Anak maq kena keluar rumah


Assalammualaikum

Bila anak yang hampir 20 tahun membesar ฤidepan mata dan akhirnya dia terpaksa keluar dari rumah orang tuanya kerana hendak menyambung pelajaran . Hati ibu mana tak sedih . Itulah yg terjadi kepada maq , bila mana anak  kedua maq akan masuk ke Kolej Kejururawatan di Pahang . Orang Johor merantau di Pahang . Hehhe kami bersaudara ~



Bermula bulan julai nanti , Ety akan duduk jauh dari maq dan keluarganya . Sebelum ni maq pernah rejected tawaran  sambung belajar untuknya ke Politeknik Melaka ,kerana pada maq ,usia 17 tahun untuk dia hidup bebas diluar kawalan maq , adalah membimbangkan jiwa tua ini . Hehhe kes kasih sayang  yang memang melampau ni. Dan jalan penyelesaiannya , maq suruh dia sambung Pra-U disekolah Dato' Bentara Luar , Batu Pahat . Setelah hampir 18bulan belajar, dia berjaya mendapat sijil STPM nya . Alhamdulillah ...

Dan panggilan temuduga  SPA kali yang ke 3 , akhirnya  membuka peluang  untuk dia sambung belajar  lagi iaitu dibidang kejururawatan .




Mampukah dia melakukannya? 3 tahun menjadi jururawat pelatih ! Sebagai ibunya maq cuma berpesan :


Jaga maruah diri ,jaga maruah keluarga, jaga iman ,jaga adap sopan ditempat orang , fikir masa depan , bersungguh sungguh dalam pelajaran . Tak perlu fikir hal yang remeh remeh yg hanya menyerabutkan minda dan kejayaan dia adalah untuk masa depan dia , bukan untuk orang lain .




Dah pergi ke dia ni ? Ada lagi kat rumah ni , 30hb jun nanti baru gerak ke Pahang. Mohon Allah permudahkan semua urusan kami  nanti . Amiinn .



Dan pastinya orang yg paling sunyi lepas Ety keluar belajar ialah adik nya si Aida . Sebab mereka adalah  kawan karib dalam rumah ni .ketawa bersama ,menangis bersama , merayau bersama , keluar mall bersama ,berselfie bersama . Padahal jarak umur mereka ialah 7 tahun . Bukti ?? Kat bawah ni buktinya .




Tuhan jaga kan dia dia kekasihku,kan tetap milikku..
( Mohon bertabahlah duhai hati )

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi