28.6.15

Maq dan penderaan kekanak

Assalammualaikum

Lama dah blog ini sepi . Agaknya letih sangat tuan blog nak membebel dibulan puasa ni ye?  Hehhe . Takdelah maq takde benda nak kongsi kat anda semua .

Tapi harini , bila berkesempatan menaip .ada hal yang nak dikisahkan bersama anda .

Jika dikatakan ibu ,paling utama tugasnya ialah mendidik . Paling sweet sikap lemah lembut seorang ibu ketika mendidik . Paling indah bila anak anak membesar dengan penuh kasih sayang .

Harini  2 kali maq terbaca kisah kanak kanak didera oleh ibu sendiri dan ibu tiri . Hurm malang sungguh nasib anak anak tu . Paling sedih apabila si kecil berusia 6 tahun itu akhirnya meninggal dunia setelah teruk di dera oleh ibunya sendiri . Manakala anak yg didera oleh ibu tiri itu mendapat tulang tengkorak yg retak , dan kecederaan yg kalau kita tengok macam tak masuk dik akal .

Kanak kanak dalam usia 1 tahun hingga 10 tahun ialah usia yang sangat lasak dan suka melakukan apa tanpa berfikir risikonya . Sebab mereka melakukannya sebab minat bukan guna akal.Kalau dapat anak yang tidak aktif ,mungkin ibubapa agak kurang naik anginnya tapi kalau dapat anak yang aktif atau hiperaktif , inilah hasilnya ,lagi lagi bila yang mendidiknya ibu ibu muda . Yang senang naik darah .

Zaman ni ,ibu tiri atau ibu sendiri sudah pandai mendera dengan kejam. Zaman maq kecil dulu maq dan adik adik  sering dimomokkan " kalau dapat ibu tiri, habis kau digulainya "  kata ibu maq kalau maq dan adik adik nakal  , dalam hati masa tu...uishh seram gila ,hari hari doa supaya ibu maq tak mati cepat dan doa supaya ayah tak kahwin lagi hehhe padahal semua yg berlaku itu dah ditentukan . Tak perlu ibu tiripun  ada yg mati kena dera .

Minta simpanglah sifat kejam tu hadir dalam diri kita . Pada yg agak garang dengan anak anak , tolonglah kawal perasaan marah bila anak buat silap . Banyakkan beristigfar , banyakkan berdoa agar Allah permudahkan semua urusan dalam mendidik anak . Dan rajin rajin melihat aktiviti anak kerana mereka ni kadang kadang nakal sebab  SERING DIABAIKAN OLEH IBU AYAHNYA SENDIRI .

Anak anak cermin kita.
Suami acuan isteri.
Allah jangan dilupa .. 

No comments: