Maq putus selera seminggu


Assalammualaikum

Maq bukan blogger makanan tapi kali ni nak cakap pasal makanan pulak . macam mengada ngada gitu. Tulah nak cakap pasal masakan yang pernah maq rasa disatu kedai seafood kat Batu Pahat ni.

Sebelum ni maq tak pernah komen pasal makan . Tolak batu dengan kayu je kalau pasal makan. Tapi disebabkan makanan yang maq makan kalinilah ,maq telah hilang selera makan nasi hampir seminggu ! Bukan sakit tekak atau sakit mulut ,tapi hilang selera . Sangat merbahaya !

Nak jadikan cerita ,pada satu malam ,maq dan family pergi
lah kekedai seafood ni . tujuan asalnya bukan nak tuju kedai tu tapi kedai lagi satu yang hampir jugak dengan kedai ni. Eh..apa maq cakap ? Maksud maq camni ...sebenarnya mula mula nak pergi kedai lain, tapi terpergi kedai lain sebab kedai pilihan pertama tu tutup pulak.

Oklah ,pilih punya pilih menu , dapatlah order nasi goreng tomyam ,nasi goreng kampung, nasi goreng pataya dan ikan pari bakar. Tengok pelanggannya memang ramai malam tu. Hurm mesti sedap masakkannya ni detik hati maq.

Order maq sampai ,nasi goreng tomyam?! Baca doa makan ,teruslah suap . Suap 1 , Kerut kening , suap 2 ,menikmati rezeki Allah , suap 3... kruszzz...alamakk tergigit gula ! Ye ada gula pasir dlm nasi goreng tomyam maq !  firstime ni makan nasi goreng manis bergula. Arhhh...tekak kembang sebab dah la nasinya tak pedas ,manis pulak . Sangat hampa ,putus selera makan malam tu. Masa balik rumah ,tekak maq dah rasa mual .aduh ... bukan maq je ,rupanya suami pun rasa yang serupa . Anak anak komen ,nasi goreng kampung pun tak pedas ,tapi tak dapat pulak gula dalam nasi tu. Hehe deep .

Nyesal? Taklah tapi itu yg pertama dan terakhir maq rasanya kekedai tu . Dan sekarang , maq dah suruh anak maq nombor 3 tu belajar masak nasi goreng kampung dimusim cuti sekolah ni. Alhamdulillah ayah dia tak komen apa apa ,kakak dia cakap sedap ,maq? Maq tak dapat rasa sebab maq sedang menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Hehehe pahamkan? Saja nak latih perut ni sementara tunggu Ramadhan yang mulia tu .


Ikan pari bakar pun manis . Yang menghariankan , biar pun selera tertutup selama seminggu tapi badan tak jugak kurus . Apa pun  maq tetap redha .

Ok maq cakap jujur ,maq jakun sesangat kalau makan nasi manis ,apalagi tergigit gula waktu mengunyah eyuuw.. putus selera .. XD

Comments