulu dulu . Puncanya? Tak mau dah dibabitkan dengan gossip gossip yg bukan membantu ,tapi mengaibkan semua orang malahan menambah dosa pun ye .

Malas dah nak bercerita kisah orang atau ambil tahu lelebih pasal orang . Bukan sombong tapi dah serik jadi mangsa keadaan . Sesungguhnya fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh .

Panduan hati :




Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi